Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Thursday, 12 January 2017

Ketahui Jenis-jenis Makanan Yang Bagus Untuk Kesihatan Anda Di sini. Sadhguru

Diet pemakanan apa yang bagus untuk kesihatan kita? yang penting kita perlu makan banyak sayur, buah, kekacang,sprout dan kurngkan sayur yang dimasak. kalau boleh makan mentah. Sebab kita makan makanan sumber haiwan ialah untuk mendapatkan protin.Badan kita hanya perlukan 3% protin sahaja. Jika tak dimasak sayur, buah, kekacang dan sprout sudah cukup. Tapi jangan dimasak sebahagian besar zatnya akan musnah. Banyakkan makan sumber tumbuh-tumbuhan secara mentah.

How to Manage Your Diet? Sadhguru

Friday, 25 November 2016

Akibat Makan Mee Segera Setiap Hari USUS terpaksa DiPotong

Akibat Makan Mee Segera Setiap Hari USUS terpaksa Di Potong…
P/S : SHARING IS CARING

Ini adalah kisah benar. Usus HBO budak ini terpaksa dipotong sebanyak dua kali kerana makan mee segera setiap hari.

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI
#InformasiKesihatan

Hanya gambar hiasan.


1) #Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

2) #Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.


3) #Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.


4) #Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis mknan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan….

🤒🤕 share dengan orang-orang tersayang sebagai bukti kasih anda pada mereka.. 💝

Saturday, 24 October 2015

Kenapa Anda Perlu Makanan Fermentasi/Ditapai/Kultur

Makanan yang ditapai atau fermentasi membantu menambahkan bakteria baik dalam perut anda. Kini terlalu banyak bakteria yang tak baik dialam perut mengakitbatkan anda mengalami masalah kulit, ADHD, perubahan emosi dan kebimbangan, masalah berat badan, alahan makanan, gangguan autoimun dan gangguan penghadaman makanan.


Pemakanan yang tidak sihat, antibiotik (antibiotik oleh doktor dan dalam daging dan makanan tenusu), pembersih anti-bakteria dan pil perancang keluarga semuanya menyebabkan berkurangnya bakteria baik (berfaedah).

Makanan yang boleh diambil untuk meningkatkan kandungan bakteria baik ialah:

1) Sauerkraut
Adalah kobis yang diperam. Sauerkraut mengandungi vitamin, mineral, bakteria baik dan enzim yang sangat berkuasa.

2) Kefir
Penapaian terdiri dari bijirin yang dicampur susu atau air.

3) Kombucha
Dibuat dari teh dan yis.

4) Kimchi
Ini makanan Korea, diperbuat daripada kobis dan sedikit rempah.

5) Roti Sourdough Starter
Sourdough Bread Starter digunakan untuk menggantikan yis sangat tinggi kandungan bakteria baik. Roti pun sedap.

Sedikit nota berkenaan makanan fermentasi/penapaian/diperam

  • Perkenalkan makanan ditapai perlahan-lahan - memberi masa badan anda untuk menyesuaikan diri dengan dan kesan bakteria yang tidak baik hilang..
  • Jika makanan penapaian anda berkulat, bau busuk atau berlendir, yang terbaik dilakukan adalah membuangnya dan buat yang barui (USDA menyatakan tidak pernah terjadi kes yang keracunan makanan dari makanan diperam).
  • Penapaian anda adalah sebaik bahan-bahan yang anda gunakan, jadi selalu pilih makanan organik dan produk tempatan.
  • Jangan ragu untuk mencuba dengan penapaian buah-buahan dan sayur-sayuran dan rempah yang berbeza dengan pelbagai herba dan rempah, sehingga anda menjumpai ramuan kegemaran anda.
  • Jika anda tertekan dengan masa, atau tidak mempercayai kebolehan pengkulturan anda, anda boleh mengambil beberapa produk yang diperam dari bahagian dalam peti sejuk kedai-kedai makanan semula jadi - pastikan produk itu unpasteurized. Makanan jeruk tidak sama seperti yang ditapai.
  • Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penapaian makanan? Dapatkan salinan Penapaian Untuk yang baru bermula: Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Penapaian & Probiotik Makanan.
Akhir sekali, jika anda ingin tahu lebih banyak cara untuk meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan, Lihat senarai ini 12 Probiotik Makanan Terbaik untuk kesihatan Perut yang lebih baik.


Monday, 18 August 2014

Kenapa Anda Teringin Makan atau Mengidam?

Tentu anda pernah teringin atau mengidam untuk makan sesuatu. Teringin makan atau mengidam ini amat tinggi sehingga melepasi perasaan lapar terutamanya ketika anda berasa tertekan (stress).


Di sebalik rasa teringin makan atau mengidam adalah cara badan anda memberitahu anda telah kekurangan zat-zat makanan yang tertentu. Selalunya dengan mengambil makanan yang cepat mengeluarkan kalori, badan akan merasa selamat, seterusnya badan akan keluar dari mod ikhtiar hidup (survival).

Jika anda ingin makan atau mengidam:
  1. Coklat anda kekurangan magnesium. Anda sepatutnya makan koko (raw cocoa), kekacang, biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Makanan bergula atau manis anda kekurangan kromium (patut makan brokoli, anggur, keju, ayam), karbon (patut makan buah-buahan segar), posforus (patut makan ayam, daging, ikan berlemak, telur, produk tenusu, kekacang (nut), sayur-sayuran dan bijirin), sulfur patut makan kranberi, horseradish, kobis, bunga kobis) & tryptophan (patut makan keju, raisin, ubi keledek, bayam).
  3. Roti, pasta dan makan berkabohidrat anda kekurangan nitrogen. Anda sepatutnya makan makanan berprotin tinggi seperti daging, ikan berlemak, kekacang, biji chia (chia seed)).
  4. Makanan berlemak anda kekurangan kalsium. Anda sepatutnya makan susu organik, keju, sayur-sayuran berdaun hijau.
  5. Makanan bergaram/masin anda kekurangan klorid (patut makan ikan berlemak, susu kambing), silikon (patut makan biji gajus, kekacang, biji-bijian).
Lain kali jika anda teringin makan atau mengidam sesuatu pastikan anda mengambil makanan atau makan makanan yang benar-benar diperlukan badan anda dan tidak begitu mengikut makan apa yang anda teringin makan atau mengidam.


Thursday, 26 June 2014

Apakah Pemakanan Yang Tidak Baik?

Apakah pemakanan yang tidak baik? Anda mungkin rasa anda sudah makan dengan baik atau sudah mengambil makanan yang seimbang bila anda mengambil segala jenis zat makanan yang disyorkan oleh piramid makanan iaitu bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan produk tenusu, protin dan paling sedikit lemak dan minyak. Anda rasa pemakanan anda baik?


Pemakanan anda baik jika sudah mengambil makanan seimbang, mungkin juga tidak kerana pemakanan yang tidak baik dan perlu dielakkan adalah yang dipenuhi toksik dan menjana penyakit yang mungkin serius.

