Showing posts with label perut. Show all posts
Showing posts with label perut. