Makan tengahari dan makan malam awal boleh membantu dalam mengawal berat badan dan kesihatan anda. Satu kajian yang baru telah diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Obesiti mencadangkan adalah terbaik untuk tidak makan terlalu banyak kalori ketika lewat waktu makan.
Makan sebelum pukul 3 petang memberikan kehilangan berat badan lebih besar berbanding mereka yang makan lewat mengikut kajian terbaru dari Sepanyol. Ini berlaku walaupun jumlah kalori yang sama diambil berbanding orang yang makan tengahari atau makan malam pada waktu yang lewat.
"Kajian ini menunjukkan bahawa ia bukan hanya apa yang kita makan tetapi masa kita makan adalah penting," kata penulisnya Frank Scheer, yang mengarahkan Program Chronobiology Perubatan di Brigham dan Hospital Wanita di Boston.
Kajian ini juga menunjukan, orang-orang yang makan lewat dan tidak hilang sebegitu banyak berat badan juga cenderung untuk meninggalkan (skip) sarapan pagi atau hanya makan sedikit saahaja pada waktu pagi.
Menurut Scheer, makan seolah-olah menghantar isyarat kepada jam badan anda, kelewatan makan satu hidangan besar sehingga lewat hari, mengganggu putaran jam biologi badan anda.
Apabila masa makan tidak sepadan dengan kitaran tidur-jaga (sleep-wake), jam induk di dalam otak tidak selari (atau terputus) dengan sel-sel badan yang mengawal metabolisme. Dengan putusnya hubungan ini, sistem kompleks yang mengawal berat badan juga tidak berfungsi.
Untuk mengawal berat badan dan kesihatan anda, jagalah waktu makan.
mkn lewat malam kan dah mmg terbukti mampun membawa pelbagai penyakit dan obesiti..
ReplyDeleteMak Lagenda: Betul tu, tapi bukan itu saja, makan tengahari lewat pun akan menyebabkan obesiti ;)
DeleteSaya pun sudah mengamalkan makan awal sebelum jam 8 malam.
ReplyDeleteakubiomed: Bagus tu. Tapi jangan lupa makan tengahari awal juga. Kalau selepas pukul 3petang baru nak makan tengahari ianya akan menyumbang kepada kegemukan juga ;)
Delete