Berikut adalah sifat-sifat pemakanan yang tidak baik:

1) Sebahagian besar diet anda terdiri dari makanan mati (makanan yang telah dimasak, mikrowave dan lain-lain).

2) Sebahagian besar diet anda terdiri dari makanan berproses (diluntur, dikilang, ditin, dipek dan lain-lain).

3) Kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4) Kuranag minum air kosong untuk kekal terhidrat sebaliknya lebih suka minum minuman yang telah siap dari kilang. (minuman tin, kotak, botol dan lain-lain yang dikeluarkan dari kilang).


5) Mengambil gula dan karbohidrat yang berproses.

6) Mengambil makanan yang diubahsuai secara genetik seperti jagung, soya atau gula daripada gula bit GM (genetically modified sugar beets).

7) Mengambil sejumlah besar produk tenusu yang diproses atau di pasteur (seperti susu lembu yang diproses atau dipasteur).

8) Mengambil makanan yang mengandungi beratus-ratus jenis tambahan makanan kimia yang berbeza dari MSG dan aspartame kepada pelbagai bahan pengawet kimia.

9) Makanan yang diibungkus di dalam bekas makanan bertoksik, termasuk plastik dan resin epoksi yang mencemarkan makanan dengan BPA.


10) Makan makanan terutamanya terdiri daripada makanan konvensional yang telah tercemar oleh racun perosak.

11) Mengandungi kuantiti besar minyak yang tidak sihat seperti minyak jagung, minyak soya atau minyak separa-hidrogenasi.

12) Sebahagian besar makanan goreng atau makanan yang dimasak pada suhu yang sangat tinggi yang memusnahkan nutrien yang mewujudkan sebatian karsinogenik yang berbahaya pada kesihatan.

13) Dibuat dengan makanan yang telah diubah suai dan bahan-bahan tidak asli seperti minyak hidrogenasi (hydrogenated) seperti gula bertapis (yang menghilangkan mineral), lemak susu homogenized, dan sebagainya.

14) Sebahagian besar makanan terdiri dari produk haiwan.

Tanpa disedari sebahagian besar dari masyarakat moden mengambil makanan seperti di atas yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari pemakanan yang tidak baik.


Wednesday, 21 May 2014

5 Jenis Makanan Untuk Turunkan Kolesterol Anda

Kolesterol yang tinggi menyebabkan timbunan lemak atau plak dalam saluran darah (arteri) anda dan menyempitkannya, menyebabkan jantung anda perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini memberikan risiko tinggi untuk sakit jantung dan strok akibat kolestrol.


Kolestrol boleh dihasilkan sendiri oleh badan anda. Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu kolestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). Kandungan kolestrol yang tinggi disebabkan oleh banyak makan makanan seperti daging, ayam itik, jenis-jenis siput dan kerang (shellfish) telur, mentega, keju dan susu. Kolestrol dalam badan boleh direndahkan dengan mengambil ubat atau melalui pemakanan. Makanan seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

5 Jenis Makanan Untuk Turunkan Kolesterol Anda Ialah:


1) Oatmeal dan Oat Bran
Oatmeal dan oat bran serat larut (soluble fiber) akan mengurangkan penyerapan kolestrol dalam usus kecil dan merendahkan kandungan LDL. Serat larut juga terdapat dalam kacang merah (kidney bean), epal, pir, barli dan prun.

2) Walnut dan Badam
Walnut dan badam mengandungi asid lemak politaktepu dan mampu menjadikan saluran darah sihat dan elastik. Makan segenggam cukuplah, jika terlalu banyak kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Makan setiap makanan dalam jumlah yang sederhana, jika terlalu banyak akan mendatangkan mudarat dan terlalu sedikit tak mencukupi pula.

3) Ikan dan Asid Lemak Omega 3
Ianya mampu menurunkan tekanan darah dan mengelakkan darah beku (blood clot). Doktor menyarankan makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan setiap minggu. Asid Lemak Omega 3 banyak terdapat dalam ikan sardin, herring, tenggiri, salmon dan tuna. Untuk mendapatkan hasil terbaik dari ikan anda perlu panggang atau bakar ikan. Sumber asid lemak omega 3 yang lain adalah dari flakseed dan minyak kanola.


4) Minyak Zaitun.
Ia mengandungi antioksidan yang boleh merendahkan LDL (kolestrol tak baik) tanpa mengganggu HDL (kolestrol baik). Dicadangkan mengambil 2 sudu makan (23 gram) minyak zaitun sehari. Menurut kajian, kesannya lebih baik jika anda mengambil minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil).

5) Makanan Yang Diperkaya Dengan Sterol Tumbuh-tumbuhan
Sterol atau Stanol bertindak menghalang penyerapan kolestrol LDL lebih dari 10%. Sterol atau Stenol dari tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian. Stanols atau sterol dalam marjerin untuk sapuan pada roti, jus oren, bijirin, dan bar granola.

Jika anda ingin kenalan anda juga mendapat manfaat dari 5 jenis makanan untuk menurunkan kolestrol ini, klik "like & share" untuk menguruskan kolestrol.

Saturday, 17 May 2014

10 Makanan Kultur & Kepentingannya kepada Kesihatan

Makanan kultur mengandungi probiotik atau bakteria baik yang amat penting untuk kesihatan perut anda. Perut adalah punca utama untuk kesihatan atau apa saja. Pernah dengar kesihatan bermula dari perut yang sihat? Untuk kesihatan, kekuatan dan imunisasi anda makan dengan kerap makanan kultur.


Makanan kultur perlu dimulakan mengambilnya jika anda belum berbuat demikian, dan jika sudah makan, tambahkan pengambilan makanan kultur untuk kebaikan anda. Makanan kultur atau penapaian lakto adalah tindakan mewujudkan persekitaran yang kaya dengan laktik asid yang kaya yang membolehkan makanan terpelihara secara semula jadi.

Sebelum adanya pengetinan makanan dan peti sejuk, penapaian adalah cara untuk mengekalkan supaya makanan tahan lebih lama. Makanan kultur ini bagus untuk anda kerana proses penapaian lakto meningkatkan kandungan vitamin kepada makanan tertentu. Penapaian juga menjadikan makanan lebih mudah dicerna kerana ia menggalakkan pertumbuhan probiotik semula jadi.

Semua orang boleh mendapat manfaat dari makanan kultur, terutamanya mereka yang mempunyai isu-isu seperti: 
  • masalah sistem imun 
  • gangguan penghadaman.
  • semasa mengandung 
  • apabila anda cuba untuk mengimbangi gula dalam darah, 
  • penumbuhan yis yang terlalu cepat
  • masalah dengan berat badan. 
Anda harus makan sekurang-kurangnya 1 hidangan makanan yang dikultur dalam diet anda setiap hari, atau cuba untuk makan pada setiap hidangan jika penghadaman anda kurang sempurna atau jika anda sedang menggunakan antibiotik.




