Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Friday, 25 November 2016

Akibat Makan Mee Segera Setiap Hari USUS terpaksa DiPotong

Akibat Makan Mee Segera Setiap Hari USUS terpaksa Di Potong…
P/S : SHARING IS CARING

Ini adalah kisah benar. Usus HBO budak ini terpaksa dipotong sebanyak dua kali kerana makan mee segera setiap hari.

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI
#InformasiKesihatan

Hanya gambar hiasan.


1) #Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

2) #Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.


3) #Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.


4) #Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis mknan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan….

🤒🤕 share dengan orang-orang tersayang sebagai bukti kasih anda pada mereka.. 💝

Friday, 2 May 2014

Resipi Minuman Shirley Temple

 Minuman yang namanya agak unik, Shirley Temple. Dapatkan resipinya di sini dan rasalah sendiri apa itu Shirley Temple.



Shirley Temple adalah sejenis minuman yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Resipinya adalah seperti berikut:

Bahan-bahannya:

1 cawan kiub ais
1 tin Sprite atau 7up
Sedikit sirap Grenadine
1 biji Ceri Maraschino

Cara-cara Membuatnya:
  1. Isi gelas tinggi 3/4 penuh dengan kiub ais.
  2. Tuangkan sprite atau 7up sehingga gelas hampir penuh.
  3. Tambahkan sedikit sirap Grenadine.
  4. Kacau air ini.
  5. Hiaskan dengan ceri maraschino dan hidangkan.
Cubalah minuman shirley temple ini untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas atau dihidangkan untuk sesuatu majlis. Mungkin anda atau tetamu anda suka minuman Shirley Temple.


Sunday, 10 June 2012

Jaga Pemakanan Anda Untuk Awet Muda dan Kesihatan

Pilih makanan yang berkalori dan bergula rendah untuk kesihatan dan awet muda
Makanan dan minuman yang tinggi kalori boleh mempercepatkan penuaan dan menurunkan tahap kesihatan anda. Penuaan sangat bergantung kepada diet dan gaya hidup anda. Mereka yang mengurangkan makanan berkalori tinggi hidup lebih lama dan bebas dari diabetes, kanser dan atherosclerosis (pengerasan arteri yang disebabkan oleh penimbunan lemak, kolestrol dan lain pada dindingnya).

Diet CR
Diet ini bukanlah diet yang mengurangkan jumlah makanan yang dimakan tetapi hanya mengurangkan makanan dan minuman yang berkalori tinggi seperti makanan bergoreng dan berminyak, tepung berproses (refined starches), minuman ringan, buah-buahan manis dan protin susu.

Banyakkan pengambilan karbohidat kompleks seperti rebung, ubi keladi, asparagus, lentil (dal), taugeh, brokoli, bunga kobis, buah-buah beri, buah-buah sitrik dan kebanyakan kekacang.

Diet ini bukan untuk menguruskan badan akan tetapi akan menyihatkan anda dan memanjangkan usia anda.

Kebaikan Diet CR

Diet CR akan mengaktifkan gen SIR2 yang boleh memanjangkan usia.
Makanan berkalori tinggi memberikan tekanan pada saluran penghadaman dan mewujudkan banyak radikal bebas yang akan mempercepatkan penuaan.

Diet CR mengurangkan gula dalam darah dan ini merendahkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, candidiasis ( jangkitan kulat), tumor dan kanser.

Hampir kesemua penyakit kronik dan masalah kesihatan disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan dan makanan berkalori tinggi dalam jangkamasa yang panjang.

Pengambilan buah-buahan manis (tinggi kandungan fruktos) boleh menyebabkan rintangan insulin (pra-diabetes), hipertensi (tekanan darah tinggi), asid urik yang tinggi, gout, kerosakan buah pinggang, kandidiasis, imuniti yang rendah dan penyakit jantung.

Buah-buahan yang sihat haruslah organik, kaya dengan enzim dan vitamin, dan sangat rendah dalam fruktosa.

Buah-buahan dan lain-lain bahan yang digunakan untuk makanan tempatan iaitu rojak masih boleh diterima. Elakkan jua buah-buahan dalam tin kerana ia mengandungi 'toksin' dalam bentuk gula, pewarna, perisa, pengawet tiruan.


Jus buah-buahan yang dihidang di restoran biasanya mengandungi gula tambahan (sukrosa), sedikit kurang berbahaya berbanding fruktosa tulen.

Memakan makanan dan minuman yang tinggi kalori pada masa perut kosong, seperti semasa sarapan, boleh membawa kepada sangat lapar, serta gangguan gula dalam darah dan ketidakseimbangan hormon, dalam jam-jam yang berikutnya. Isu-isu kesihatan yang berlaku mempunyai kesan yang besar terhadap kesejahteraan mental dan emosi seseorang.

