Pelancongan berbasikal boleh memberi keseronokan dan juga kesihatan dengan gerak kerja fizikal yang dilakukan walaupun sedikit meletihkan. Pada masa dahulu pelancong yang berbasikal dianggap sebagai pelancong yang tidak berkemampuan dan agensi pelancongan pula menganggap mereka ini menyusahkan kerana terpaksa mengangkut basikal yang dibawa bersama.
Akan tetapi kini pelancongan berbasikal semakin berkembang kerana:
- Pelancong berbasikal sering terdiri dari golongan berpendapatan yang lebih tinggi berbanding pelancong lain.
- Pelancong menganggap berbasikal sebagai kenderaan yang baik untuk kesihatan mereka
- Pelancong menyedari keseronokan berbasikal sambil menikmati keindahan alam.
- Institusi penginapan mengiktiraf potensi keuntungan dari tetamu penginapan 1 malam
- Banyak peta dan program laluan telah dilancarkan
- Agensi transit mesra basikal sedang menikmati peningkatan dalam penumpang
- Industri basikal telah mengiktiraf potensi keuntungan dari pelancong berbasikal dan menawarkan peralatan pelancongan yang berkualiti
- Atlet berbasikal memilih untuk bergerak dengan basikal ke tempat-tempat yang menarik di mana mereka boleh berlatih.
Kerajaan Malaysia menganggap pelancongan berbasikal sebagai salah satu cabang pelancongan yang menguntungkan dan patut diberi galakan dan mahukan Air Asia dan MAS mengecualikan caj untuk pengangkutan basikal sepertimana yang dilakukan oleh Garuda Airlines yang tidak mengenakan caj tambahan bagi pelancong yang membawa basikal demi pelancongan berbasikal.
Selalu pengembara mat salleh rajin berkayuh basikal menjelajah.
ReplyDeleteakubiomed: Ya, betul tu. Ada pernah sekali saya nampak seorang mat saleh tolak basikal dengan backpack dia yang berat tu, masuk ke KL Sentral. Biasa jer dia jalan...
Deletememang gigih mereka mengayuh
ReplyDeletekadang2 tengok, kesian juga
hehe
tapi tak sedar yang mereka sangat seronok dengan apa yang mereka lakukan
tehr: Ya, betul tu, semangat kena kuat. Saya pernah berkayuh beberapa kali tapi memakan masa dalam sehari jer. Boleh tahanla penat dia, tapi seronok ;)
Delete2014 ni.. thn mlwt msia..jom berbasikal sambil melancong...
ReplyDelete