10 makanan kultur yang terkenal ialah:


1) Yogurt
Yogurt biasa (plain) dari susu penuh krim organik adalah yang terbaik kerana lemak tepu dalam yogurt membantu penyerapan kalsium. Yogurt boleh ditapis keluar airnya untuk menghasilkan whey yang boleh digunakan untuk membuat makanan kultur lain contohnya sayur kultur.

2) Kefir
Sejenis makanan kultur kuno yang tinggi kandungan asid amino, kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin B. Tidak seperti yogurt kefir kultur boleh dibuat pada suhu bilik menggunakan susu yang berkualiti tinggi (mentah, jika boleh) campurkan dengan serbuk kefir atau bijirin. Jika tiada susu mentah, gunakan susu pasteur atau organik dari susu berasal dari lembu yang makan rumput tetapi tidak susu homogenised.

Serbuk Kefir boleh dibeli dari kedai makanan semula jadi atau online, bijirin kefir pula boleh dibeli secara online.

3) Krim masam kultur semulajadi/crème fraîche
Tambah dalam jumlah yang kecil ke dalam resepi anda untuk melazatkannya. Anda boleh cuba buat sendiri krim ini.

4) Kombucha
Diperbuat daripada teh yang ditapai bersama gula organik menghasilkan minuman bergas yang banyak manfaat kesihatan. Anda boleh membuat sendiri Kombucha membelinya di kedai makanan semula jadi. Setengah orang mungkin perlu membina toleransi kepada Kombucha; ini boleh dicapai dengan meminum sejumlah kecil kombucha setiap hari untuk beberapa minggu.

5) Rendaman bijirin
Rendam bijirin sekurang-kurangnya 7 jam sebelum memasak menjadikan mereka lebih berkhasiat dan mudah dicerna. Tambah sedikit whey jika boleh untuk manfaat tambahan. Merendam oatmeal semalaman sebelum makan adalah amalan yang baik. Disyorkan juga makan roti doh masam tradisional yang dihasilkan.


Sauerkraut

Sauerkraut dan kimchi adalah contoh yang mungkin terbaik. Anda boleh membeli versi yang berkualiti tinggi di kedai makanan semula jadi.

Ia juga boleh dibuat di rumah dengan mencampurkan sayur dengan larutan air garam dan biarkan dalam bekas kedap udara (mason jar kaca sangat sesuai) pada suhu bilik selama beberapa hari sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Perhatikan bahawa sayur-sayuran yang dikultur mengandungi kuantiti yang luar biasa enzim, vitamin B dan vitamin C.

7) Jeruk.
Jeruk adalah makanan kegemaran ramai dan ia mengandungi probiotik yang tinggi.

8) Yogurt kelapa
Yogurt kelapa bebas tenusu, lazat dan memberikan banyak enzim dan probiotik ke dalam pemakanan anda.

9)Miso 
Miso adalah pes yang dibuat daripada kacang soya dan biji-bijian yang penuh dengan mineral penting, seperti kalium, dan terdiri daripada berjuta-juta mikroorganisma memberikan anda kekuatan dan stamina. Untuk membuat sup miso, hanya tambah sedikit miso ke dalam air mendidih, tambah beberapa jenis sayur-sayuran kegemaran anda, seperti bawang, bok choy atau cendawan.

10) Tempe
Makanan yang diperam yang mengandungi protin yang tinggi. Jika boleh dapatkan tempe organik.

Jika anda rasa makanan kultur ini penting untuk usus dan kesihatan anda dan kenalan anda klik "like & share" di bawah.


Monday, 12 May 2014

7 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Tekanan

Makanan yang dimakan setiap hari yang banyak diproses, diubah suai secara genetik, tinggi gula putih, tepung putih (bertapis), minyak sayuran ditapis, bahan pengawet, aditif makanan, hormon, dan bahan-bahan kimia akan menyebabkan badan anda gagal menangani tekanan (stress), mengekalkan kesihatan dan bertenaga dengan pengambilan makanan.


Makanan penyembuh dipenuhi dengan nutrien utama yang menyegarkan, membaiki dan membantu menyembuhkan badan supaya ia boleh kekal kuat dan sihat. Makanan penyembuh rasanya sedap dan mengenyangkan. Jika anda sudah biasa dengan makanan penyembuh tinggi khasiat dan organik pula, anda tidak akan peduli lagi dengan makanan yang mengandungi kalori kosong yang tiada atau mengandungi sedikit khasiat makanan.

7 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Tekanan ialah:

1) Sayur-sayuran Berdaun Hijau dan Herba Organik
Makanan dari sayur-sayuran organik berdaun hijau dan herba mengandungi khasiat yang penting untuk melawan kesan-kesan tekanan dan mengukuhkan sistem imun seperti fitokimia, antioksidan, vitamin C, K, dan E, vitamin B, klorofil, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, asid amino, air, enzim, dan serat.

Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: kale, bayam, daun Collard, kubis, Swiss Chard, arugula, sawi, daun turnip, daun dandelion, selada air, lettuce Romaine, lettuce hijau dan oak merah, chicory, bok choy, escarole, daun selasih, daun pasli, daun ketumbar, thyme, tarragon, oregano, pudina, sage dan rosemary.

Inilah parsnip, salah satu makanan untuk mengurangkan tekanan dari jenis sayur-sayuran akar dan ubi organik.

2) Sayur-sayuran Akar dan Ubi Organik
Sayur-sayuran akar juga merupakan sumber yang sangat baik karbohidrat kompleks yang membantu meningkatkan tahap serotonin. Nutriennya penting untuk melawan tekanan seperti beta-karotena, alfa-karotena, vitamin C, vitamin B, vitamin E, zat besi, kalium, magnesium, kalsium, dan serat.

Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: ubi bit, radishes, ubi keledek atau keladi, kunyit, lobak merah, parsnips, turnips, akar celeriac, akar pasli, halia, dan kentang ungu.

3)Sayur-sayuran Allium Organik
Sayur-sayuran allium organik sangan bagus untuk mengurangkan tekanan (stress).

  • Sayur-sayuran Allium mengandungi tahap antioksidan & fitokimia yang tinggi, ia menguatkan sistem imun anda dan melindunginya daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh tekanan. 
  • Sayur-sayuran Allium tinggi kandungan vitamin A dan C, zat besi, kalium, sulfur, kalsium, dan quercetin yang melindungi daripada radikal bebas, membersihkan darah, melawan keradangan, dan melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh tekanan dan toksin.
Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: bawang putih, bawang besar, bawang merah, leek, dan daun bawang.

4) Buah Beri Organik
Buah-buahan beri organik mengandungi antioksidan penting, vitamin C, karotenoid, fitokimia, air, enzim, dan serat yang tinggi dan amat berkesan untuk mengurangkan tekaran kronik. Lagipun antioksidan dalam buah beri berkesan mengurangkan pengeluaran kartisol yang berlebihan.

Pilihan utama untuk makan setiap hari: blueberi, strawberi, rasberi, beri Acai, beri goji, beri hitam, mulberries, golden beri, dan Maqui beri.