Sebaliknya, sarapan yang rendah kalori dengan pengambilan protin tumbuhan yang mencukupi boleh mewujudkan kesan yang bertentangan, yang lebih positif, memberi kesan yang amat baik kepada mereka yang mengidap tekanan darah tinggi, kencing manis, dyslipidemia (gangguan lemak dalam darah lemak) dan penyakit jantung.

Kanji berproses (refined starch) seperti mi, biskut, roti, roti dan sebahagian besar bijirin sarapan merendahkan sistem imun, memekatkan darah, menyebabkan lemak darah yang tidak normal, gangguan insulin, hati berlemak, aliran hempedu perlahan, batu karang, kencing manis dan osteoporosis, dan menggalakkan pertumbuhan tumor.

Kesihatan Mental
Walaupun hanya pengurangan sebanyak 20% dalam jumlah kalori yang anda makan, ia boleh membantu mengekalkan isipadu otak dan fungsinya untuk tempoh bertahun-tahun akan datang.

Penuaan biasanya disertai oleh pengecutan otak kerana neuron hilang secara beransur-ansur. Kanji berproses (refined starch) dan gula bertapis menggalakkan penyakit Alzheimer, dementia dan kenyanyukan walaupun otak kita menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama.

Pemilihan Makanan

Protin juga harus dipilih. Lebih mudah protin dihadham maka lebih mudahlah ia diserap oleh badan kita.

Protein mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding kanji / gula, tetapi ia mengurangkan selera makan dengan merangsang hormon leptin. Apa yang membuat kanji berproses atau gula berlebihan menggemukkan adalah kesannya terhadap hormon seperti paras insulin dan leptin, lemak darah dan trigliserida.

Produk tenusu sangat mudah diserap oleh badan oleh itu, memberikan impak kalori yang lebih tinggi ke atas badan berbanding kacang dan lentil.

Ini dapat menjelaskan mengapa produk susu telah dikaitkan dengan penyakit jantung. Mereka yang mengambil diet vegetarian yang terdiri daripada kacang dan kacang dal mempunyai risiko jauh lebih rendah untuk pengumpulan plak dalam arteri jantung mereka.

Lemak dicerna oleh enzim lipase. Penyerapan lemak boleh dikurangkan dengan teh hijau, kuning, Oolong, atau teh hitam yang kaya dengan polifenol (catechin) yang menghalang rembesan enzim lipase membawa kepada pengurangan lemak (kalori) dari diserap oleh usus.

Teh herba dari Hujang yang kaya dengan resveratrol meniru kesan diet CR, manakala teh dari ekstrak buah Guarana atau Garcinia Cambogia boleh mengurangkan selera makan kira-kira 20%.

Kacang yang digoreng dengan minyak mengandungi lemak trans yang berbahaya dan berkalori tinggi. Tetapi kacang pain (pine nut) mengandungi asid pinolenic (asid lemak yang boleh dimakan) yang merangsang rembesan hormon kelaparan yang mengakibatkan penurunan keinginan untuk makan secara berlebihan dan rasa kenyang awal.

Jadi kurangkan makanan dan minuman berkalori dan bergula tinggi untuk kesihatan, awet muda dan umur panjang.


Saturday, 18 June 2011

Protein Shake untuk Membina Otot

Kesihatan dan kecergasan fizikal sudah tentu tidak dapat dipisahkan. Jika anda seseorang yang melakukan latihan fizikal secara teratur dan mengambil kesihatan dan kecergasan fizikal secara serius, sudah tentu anda berminat dalam mana-mana teknik yang boleh membantu anda ke tahap yang lebih baik.

Protin adalah salah satu keperluan utama badan untuk pembentukan otot, tulang, kulit dan tisu lain. Untuk keperluan ini ramai ahli sukan menggunakan protein shake tidak kira samada anda seorang atlit atau hanya bersenam untuk kesihatan.

Ia datang dalam berbagai kombinasi yang terdiri dari protin, karbohidrat dan lemak. Ianya boleh terdiri daripada 100% protin, kebanyakannya karbohidrat dengan protein atau ditambah lemak.

Protein shake terdapat dalam pelbagai perisa dalam bentuk serbuk atau pek sedia untuk diminum seperti tin atau peket. Protein shake yang terbaik ialah yang mengandungi protin tinggi dan diperbuat dari whey atau kacang soya atau campuran kedua-duanya.

Protein shake juga boleh dibuat sendiri, contohnya menggunakan 1 scoop tepung whey, 1 cawan susu rendah lemak, (jika suka boleh ditambah buah-buahan seperti pisang, strawberi, oren dan sebagainya mengikut pilihan sendiri). Kacau atau blend semua bahan dan boleh terus diminum panas atau dengan ais.

