Showing posts with label Gigi. Show all posts
Showing posts with label Gigi. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Makanan Yang Bagus Untuk Kesihatan Gigi

Makanan yang anda makan boleh memberikan kebaikan dan keburukan kepada gigi, gusi dan kesihatan mulut anda. Kesihatan optima bergantung juga kepada pengambilan makanan.


Makanan yang tidak bagus untuk kesihatan gigi dan seluruh mulut ialah:

  1. Gula adalah penyebab utama kerosakan gigi. 
  2. Makanan yang melekit dan tinggi kandungan gula seperti taffy candy sangat bahaya kepada kesihatan gigi begitu juga dengan lolipop. 
  3. Coklat yang tinggi kandungan gulanya.
  4. Makanan yang bersirap dan berlegar dalam mulut seperti madu, karamel dan kismis boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi dan mulut.
Tips:

  • Jika anda ingin mengambil makanan yang melekit dan tinggi kandungan gulanya, lebih elok jika dimakan berselang dengan makanan lain. Amat merbahaya jika dimakan sebagai snek begitu saja.
  • Untuk snek, amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menjaga gigi anda.

Makanan Yang Bagus Untuk Kesihatan Gigi anda ialah:
  1. Limau nipis, lemon dan oren bagus untuk kesihatan gigi kerana ia sangat tinggi kandungan Vitamin C mampu membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi dan mulut. Vitamin C juga boleh mengelakan penyusutan/pengecutan gusi dan masalah periodontal.
  2. Keju terutama dari jenis cheddar, monterey jack, dan swiss menggalakan pengeluaran air liur yang boleh mengeluarkan makanan dari celah gigi dan mengelakan kerosakan gigi. Karot juga mempunyai kelebihan ini.
  3. Buah kranberi boleh mengelakkan pengotoran (stain) dan pembinaan plak pada gigi. Ini boleh mengurangkan proses pencucian gigi pada kunjungan anda ke doktor gigi.
  4. Yoghurt mampu mengekalkan pH yang sesuai untuk mulut anda. pH 5.5 ke bawah akan mula menyebabkan gigi terhakis atau rapuh seterusnya menyebabkan kerosakan gigi akibat asid.
Untuk kesihatan gigi, gusi dan mulut, selain menjaga kebersihan, anda perlu juga mengawal pengambilan makanan.

Monday, 18 April 2011

Cara-cara Mengelakkan Kerosakan Gigi dari Bertambah Teruk

Mencegah gigi berlubang atau gigi yang patah menjadi bertambah rongak atau menjadi rosak yang lebih teruk melibatkan beberapa perubahan besar dalam kebiasaan makan dan minum setiap hari.
  1. Jangan makan sebarang makanan di antara waktu makan. Jangan minum minuman ringan atau teh/kopi atau minuman manis di antara waktu makan. Jika anda haus minum air sahaja. (Boleh makan 4 kali dalam sehari). Jika anda makan atau minum minuman manis juga, terus gosok gigi selepasnya.
  2. Berus gigi setiap kali selepas makan. Setelah habis memberus gigi, ambil sedikit ubat gigi dan letakkan dijari anda (jika boleh dapatkan ubat gigi yang mengandungi florida) dan letakkan ke dalam lubang gigi anda. Jangan meludah atau berkumur selepas menggosok gigi.
  3. Pastikan tiada apa-apa yang masuk ke mulut anda di malam hari selepas anda menggosok gigi sebab pada waktu anda tidur pengeluaran air liur dihentikan dan bakteria akan bertindak lebih pantas jika anda tidak menggosok gigi atau ada sisa makanan di celah-celah gigi.