5) Ikan Liar
Asid lemak Omega-3 dalam ikan liar perlu untuk pengeluaran kortisol yang rendah. Kartisol ialah hormon tekanan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika ia kekal tinggi untuk jangka masa yang panjang.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa menambah dengan minyak ikan selama 3 minggu dalam pemakanan dapat mengurang tahap kortisol. Ikan liar mengandungi protin yang sangat baik untuk melindungi badan anda daripada kesan-kesan tekanan. 

Ikan liar mengandungi Vitamin D dan B-12, selenium, dan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan bertenaga juga untuk melawan tekanan.

Pilihan utama untuk makan beberapa kali seminggu ialah: salmon liar, sablefish liar, ikan kod Alaska liar, halibut Alaska liar dan ikan sardin liar.


6. Kekacang dan Biji-bijian Organik Mentah Atau Yang Dicambahkan
Kekacang dan biji-bijian mentah organik mengandungi protin, antioksidan, asid lemak, serat, zink, vitamin B, magnesium, kalsium, dan enzim yang semuanya bekerja bersama-sama untuk melawan tekanan. 
Dengan merendam dan mencambahkan kekacang dan biji-bijian ia akan membuang anti-nutrien, meningkatkan vitamin dan mineral, mengaktifkan enzim, dan membuat kacang dan biji-bijian lebih mudah untuk dihadam bagi melawan tekanan.

Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: badam, walnut, pecans, kacang Brazil, bijan, biji labu, biji hem, biji flaks, dan biji chia.

7) Kelapa

Kelapa dalam semua bentuk adalah salah sejenis makanan penyembuhan yang baik. Semuanya termasuk minyak kelapa, isi kelapa, air kelapa dan santan kaya dengan kalium, magnesium, mangan, kuprum, selenium, vitamin B, asid amino, dan serat yang semuanya bekerja bersama-sama untuk membantu mengurangkan dan melindungi badan anda dari kesan tekanan. 

Kelapa yang begitu mudah didapati dan kadang-kadang dipandang remeh sangat bermanfaat untuk mengurangkan tekanan dan bermacam kegunaan lagi. Tak hairanlah kalau sakit disuruh minum air kelapa. Kelapa mengandungi asid laurik yang merupakan rantaian sederhana asid lemak yang digunakan oleh hati untuk pengeluaran tenaga dan bukannya menyimpannya sebagai lemak.

Isi kelapa, minyak kelapa, dan santan kelapa juga mempunyai anti bakteria, anti-kulat dan anti-virus. 
Kelapa mengurangkan tahap kortisol dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang yang kuat. 

Pilihan utama untuk makan setiap hari: minyak kelapa dara mentah, air kelapa tanpa gula, isi kelapa muda,santan kelapa organik, dan kepingan kelapa yang dikeringkan tanpa gula.

Sebaik saja anda memulakan makan makanan yang megurangkan tekanan (stres) ini anda akan dapat mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang panjang dan dapat hidup dengan ceria, sihat dan bertenaga hanya dengan menukar corak pengambilan makanan yang mengurangkan tekanan dalam hidup anda.

Jika anda dapati 7 jenis makanan untuk mengurangkan tekanan ini berguna juga berguna untuk kenalan anda klik like & share di bawah ini.


Thursday, 8 May 2014

6 Jenis Makanan Beralkali Tinggi Yang Terbaik

Makanan beralkali dapat membantu mengekalkan pH darah badan anda pada tahap yang diperlukan. Makanan moden cenderung menjadi terlalu berasid dan keseimbangan amat penting untuk fungsi tubuh yang baik. Apabila badan anda dalam keadaan alkali, anda kurang cenderung untuk mengalami penyakit kronik. Lakukan ini dengan selalu mengambil makanan beralkali.


6 jenis makanan beralkali tinggi yang terbaik dan patut diambil setiap hari untuk hidup yang lebih sihat dan bertenaga adalah:

1) Sayur-sayuran jenis ubi
Contohnya seperti karot, ubi bit, keledek dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat "yang" mengikut tradisi cina. Ia mempunyai sifat penyembuh dan mengandungi lebih mineral berbanding jenis sayur-sayuran yang lain.

2) Sayur-sayuran Cruciferous
Contohnya adalah seperti kobis, bunga kobis, brokoli, brussel sprout dan lain-lain. Sayur-sayuran ini bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai anti oksidan yang tinggi. Juga sangat kuat menentang kanser.


3) Bawang Putih
Bawang putih adalah sejenis makanan yang mempunyai keajaiban, bawang putih selalu muncul di bahagian atas senarai begitu banyak makanan yang memberikan kesihatan keseluruhan, begitu juga dengan makanan alkali.

4) Bayam
Bayam dikenali terutamanya kerana vitamin K yang kaya dan kandungan folat, bayam juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksida dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan juga penglihatan.

5) Lemon
Lemon adalah makanan beralkali yang paling bagus. Dengan sifatnya sebagai makanan beralkali yang baik lemon membantu merancakkan fungsi hati dan membantunya membuang toksin dengan lebih baik lagi.



6) Cayenne Peppers (Cili Merah)
Sebagai sebahagian daripada keluarga makanan beralkali yang kuat, lada tropika yang mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin, cili merah adalah antara makanan beralkali yang tinggi. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.

Ambil makanan beralkali setiap hari untuk kesihatan anda dan keluarga. Jika anda ingin kenalan anda mendapat manfaat dari makanan beralkali, klik share dan like di bawah.


Saturday, 3 May 2014

7 Sebab Kenapa Anda Harus Makan Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dijaga. Menurut kajian, sarapan pagi haruslah diambil paling banyak, kurangkan makan untuk makan tengahari dan makan untuk makan malam paling sedikit untuk kesihatan. Jadi jangan pandang remeh pada sarapan pagi.


Sarapan pagi perlu diambil setiap kali kerana 7 sebab berikut:

1) Orang yang makan sarapan pagi lebih sihat berbanding anda yang tidak bersarapan kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tidak makan di waktu pagi dan anda akan lebih cepat merasa lapar.

2) Bersarapan dapat menjaga berat badan. Jika anda makan anda tidak cepat lapar jadi anda tidak cenderung untuk makan junk food sebelum tibanya waktu makan tengahari.

3) Sarapan memberi anda tenaga. Jika anda tidak bersarapan anda akan lebih cepat berasa letih.

4) Anda yang bersarapan mempunyai minda yang lebih tajam. Sudah tentu anda ingin berasa alert dan fokus ketika melakukan kegiatan harian. Sesetengah jenis makanan untuk sarapan meningkatkan kewaspadaan dan kejelasan minda anda.

5) Anda tidak mendapat vitamin dan nutrisi yang diperlukan badan anda. Jika anda meninggalkan sarapan, kemungkinan besar anda tidak dapat menggantikan vitamin dan nutrisi ketika sarapan pada waktu makan tengahari dan malam anda.