Sebelum tidur makan protin dan sedikit lemak (secara sederhana sudah tentu) sebenarnya membantu badan menghasilkan lebih GH, sejenis hormon yang kuat membakar lemak, dan menghentikan katabolisme (Catabolism ) - keadaan di mana badan kita membakar/menguraikan otot kita untuk menghasilkan tenaga. Protin yang di ambil sebelum tidur dapat menghalang keadaan ini.

Sumber protin yang sesuai diambil sebelum tidor ialah protin yang mengandungi sedikit lemak dan dihadham perlahan, mengambil masa 6 - 8 jam, whey tidak sesuai kerana ia cepat dihadhamkan.

Contoh protin yang sesuai ialah protein shake (tapi yang tidak mengandungi whey & mengandungi sedikit lemak), peanut butter, susu, yoghurt, quark cheese (dalam bentuk solid tapi lembut atau lembut macam sour cream tapi rendah lemak), cottage cheese & casein (protin yang dihadham perlahan dan boleh didapati dalam bentuk tepung).

Selepas melakukan latihan fizikal minum protein shake (paling baik yang mengandungi whey) kerana protin dalam bentuk cecair lebih cepat sampai ke otot iaitu kira-kira 30 minit selepas protin dihadham berbanding protin pepejal.

Ini adalah untuk menyembuhkan otot dengan cepat supaya tidak menyebabkan overtraining yang boleh membawa kepada kecederaan. Ia juga dapat membina otot menjadikan ia lebih kuat , fit dan sihat.

FACEBOOK
Become a Fan

Tuesday, 17 May 2011

101 Khasiat Karot (Lobak Merah)


Kesihatan boleh diperolehi salah satunya dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.

Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah:

  • Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  • Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
  • Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
  • Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
  • Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
  • Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
  • Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.

Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

FACEBOOK

Become A Fan

Monday, 16 May 2011

5 Kebaikan Apel Untuk Kesihatan.

Kesihatan boleh diperolehi hanya dengan makan apel? Ada yang menyatakan makan sebiji apel setiap hari dapat menjauhkan doktor. Tentu anda pernah mendengar unkapan sebegini kan? Pada mulanya saya kurang percaya kerana apa ada pada apel? Vitamin C sangat rendah, harapkan serat saja, tapi nyata ianya kurang benar.

> Menghalang Kanser

Kajian menunjukan apel dapat mengelakkan barah payu dara. Juga dapat menghalang kanser paru-paru, prostate, pankreas dan pelbagai barah pada sistem penghadhaman.

Quercitin pada apel dapat menghalang terjadinya barah paru-paru.

> Jus Apel Menghalang Penyakit Alzheimer

Alzheimer sejenis penyakit yang mengganggu kesihatan ingatan seseorang, dapat dihalang dengan selalu minum jus apel. Kajian ke atas tikus menunjukkan peningkatan ingatan bila jus apel dicampur ke dalam air minuman mereka.

2 hingga 3 gelas jus apel sudah mencukupi dan adalah bagus jika di ambil dengan pemakanan yang seimbang.

> Kesihatan Jantung

Pektin dalam apel dapat menurunkan kandungan kolesterol tak baik. Untuk kesihatan jantung yang baik kita memerlukan serat larut dan tak larut. Isi buah apel mengandungi serat larut dan kulit apel mengandungi serat tak larut ini.

Antioksidan dalam apel dapat menghalang atherosclerosis (pemendakan lemak pada salur darah yang boleh menyebabkannya tersumbat) dan juga dapat menghalang sindrom metabolisma yang menjurus kepada penyakit jantung dan diabetes, repot dari US Apple Association.

> Apel boleh mengelakan Jangkitan

Serat larut dalam buah-buahan termasuk apel dapat meningkatkan pengeluaran protein anti radang yang dipanggil interleukin-4. Ini dapat dilakukan dengan hanya memakan apel.

> Apel Bukan Segalanya

Berbagai-bagai kebaikan apel termasuklah mengurangkan kesan negatif dari pengambilan lemak yang tinggi, malah dapat melengahkan risiko diabetes. Dengan adanya serat larut dan tak larut pada apel menjadikan ianya sejenis makanan yang sangat menarik dalam diet kita.

Akan tetapi apel bukanlah segalanya. Untuk kesihatan yang baik hendaklah diingat adalah penting untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sepanjang hari. Amalan pemakanan seimbang dengan penambahan apel ke dalam diet tersebut adalah sesuatu yang bijak untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan

Tuesday, 3 May 2011

Kebaikan Air Beralkali

Kesihatan kita secara keseluruhan dipengaruhi oleh air kerana berat badan orang dewasa terdiri dari 50% - 70% air. Maka tidak hairanlah kualiti air yang kita minum memberi pengaruh yang besar pada kesihatan kita.

