Showing posts with label Mata. Show all posts
Showing posts with label Mata. Show all posts

Friday, 5 May 2017

Amalan Untuk Penglihatan Mata Jelas dan Terang

"Ayat utk penglihatan mata jelas ada X?" 
 "Rajin2 baca Quran utk penglihatan jelas"
"benar'
" Qaf ayat 22"
"ada sorg atuk tu... dah tua sangat2, tapi mata terang... sbb dia rajin baca Quran..."
"Orang gelang mas kelantan. Ada keluar snar harian dulu mata dia jelas terang. .amalannya bca quran"
"Btl. Ada sorang opah lak mata pakai cermin tebal setebalnya tp bila rjin baca al quran, dia ckp dh nmpk jelas. Cermin mata simpan tepi bt kenangan jer.." 
" Ada perkongsian utk penglihatan baik.
http://blog.haleema.com.my/2015/03/doa-dan-amalan-untuk-menyembuhkan-rabun.html?m=1
Semoga bermanfaat.

Wednesday, 20 July 2016

Amalan Untuk Rawatan Mata Rabun dan Sakit Kepala

Selamat Hari Raya All Member.

Dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din..

SOLAT DAN MATA

Jika sakit kepala itu dibahagian depan, ubatnya ialah tidur..

Jika diatas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong)..

Jika sakit kepala tu dibahagian belakang kepala, itu tanda kita stress & perlu release stress tu baru boleh baik..

Rawatan untuk meningkatkan power of our eyes..

Penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga untuk semua..

Otot mata kita menderita dari hari ke hari..

Sebab hari2 berfungsi..

Kita bangun tidur, mata kita yang permata berfungsi..

Jadi, makin hari mata kita akan kurang power..

Jadi, untuk kekalkan kekuatan mata, kita perlu ikut Sunnah dalam solat..

Iaitu kekalkan mata terbuka ketika sujud..

Melihat titik tengah sejadah..

Ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga..

Sebabnya, bila kita fokus pada titik tengah masa kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax..

Bila kita sujud, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud, bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik..

Solat dengan cara yang betul ini akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam..

Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih mengikut kehendak/keupayaan masing2..

Nabi Muhammad (SAW) berpesan untuk kita buka mata ketika sujud dan kita mungkin tidak tahu kenapa..

Dan sekarang, bukti dari kajian saintis sudah ada..

Memang sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita..

Subhana ALLAH untuk hikmah disebalik membuka mata masa sujud ini..

Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada semua orang..

#Amalan baik untuk mengubati mata yang rabun & ubat sakit kepala untuk mereka yg solat...

©😊

Thursday, 7 February 2013

Mata Bionik Pertama di Dunia

Mata adalah salah satu organ yang sangat penting untuk kelangsungan hidup anda. Pernah dengar mata bionik? Mata bionik baru saja dikeluarkan di USA dan ini memberikan harapan kepada orang yang cacat penglihatan untuk melihat menggunakan mata.

Mata bionik ini telah berjaya dikeluarkan oleh sebuah syarikat iaitu Second Sight Medical Products setelah melakukan penyelidikan selama bertahun-tahun. Ini adalah mata bionik pertama di dunia yang akan didapati secara meluas di pasaran. Mata bionik ini dinamakan Argus II Retinal Prosthesis System.

Ia terdiri daripada 60 elektrod yang diimplan (memerlukan pembedahan) di dalam retina dan cermin mata yang dilengkapi dengan kamera mini khas bagi bantuan penglihatan.


Argus II memberi manafaat kepada orang yang mempunyai masalah Retinitis Pigmentosa, penyakit genetik yang jarang berlaku, yang menyebabkan degenerasi photoreceptors retina.

Sel-sel photoreceptor menukar cahaya kepada impuls elektrokimia yang dihantar ke otak melalui saraf optik, di mana ia akan di tukar kepada imej. Postesis bertindak menggantikan fungsi photoreceptors.

Hasil yang didapati adalah berbeza di antara pesakit yang telah menerima mata bionik ini. Ada yang nampak sehingga dapat membaca tajuk-tajuk berita di akhbar. Kebanyakan dari mereka mampu melihat dalam hitam putih tetapi ada juga yang dapat melihat dalam warna-warni.

Selain dari USA, mata bionik ini telah berada di beberapa negara eropah dengan harga 73,000 euro.
Dengan adanya mata bionik pertama ini para penyelidik lain sedang bersaing untuk membangunkan mata bionik mereka sendiri, yang akan menawarkan imej resolusi yang lebih tinggi.

Mata bionik memberikan harapan untuk melihat kepada orang yang cacat mata.