6) Jika anda makan sarapan pagi anda tidak akan berasa sangat lapar sepanjang hari. Ini amat penting untuk anda yang ingin menjaga berat badan. Makan berlebihan pada waktu makan berikutnya menyumbang kepada penambahan berat badan yang tidak diingini.

7) Makan sarapan sebagai pengajaran. Jika anda mempunyai kanak-kanak yang sedang membesar di dalam keluarga, bersarapan akan menunjukkan contoh ajaran yang baik untuk mereka bahawa sarapan itu penting dan perlu diambil setiap hari.

Jangan lupa ambil sarapan pagi.


Tuesday, 1 October 2013

9 Makanan Alternatif 'Sihat' Yang Tidak Begitu Sihat

Makanan yang selalunya difikirkan sihat dan lebih bermanfaat kepada kesihata adalah alternatif yang telah diubah menjadi kalori rendah, tanpa lemak atau makanan atau minuman diet. Tapi tahukan anda ianya bukan selalunya latenatif yang lebih sihat sebagai makanan.


Makanan contohnya seperti dressing untuk salad tanpa lemak telah dibuang lemak oleh pengeluarnya dan telah menggantikan lemak dengan bahan-bahan yang kurang sihat, seperti sirap jagung tinggi fruktosa.

9 Makanan Alternatif Sihat Yang Tidak Begitu Sihat ialah:

1) Susu Tanpa Lemak
Anda mungkin fikir ini bagus tapi tahukah anda semua lemak di dalam susu dikeluarakan termasuklah vitamin yang baik untuk kesihatan seperti A dan D. Walaupun sesetengah susu skim ditambah semula vitamin A dan D tapi ia bukan secara semula jadi dari lemak susu. Menurut satu kajian, kebanyakan makanan kurang lemak menyebabkan anda makan lebih banyak kerana makanan ini kurnag mengenyangkan.

2) Mentega Kacang Rendah Lemak
Sebenarnya lemak dalam kacang adalah lemak yang baik untuk kesihatan. Pengeluar mengeluarkan lemak dari kacang dan menggantikannya dengan bahan yang tidak baik untuk kesihatan iaitu pemanis tiruan dan karbohidrat yang tidak berguna untuk kesihatan.

Sebaik-baiknya pilihlah mentega kacang yang hanya mengandungi kacang dan tiada bahan pengawet dan lain-lain.

3) Altenatif Daging Dari Soya
Makanan altenatif untuk daging yang diperbuat dari soya memanglah mengandungi lemak lebih rendah dari daging tapi ianya telah diproses dengan banyak (highly processed). Contoh makanan soya yang dibuat steak atau nugget ayam tiruan telah ditambah lemak, gula dan tepung berproses.

Untuk mendapatkan kebaikan soya dapatkannya dalam bentuk yang kurang proses seperti edamame, tauhu atau air soya yang segar (bukan dari tin atau kotak yang telah diproses).

4) Ayam Belanda Tanpa Lemak (Fat Free Turkey)
Kebanyakan hasil keluaran dari ayam belanda mengandungi terlalu tinggi kandunga sodium untuk mengekalkan kesegarannya terutama yang tanpa lemak. Daging ayam belanda yang telah dipek juga mengandungi sodium nitrat yang sangat tinggi.

Sebaiknya pilihlah ayam belanda yang segar (whole bird & free range) dan masak sendiri atau jika anda kesuntukan masa pilihlah kepingan yang rendah sodium dan all natural.

5) Biskut Bebas Gluten (jika anda tidak mengidap penyakit celiac atau alahan gluten)
Ini adalah kerana biskut atau roti yang bebas gluten bukanlah mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding yang mengandungi gluten malah ada kalnya ia mengandungi kalori yang lebih tinggi.

6) Popcorn Rendah Lemak Microwave
Jangan fikir bila anda membeli popcorn rendah lemak lebih sihat kerana ia sebenarnya ia mengandungi 48 jenis bahan kimia yang merbahaya dari mentega tiruan, gam dan pewarna. Pekerja yang memproses popcorn rendah lemak mengalami masalah pernafasan ketika memprosesnya di kilang akibat dari mentega tiruan.

Sebaliknya masaklah popcorn seperti biasa dan jika anda ingian menggantikan mentega, gunalah lemak yang lebih baik seperti minyak zaitun.

7) Makanan Beku Diet
Makanan dari daging yang dibekukan mengandungi Butylated hydroxytoluene, bahan kimia boleh meningkatkan risiko kanser. Juga polysorbate 80, bahan kimia yang digunakan supaya minyak dan makanan tidak terpisah bila anda makan. Ia juga digunakan dalam krim pencukur. Makanan beku juga mengandungi  gula yang tinggi termasuk dekstrosa, sirap pekat, sirap jagung, maltodekstrin, dan sirap jagung tinggi fruktosa. Makanan beku yang dikatakan makanan diet juga menggantikan lemak dengan natrium yang sangat banyak.

Sebaliknya dapatkan daging segar, dan jika ingin menggunakan lemak, gunakanlah minyak zaitun.

8) Roti Light atau Roti Kalori Rendah
Memang lemak dikurangkan dalam roti ini tapi ianya hanyalah roti dengan tepung puntih dengan penambahan pemanis. Ia bukanlah pilihan yang lebih sihat kerana ia mengandungi 30 kalori lebih tinggi berbanding roti biasa. Untuk mengetahuinya selalulah amalkan baca label sebelum membeli.

9) Keropok (Chips) Sayur-sayuran Rendah Lemak
Memang ia rendah lemak tapi  ia mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi. Elakkannya untuk kesihatan anda sebaliknya ambillah buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebagai snek.

Untuk kesihatan elakkan makanan berproses dan selalulah ambil yang segar sebagai makanan.

Tuesday, 16 July 2013

7 Tip Makanan Sihat

Makanan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang pada kesihatan badan anda selain dari tidur dan senaman. Jadi jagalah setiap hari dari segi pengambilan makanan.


Makanan anda amat penting diambil perhatian untuk mengelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini pada kesihatan anda.

7 Tip Makanan Sihat ialah:
  1. Gunakan extra virgin olive oil. Lebih gelap warnanya lebih bagus untuk kesihatan. Ia lebih tulin dan lebih baik untuk jantung anda berbanding jenis minyak zaitun yang lain.
  2. Ambil lebih sayur-sayuran berdaun hijau. Hanya masak dengan sedikit minyak zaitun, bawang putih dan sedikit garam. anda akan mendapat sayur yang sangat sedap dan berkhasiat. Ia adalah makanan yang boleh mengenyangkan & menyihatkan.
  3. Pilih roti coklat (brown bread). Karbohidrat berproses seperti yang terdapat pada roti putih adalah amat sukar untuk badan menyerap zat makanan darinya, jadi ia hanyalah kalori kosong atau tiada zat/khasiat.
  4. Elakkan makan junk food (snek/jajan) kerana ia tidak langsung menambah tenaga atau berkhasiat. Jika anda teringin makan junk food ambil buah sebagai penggantinya.
  5. Makan snek yang sihat iaitu yang rendah kalori dan lemak, tinggi kandungan serat seperti aprikot kering, kekacang, buah-buahan, baby carrot, tomato ceri dan sebagainya. Sayur-sayuran dan buah-buahan pada amnya rendah kalori dan lemak serta tinggi kandungan seratnya. Buah-buahan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran.
  6. Minum banyak air pada setiap hari. Air boleh mengurangkan sembelit dan membantu dalam proses penghadhaman. Secara amnya pada hari yang panas minum 2.5 hingga 3 liter pada hari yang panas.
  7. Makan perlahan-lahan kerana otak anda akan mengambil masa 20 minit untuk memberitahu yang anda sudah kenyang dengan makanan.