Badan manusia secara semulajadi adalah sedikit beralkali. Masalah kesihatan yang serious akan muncul jika badan kita berasid dalam jangka masa yang lama.

Bahan buangan berasid (terhasil dari makanan dan minuman, stres dan pencemaran alam kita) dibuang ke saluran darah dan limfa. Kemudian ia diangkut ke hati dan buah pinggang untuk proses detoksifikasi dan eliminasi. Kesan badan yang berasid adalah sangat besar kepada kesihatan kita, ia memberikan keadaan yang sangat negatif dan mempengaruhi kesemua fungsi yang penting dari denyutan jantung sehinggalah ke saraf otak.

Air beralkali yang sesuai untuk kesihatan manusia berada di paras pH 8.0 - pH 10.0, tahap kealkalian lebih tinggi dari air paip yang biasa kita gunakan.

Di antara beberapa kebaikan air beralkali ialah:

  • Memperbaiki gejala penyakit perut seperti cirit-birit, pengawalan keasidan yang tinggi, masalah penghadhaman dan abnormal fermentation (dalam perut dan usus). Air ini juga membantu sistem penghadhaman berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya juga dalam proses pembuangan sisa.
  • Meningkatkan tahap metabolisma dan tenaga. Ini berguna untuk menurunkan berat badan dan memberi kesan awet muda dengan memperbaiki sel-sel yang telah rosak yang diakibatkan oleh radikal bebas. Ia dapat menghaluskan dan membuat kulit nampak lebih muda.
  • Air beralkali dan berion pula mempunyai rasa yang lebih segar dan tidak berbau. (Bayi tidak sesuai untuk diberikan air beralkali, sebaliknya elok di beri air neutral yang mempunyai pH7.0).
  • Detox. Air beralkali menyahkan toksin dan mengeluarkan bahan berasid yang meracuni badan kita dan menjadikan kita lebih sihat dan segar.
  • Air beralkali menyeimbangkan pH badan kita yang biasanya berasid akibat dari makanan dan minuman, stres dan pencemaran. Keseimbangan pH memperbaiki tahap kesihatan kita.
  • Air beralkali lebih baik untuk hidrasi berbanding air biasa kerana ia mempunyai molekul yang lebih kecil, jadi ia lebih mudah diserap oleh badan kita dan seterusnya memberikan kesihatan yang diingini.

FACEBOOK
Become a Fan

Monday, 18 April 2011

Cara-cara Mengelakkan Kerosakan Gigi dari Bertambah Teruk

Mencegah gigi berlubang atau gigi yang patah menjadi bertambah rongak atau menjadi rosak yang lebih teruk melibatkan beberapa perubahan besar dalam kebiasaan makan dan minum setiap hari.
  1. Jangan makan sebarang makanan di antara waktu makan. Jangan minum minuman ringan atau teh/kopi atau minuman manis di antara waktu makan. Jika anda haus minum air sahaja. (Boleh makan 4 kali dalam sehari). Jika anda makan atau minum minuman manis juga, terus gosok gigi selepasnya.
  2. Berus gigi setiap kali selepas makan. Setelah habis memberus gigi, ambil sedikit ubat gigi dan letakkan dijari anda (jika boleh dapatkan ubat gigi yang mengandungi florida) dan letakkan ke dalam lubang gigi anda. Jangan meludah atau berkumur selepas menggosok gigi.
  3. Pastikan tiada apa-apa yang masuk ke mulut anda di malam hari selepas anda menggosok gigi sebab pada waktu anda tidur pengeluaran air liur dihentikan dan bakteria akan bertindak lebih pantas jika anda tidak menggosok gigi atau ada sisa makanan di celah-celah gigi.

Friday, 4 March 2011

Pewarna Makanan Boleh Akibatkan Kanser?


Ada empat jenis pewarna yang digunakan untuk makanan yang mengandungi karamel.

Karamel biasanya dibuat dari gula yang dicairkan dan dimasak hingga berwarna gelap. Ada juga sesetengah soda dan minuman ringan dibuat dengan memanaskan gula dengan ammonia dan sulfida di bawah tekanan tinggi. Kehadhiran bahan-bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser jika diminum untuk jangkamasa yang panjang.

Pewarna makanan karamel tidak unik untuk industri minuman ringan sahaja.
Ia
juga digunakan untuk produk berwarna gelap seperti bir, kicap dan wiski, dessert campuran, kuah dan produk bungkusan yang lain - tetapi pewarna karamel dalam beberapa produk ini tidak semestinya dibuat menggunakan ammonia dan sulfida.