Wednesday 19 December 2012

Makanan Yang Bagus Untuk Kesihatan Gigi

Makanan yang anda makan boleh memberikan kebaikan dan keburukan kepada gigi, gusi dan kesihatan mulut anda. Kesihatan optima bergantung juga kepada pengambilan makanan.


Makanan yang tidak bagus untuk kesihatan gigi dan seluruh mulut ialah:

  1. Gula adalah penyebab utama kerosakan gigi. 
  2. Makanan yang melekit dan tinggi kandungan gula seperti taffy candy sangat bahaya kepada kesihatan gigi begitu juga dengan lolipop. 
  3. Coklat yang tinggi kandungan gulanya.
  4. Makanan yang bersirap dan berlegar dalam mulut seperti madu, karamel dan kismis boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi dan mulut.
Tips:

  • Jika anda ingin mengambil makanan yang melekit dan tinggi kandungan gulanya, lebih elok jika dimakan berselang dengan makanan lain. Amat merbahaya jika dimakan sebagai snek begitu saja.
  • Untuk snek, amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menjaga gigi anda.

Makanan Yang Bagus Untuk Kesihatan Gigi anda ialah:
  1. Limau nipis, lemon dan oren bagus untuk kesihatan gigi kerana ia sangat tinggi kandungan Vitamin C mampu membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi dan mulut. Vitamin C juga boleh mengelakan penyusutan/pengecutan gusi dan masalah periodontal.
  2. Keju terutama dari jenis cheddar, monterey jack, dan swiss menggalakan pengeluaran air liur yang boleh mengeluarkan makanan dari celah gigi dan mengelakan kerosakan gigi. Karot juga mempunyai kelebihan ini.
  3. Buah kranberi boleh mengelakkan pengotoran (stain) dan pembinaan plak pada gigi. Ini boleh mengurangkan proses pencucian gigi pada kunjungan anda ke doktor gigi.
  4. Yoghurt mampu mengekalkan pH yang sesuai untuk mulut anda. pH 5.5 ke bawah akan mula menyebabkan gigi terhakis atau rapuh seterusnya menyebabkan kerosakan gigi akibat asid.
Untuk kesihatan gigi, gusi dan mulut, selain menjaga kebersihan, anda perlu juga mengawal pengambilan makanan.

5 comments:

  1. snek tu memang snagat tidak bagus
    aku memang tak suka dan tak galakkan anak2 memakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: Ya, snek yang bergula tak baik untuk gigi. Boleh tukar kepada buah dan sayur ;)

      Delete
  2. Gigi kalau tidak dijaga akan menjadi punca mulut berbau busuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, betul tu. Dan boleh mengganggu kesihatan seluruh badan juga. Penyakit jantung juga dikaitkan dengan kerosakan gigi ;)

      Delete
  3. tak ada makanan lain ke daripada yang makanan di atas tu?

    ReplyDelete