Wednesday, 27 February 2013

10 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Lemak di Perut

Makanan yang anda makan seharian boleh menyumbang kepada penambahan dan pengurangan lemak di perut anda. Kesesuaian perlu dalam pemilihan makanan.

10 Jenis Makanan yang menyumbang dalam mengurangkan lemak di perut ialah:

1. Minyak

Minyak yang tertentu sangat bermanafaat kepada kesihatan. Minyak flaxseed dan walnut kaya dengan asid alfa-linolenik, yang akan ditukarkan oleh badan anda kepada asid lemak Omega-3. Minyak zaitun extra-virgin mempunyai ciri antibakteria yang kuat.

Minyak zaitun juga mengandungi fitokimia yang dipanggil polifenol, yang boleh membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Minyak canola, bijan, bunga matahari, safflower dan kacang soya kaya dengan vitamin E.

2. Avokado

Avokado kaya dengan serat, vitamin K, kalium dan folat yang juga memberi perlindungan kepada jantung, Avokado mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia juga boleh membantu menurunkan tahap kolesterol yang rendah, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan degenerasi makula, punca utama masalah buta.

3. Buah Zaitun


Buah zaitun selain mengurang lemak di perut, ia adalah sumber yang kaya dengan besi, vitamin E, copper dan serat.


4. Kacang dan biji-bijian

Kacang dan biji-bijian juga adalah sumber yang baik dan kaya dengan nutrien penting, termasuk protein, serat, besi, zink, magnesium, copper, vitamin B dan vitamin E.

5. Coklat Gelap (Dark Chocalate)

Ia kaya dengan flavanols dan Proanthocyanins, coklat gelap meningkatkan tahap kolesterol baik, HDL. Ia juga mengandungi bahan-bahan semulajadi yang membantu mengawal paras insulin dan berehat saluran darah, menurunkan tekanan darah, dan menyediakan mineral penting termasuk tembaga, magnesium, kalium, kalsium dan besi.

6. Ikan Salmon

Ikan berlemak seperti salmon juga membekalkan sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3.

7. Blueberi

Blueberi sememangnya kaya dengan antioksidan, vitamin C, manganese dan serat.

8. Epal

Hasil penyelidikan ke atas epal memberikan hasil yang amat positif. Penemuan terbaru menunjukan terdapat sebatian fitonutrien yang amat bermanafaat untuk mengelakkan penyakit dan membantu badan anda berfungsi dengan normal dalam epal, termasuk quercetin, catechin, phlorizin dan antioksida asid chlorogenic.

9. Brokoli 

Ia tinggi kandungan serat, yang membantu dalam penghadaman, mencegah sembelit dan mengekalkan gula darah rendah, dan menahan dari makan berlebihan.

10. Ayam 

Ayam adalah sumber protein yang sangat baik. Pilih ayam tanpa kulit dan dada ayam kerana dada ayam adalah yang paling rendah lemak dalam ayam. Cara memasak juga jangan yang menggunakan minyak yang banyak.

Untuk memberikan kesan terbaik jangan lupa bersenam di samping kesesuaian pemilihan makanan.

Thursday, 14 February 2013

Makan Awal Untuk Menjaga Berat Badan

Makan tengahari dan makan malam awal boleh membantu dalam mengawal berat badan dan kesihatan anda. Satu kajian yang baru telah diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Obesiti mencadangkan adalah terbaik untuk tidak makan terlalu banyak kalori ketika lewat waktu makan.


Makan sebelum pukul 3 petang memberikan kehilangan berat badan lebih besar berbanding mereka yang makan lewat mengikut kajian terbaru dari Sepanyol. Ini berlaku walaupun jumlah kalori yang sama diambil berbanding orang yang makan tengahari atau makan malam pada waktu yang lewat.

"Kajian ini menunjukkan bahawa ia bukan hanya apa yang kita makan tetapi masa kita makan adalah penting," kata penulisnya Frank Scheer, yang mengarahkan Program Chronobiology Perubatan di Brigham dan Hospital Wanita di Boston.

Kajian ini juga menunjukan, orang-orang yang makan lewat dan tidak hilang sebegitu banyak berat badan juga cenderung untuk meninggalkan (skip) sarapan pagi atau hanya makan sedikit saahaja pada waktu pagi.

Menurut Scheer, makan seolah-olah menghantar isyarat kepada jam badan anda, kelewatan makan satu hidangan besar sehingga lewat hari, mengganggu putaran jam biologi badan anda.

Apabila masa makan tidak sepadan dengan kitaran tidur-jaga (sleep-wake), jam induk di dalam otak tidak selari (atau terputus) dengan sel-sel badan yang mengawal metabolisme. Dengan putusnya hubungan ini, sistem kompleks yang mengawal berat badan juga tidak berfungsi.

Untuk mengawal berat badan dan kesihatan anda, jagalah waktu makan.

Tuesday, 15 January 2013

7 Khasiat Kelapa

Kelapa adalah satu makanan yang paling berkhasiat di sekitar anda. Bila diproses seperti dicincang, dimesin, ditambah gula, di isi dalam plastik, ditinkan, dibuat kelapa kering dan sebagainya akan menyebabkan cepat kehilangan khasiat kelapa.

Kelapa berkhasiat untuk kesihatan. Antara khasiat kelapa adalah seperti:
  1. Mempunyai kandungan potasium yang lebih tinggi berbanding pisang. 
  2. Minyak/santan dalam kelapa mengandungi lemak berkhasiat (kandungan yang tinggi) yang hanya ditemui di dalam susu ibu (asid laurik) yang mampu menghindarkan virus.
  3. Air kelapa mengandungi kandungan elektrolit semulajadi dan potasium yang tinggi. Ia adalah satu minuman yang memberi tenaga dan menyegarkan badan. 
  4. Air kelapa juga steril jika ia keluar terus dari kelapa, itulah sebabnya dalam Perang Dunia II, ia telah diberikan secara intravena kepada tentera yang cedera. Air kelapa boleh juga didapati dalam tin atau kotak dari kedai-kedai, tetapi tidak seperti air kelapa segar khasiatnya sudah berkurangan.
  5. Isi kelapa mengandungi zat besi yang tinggi seperti dalam bayam dan 3x lebih banyak serat berbanding epal. Jika anda mahu makan isi kelapa pilihlah kelapa muda kerana ia lebih sedap dan lembut.
  6. Ramai orang mendapati ia lebih mudah untuk dihadam kerana ia tidak memerlukan badan menghasilkan cecair hempedu untuk menghadamkannya seperti yang perlu untuk lemak jenis lain. kelapa mendapat reputasi buruk kerana ia adalah lemak tepu tapi hakikatnya ia mempunyai kalori sama seperti lemak lain.
  7. Air kelapa juga dikatakan boleh membuang toksin dalam badan jika diminum. Sesuai diminum jika dijangkiti penyakit tertentu seperti campak atau demam dan sebagainya.
Nilai kesihatan yang tinggi terdapat di dalamnya walaupun minyak atau santannya patut diambil dalam jumlah yang terkawal kerana kandungan lemaknya. Jadi dapatkan yang segar untuk mendapat khasiat yang lebih tinggi dari kelapa.

