Thursday, 7 February 2013

Mata Bionik Pertama di Dunia

Mata adalah salah satu organ yang sangat penting untuk kelangsungan hidup anda. Pernah dengar mata bionik? Mata bionik baru saja dikeluarkan di USA dan ini memberikan harapan kepada orang yang cacat penglihatan untuk melihat menggunakan mata.

Mata bionik ini telah berjaya dikeluarkan oleh sebuah syarikat iaitu Second Sight Medical Products setelah melakukan penyelidikan selama bertahun-tahun. Ini adalah mata bionik pertama di dunia yang akan didapati secara meluas di pasaran. Mata bionik ini dinamakan Argus II Retinal Prosthesis System.

Ia terdiri daripada 60 elektrod yang diimplan (memerlukan pembedahan) di dalam retina dan cermin mata yang dilengkapi dengan kamera mini khas bagi bantuan penglihatan.


Argus II memberi manafaat kepada orang yang mempunyai masalah Retinitis Pigmentosa, penyakit genetik yang jarang berlaku, yang menyebabkan degenerasi photoreceptors retina.

Sel-sel photoreceptor menukar cahaya kepada impuls elektrokimia yang dihantar ke otak melalui saraf optik, di mana ia akan di tukar kepada imej. Postesis bertindak menggantikan fungsi photoreceptors.

Hasil yang didapati adalah berbeza di antara pesakit yang telah menerima mata bionik ini. Ada yang nampak sehingga dapat membaca tajuk-tajuk berita di akhbar. Kebanyakan dari mereka mampu melihat dalam hitam putih tetapi ada juga yang dapat melihat dalam warna-warni.

Selain dari USA, mata bionik ini telah berada di beberapa negara eropah dengan harga 73,000 euro.
Dengan adanya mata bionik pertama ini para penyelidik lain sedang bersaing untuk membangunkan mata bionik mereka sendiri, yang akan menawarkan imej resolusi yang lebih tinggi.

Mata bionik memberikan harapan untuk melihat kepada orang yang cacat mata.

8 comments:

  1. Mungkin ini akan membantu banyak pihak yang amat memerlukan daya penglihatan. Dan ini adalah pencapaian besar dalam dunia manusia ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joe: Ya, orang yang tak dapat melihat akan boleh melihat. Alhamdulillah ;)

      Delete
  2. Teknologi didalam perubatan memberi harapan baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, satu permulaan kepada penemuan yang lebih besar. Semoga lebih ramai orang yang tidak dapat melihat akan mendapat manafaatnya.

      Delete
  3. mmg ramai menghadapi masalah penglihatan. Semoga usaha ini dapat membantu masyarakat kita dari bergantung kpd cermin mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni untuk orang buta bagi melihat. Dan cermin mata perlu untuk meletakan kamera.

      Delete
    2. Ni untuk orang buta bagi melihat. Dan cermin mata perlu untuk meletakan kamera.

      Delete
  4. kemajuan yang memberi faedah besar
    tahniah kepada para penyelidik

    ReplyDelete