Sarapan yang berat menyumbang kepada kalori yang tinngi, dan ini menambah kepada jumlah kalori yang diambil dalam sehari. Jika anda mengambil jumlah kalori yang lebih dari yang anda gunakan, lama-kelamaan berat badan anda akan meningkat.
Pastikan anda tidak makan terlalu banyak makanan yang berlemak ketika sarapan kerana ia mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Semakin tinggi kalori yang diambil semasa sarapan, semakin rendahlah kalori yang perlu diambil sepanjang hari.
Adalah berguna untuk mengambil protin dan serat ketika sarapan. Jika anda mengambil 50g muesli dan 250ml susu, anda akan mendapat 374 kalori, tetapi jika anda mengambil 125g yogurt perisa biasa (plain), 1 sudu besar oat dan 1 biji epal, anda akan mendapat 280 kalori, 90 kalori lebih rendah.
Lagipun lebih banyak protin dan serat yang anda ambil akan lebih mengenyangkan anda. Lain-lain makanan yang sesuai untuk sarapan ialah buah-buahan, dadih, telor dan keju krim (cream cheese).
Tukarkan makanan yang berlemak tinggi seperti mentega kepada yang lebih rendah lemak dan rendah kalori, contohnya: keju krim (cream cheese).
Kalori yang rendah membantu anda mengawal berat badan ketika sarapan.
semoga saya dapat menjaga pemakanan saya kepada yang lebih baik setiap hari. tq di atas perkongsian =D
ReplyDeleteDonny Ien: Yes, plz do that for your own sake & for your family. Kalau kita sihat kita bukan saja gembira & kuat, malah keluarga kita juga gembira ;)
ReplyDeleteSarapan pagi saya biasanya secawan oat sahaja.
ReplyDeletesaya jarang bersarapan. saya bangun pagi, siapkan order pembeli sampai tengahari .. lepas tu baru makan. Nampaknya saya kena berubah nie.. :D
ReplyDelete