Showing posts with label Berbasikal. Show all posts
Showing posts with label Berbasikal. Show all posts

Monday, 17 December 2012

Apakah Pelancongan Berbasikal?

Pelancongan berbasikal adalah berbasikal pada jarak yang jauh, lebih mengutamakan keseronokan mengayuh basikal sambil menikmati perjalanan dan juga ketahanan untuk berkayuh berbanding kelajuan. Mengayuh basikal tidak kira mengambil masa sehari, beberapa hari atau lebih lama lagi adalah satu cara yang menyeronokan dalam pelancongan.

Pelancongan berbasikal boleh memberi keseronokan dan juga kesihatan dengan gerak kerja fizikal yang dilakukan walaupun sedikit meletihkan. Pada masa dahulu pelancong yang berbasikal dianggap sebagai pelancong yang tidak berkemampuan dan agensi pelancongan pula menganggap mereka ini menyusahkan kerana terpaksa mengangkut basikal yang dibawa bersama.

Akan tetapi kini pelancongan berbasikal semakin berkembang kerana:

  • Pelancong berbasikal sering terdiri dari golongan berpendapatan yang lebih tinggi berbanding pelancong lain.
  • Pelancong menganggap berbasikal sebagai kenderaan yang baik untuk kesihatan mereka
  • Pelancong menyedari keseronokan berbasikal sambil menikmati keindahan alam.
  • Institusi penginapan mengiktiraf potensi keuntungan dari tetamu penginapan 1 malam
  • Banyak peta dan program laluan telah dilancarkan
  • Agensi transit mesra basikal sedang menikmati peningkatan dalam penumpang
  • Industri basikal telah mengiktiraf potensi keuntungan dari pelancong berbasikal dan menawarkan peralatan pelancongan yang berkualiti
  • Atlet berbasikal memilih untuk bergerak dengan basikal ke tempat-tempat yang menarik di mana mereka boleh berlatih.
Kerajaan Malaysia menganggap pelancongan berbasikal sebagai salah satu cabang pelancongan yang menguntungkan dan patut diberi galakan dan mahukan Air Asia dan MAS mengecualikan caj untuk pengangkutan basikal sepertimana yang dilakukan oleh Garuda Airlines yang tidak mengenakan caj tambahan bagi pelancong yang membawa basikal demi pelancongan berbasikal.

Sunday, 12 February 2012

Kerap Bersenam Untuk Kesihatan

Pekerja pejabat juga boleh bersenam dengan melakukan "desk stretch"
Untuk kesihatan, bersenam yang kerap adalah lebih baik daripada sekali-sekala tapi secara berlebihan.

Jika anda melihat evolusi aktiviti fizikal yang disyorkan untuk kesihatan, 10 atau 15 tahun yang lalu ialah senaman intensif 3 kali seminggu. Kini pakar-pakar kesihatan mendapati seseorang perlu aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama 30 minit.

Aktiviti untuk kesihatan ini tidak perlu difahami sebagai latihan senaman yang formal, tetapi boleh menjadi, sebagai contoh, berbasikal untuk ke tempat kerja, berjalan kaki sambil mengambil angin di waktu petang, berkebun, atau melakukan  “desk stretches” di pejabatj juga bagus untuk kesihatan..

Sebarang pergerakan atau aktiviti sama saja bagi sel-sel badan samada anda melakukan senaman atau hanya berbasikal ke tempat kerja, sel hanya tahu bahawa ia perlu menjana tenaga.

Jadi selalulah gerakkan badan untuk kesihatan.