Monday, 14 January 2013

Sarapan Yang Berat Boleh Menggemukkan?

Sarapan boleh menurunkan berat badan atau sebaliknya menambahkan berat badan seseorang. Ianya bergantung kepada apa yang anda makan untuk sarapan.


Sarapan yang berat menyumbang kepada kalori yang tinngi, dan ini menambah kepada jumlah kalori yang diambil dalam sehari. Jika anda mengambil jumlah kalori yang lebih dari yang anda gunakan, lama-kelamaan berat badan anda akan meningkat.

Pastikan anda tidak makan terlalu banyak makanan yang berlemak ketika sarapan kerana ia mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Semakin tinggi kalori yang diambil semasa sarapan, semakin rendahlah kalori yang perlu diambil sepanjang hari.

Adalah berguna untuk mengambil protin dan serat ketika sarapan. Jika anda mengambil 50g muesli dan 250ml susu, anda akan mendapat 374 kalori, tetapi jika anda mengambil 125g yogurt perisa biasa (plain), 1 sudu besar oat dan 1 biji epal, anda akan mendapat 280 kalori, 90 kalori lebih rendah.

Lagipun lebih banyak protin dan serat yang anda ambil akan lebih mengenyangkan anda. Lain-lain makanan yang sesuai untuk sarapan ialah buah-buahan, dadih, telor dan keju krim (cream cheese).

Tukarkan makanan yang berlemak tinggi seperti mentega kepada yang lebih rendah lemak dan rendah kalori, contohnya: keju krim (cream cheese).

Kalori yang rendah membantu anda mengawal berat badan ketika sarapan.


Sunday, 13 January 2013

6 Makanan Superfood Yang Selalu Diabaikan

Makanan ini memberikan tenaga untuk latihan fizikal (bersenam), meningkatkan kesihatan anda, dan mengurangkan berat badan, namun sering diabaikan sebagai makanan.

Makanan superfood ini terdiri dari:

1) Rumpai Laut (Seaweed/Nori)
Rumpai laut biasa dimakan sebagai pembalut sushi. Rumpai laut kaya dengan iodin. Ia penting untuk fungsi kelenjar tiroid yang sihat. Garam beriodin telah diwujudkan untuk mengatasi masalah kekurangan iodin ini tetapi ia telah makin diabaikan kerana kandungan sodiumnya yang tinggi. Rumpai laut juga mengandungi vitamin K, besi dan mikronutrien penting untuk fungsi sel yang sihat. Rumpai laut boleh didapati di supermarket dan hancurkan ia dan tabur di atas sup, salad dan lain-lain. Ia juga boleh dimakan begitu saja.

2) Kubis Masin (Kubis Jeruk)
Kubis adalah superfood, ia rendah karbohidrat, tinggi serat, dan mampu melawan kanser, 3-indole carbinol dan d-glucarate, sebatian yang berfungsi untuk membersihkan lebihan estrogen. Penapaian yang menukarkannya kepada kubis masin, meletakkan ia pada steroid pemakanan. Probiotik dalam penapaian boleh membantu menjadikan sistem penghadhaman anda sihat.

Bakteria baik ini berupaya mengurangkan keradangan, memperbaiki penghadhaman, dan mungkin juga membantu dalam penurunan berat badan. Penapaian juga meningkatkan antioksidan yang terdapat dalam kubis, semakin tinggi tahap antioksidan bermakna badan anda lebih mudah menyerap dan menggunakannya.

3) Hemp Seeds (Biji Hemp)
Hemp seed tidak akan membuat anda khayal. Hemp seed sangat kuat, hanya 2 sudu besar mengandung 400 miligram anti-inflamasi asid gamma-linolenic dan 2 gram asid lemak omega-3, ditambah pula semua 9 jenis asid amino, ia membantu memaksimalkan proses pemulihan dari latihan fizikal.

4) Mi Shirataki
Mi Shirataki dibuat dari pokok konjac (lebih lanjut mengenainya di sini). Ia mengandungi kalori yang sangat rendah, hanya 20 kalori atau kurang untuk 1 hidangan. Mi Shirataki terdapat dalam pelbagai bentuk dari angel hair, fettuccine, penne dan sebagainya. Hanya basuh bersih-bersih, celurkan mi dan masak atau letak sos mengikut selera anda.

5) Ubi Bit (Beet root)
1 kajian menunjukkan bahawa bit boleh meningkatkan prestasi dan mengurangkan jumlah oksigen yang diperlukan untuk melakukan sesi kardio. Beet root mengandungi nitrat, yang digunakan dalam pengeluaran oksida nitrik, sebatian yang menjadikan saluran darah mengembang, membolehkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir ke otot anda. Beet root boleh dimakan mentah, dimasak, atau dibuat jus

6) Asparagus
Asparagus mengandungi Vitamin K adalah penting untuk pembekuan darah dan vitamin B yang perlu untuk metabolisme tenaga. Sebatang asparagus hanya mengandungi 3 kalori. Satu kajian baru-baru ini dalam Jurnal Sains Makanan melaporkan bahawa asparagus boleh membantu badan dalam mempercepatkan metabolisme alkohol.

Untuk kesihatan anda amalkan selalu kesemuanya sebagai makanan.

Tuesday, 18 December 2012

Apakah menu pilihan Rasulullah s.a.w.?

Jom kita semak menu:

  1.  Kurma dan air kosong.
  2. Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)
  3. Roti yang dimakan dengan cuka.
  4. Roti dengan minyak zaitun.
  5. Roti dengan keju.
  6. Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.
  7. Roti dengan kurma.
  8. Kurma dengan mentega.
  9. 7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan waktu pagi)
  10. Kurma dan tembikai
  11. Timun dan kurma

Menu-menu yang disenaraikan di atas memperlihatkan kesederhanaan Rasulullah dan betapa sihatnya hidangan Baginda. Baginda menjana tenaga melalui makanan tersebut untuk tujuan ketaatan kepada Allah.

From: http://www.facebook.com/mohd.azman.315/posts/512209932146801?comment_id=5789160&notif_t=like

Thursday, 6 December 2012

10 Jenis Makanan Untuk Mengelakkan Kanser Paru-paru


Kanser Paru-paru seperti jenis kanser yang lain juga adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal yang mungkin mengancam pesakit melalui malnutrisi, kegagalan organ atau jangkitan. Faktor pemakanan atau diet boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser paru-paru.

Kanser Paru-paru

Kanser paru-paru berkemungkinan boleh dielakkan dengan pengambilan antioksidan seperti Vitamin A, C dan E. Ramai pesakit kanser mati dari malnutrisi dan/atau jangkitan, kedua-duanya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak betul.

Pengurangan berat badan semada secara beransur-ansur atau drastik adalah tanda untuk penyakit kanser paru-paru. Kira-kira 60% daripada pesakit kanser paru-paru telah mengalami penurunan berat badan yang ketara pada masa diagnosis pertama.

Tetapi terdapat juga isu-isu lain fisiologi yang mempengaruhi status pemakanan pesakit seperti masalah penghadaman, hypometabolism, makanan tak dapat diserap (malabsorption) dan halangan di sistem penghadaman..

Jenis Makanan Untuk Mengelakkan Kanser Paru-paru

1) Sayur-sayuran cruciferous organik
Sulforaphane, sebatian sulfur yang terkandung dalam sayur-sayuran cruciferous mempunyai ciri-ciri anti-kanser. Secara umumnya, sayur-sayuran yang lebih berkualiti yang digunakan oleh pesakit kanser paru-paru, membolehkan mereka hidup lebih lama. Contoh sayur-sayuran cruciferous ialah brokoli, kobis dan taugeh.

2) Jagung segar dan sayur-sayuran berdaun hijau
Jagung segar yang berwarna oren-kuning jagung adalah kaya dengan lutein, manakala sayur-sayuran berdaun hijau pula kaya dengan folat yang mampu melindungi dari kanser paru-paru.

3) Labu kuning dan karot
Kedua-duanya adalah antara sumber terkaya alfa karotena yang melindungi daripada kanser paru-paru. Kajian ekstensif yang mengesahkan radikal bebas yang terlibat dalam permulaan dan perkembangan kanser. Jadi, tahap darah yang rendah kandungan antioksidan pemakanan dikaitkan dengan kadar kematian akibat kanser yang meningkat

4) Tomato merah
Diet yang tinggi dengan tomato berwarna merah mungkin mengurangkan risiko keseluruhan kanser sehingga kira-kira 50%, termasuk kanser paru-paru. Lycopene flavonoid dalam tomato boleh menggandakan kapasiti perlindungan karotena.

5) Kacang
Kacang Brazil adalah sumber yang kaya dengan selenium yang mengurangkan 50% dalam keseluruhan kadar kematian akibat kanser dan mengurangkan risiko kanser paru-paru sehingga ke 50%. Pengambilan yang lebih tinggi vitamin E daripada kacang dan biji benih (contohnya: biji bunga matahari dan lain-lain biji) juga boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 55%.

6) Ikan
Ikan tenggiri, ikan kod atau ikan bilis yang kaya dengan lemak omega-3 yang diperlukan untuk menterbalikkan cachexia dengan menghalang faktor pergerakan lipid yang dihasilkan oleh tumor yang sedang berkembang, yang menyebabkan pemecahan tisu adipos (tisu lemak) pesakit.

7) Beri dan buah-buahan organik
Buah beri dan buah-buahan organik seperti blueberry, kiwi, lada benggala dan jambu batu (guava) adalah beberapa sumber terkaya asid askorbik. Kekurangan asid askorbik dikaitkan dengan gejala kanser.

8) Makanan yang kaya dengan L-tryptophan
Soya (soy isolate), ayam tanpa lemak organik, sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang dan biji-bjian kaya dengan asid amino, yang menghasilkan serotonin neurotransmitter - yang kemudiannya ditukar kepada melatonin neurohormone yang boleh meningkatkan kelangsungan hidup pesakit.

9) Rempah
Kunyit mengandungi curcumin, yang mampu memberi kesan positif kepada transkripsi gen untuk mendorong kanser apoptosis sel (kematian sel diprogram).
Bawang mengandungi quercetin, seperti tamoxifen dadah anti-estrogen, mempunyai kaitan yang sama dengan type II estrogen mengikat tapak di garisan sel kanser paru-paru, dengan itu, ia boleh mengawal pertumbuhan sel.

10) Teh Kuning (Teh Cina) dan Teh Hijau (Teh Jepun)
Ini boleh menghalang perkembangan tumor dengan menyekat angiogenesis (pertumbuhan salur darah baru). Ia boleh mengurangkan kesan toksik kemoterapi dengan mengurangkan dos ubat kimo digunakan melalui meningkatkan cytotoxicity teh ini. Ia juga boleh menghalang atau mengurangkan penyerapan zat besi (iron) yang diperlukan sel-sel kanser untuk berkembang.

90% daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan pelan pemakanan yang khusus dan direka secara individu. Pengekalan berat badan yang sesuai dan kualiti hidup boleh dicapai melalui terapi pemakanan bagi pesakit kanser dan kanser paru-paru.

Saturday, 30 June 2012

Rempah dan Herba Untuk Kesihatan

Bawang besar adalah sejenis herba yang boleh membunuh kuman 100% dalam makanan, mengurangkan risiko kanser,   diabetes dan antioksida yang bagus.
Herba pada umumnya  adalah mana-mana bahagian tumbuhan seperti daun, biji, atau bunga dan lain-lain yang digunakan untuk perisa, makanan, perubatan, atau minyak wangi. (Istilah botani pula herba ialah tumbuhan yang tidak berkayu). Rempah pula ialah herba yang telah dikeringkan.

Di antara khasiat dan faedah herba dan rempah ialah:
  • Bawang putih, bawang merah (besar dan kecil), allspice dan oregano boleh membunuh bakteria 100%.
  • Thyme, kayu manis, lada benggala, cengkih, serai, bay leaf, rosemary, marjoram, mustard, tarragon dan jintan putih dapat membunuh bakteria 75% - 90%.
  • Pasli cina, buah pala, caraway, daun pudina, daun ketumbar, dill, daun selasih, sage dan fennel boleh membunuh bakteria sebanyak 50% - 72%.
  • Kayu manis, cengkih, bay leaves, bawang putih dan merah (kecil dan besar) bagus untuk mengurangkan diabetes.
  • Peria juga bagus untuk diabetes, memperbaiki tahap glycogen pada hati dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah.
  • Kunyit dan bawang merah (besar dan kecil) dapat mengurangkan pra-kanser lesion (tisu yang tak normal) pada usus.
  • Halia, cengkih, daun ketumbar, kayu manis, dill, oregano, rosemary, sage, lavender, thyme, anise, basil dan cardamon dapat mengurangkan kekejangan usus.
  • Bawang putih, halia, kunyit, bawang merah (kecil/besar), rosemary dan oregano bagus untuk antioksida.
Gunakan herba dan rempah sebagai makanan harian anda untuk kesihatan anda.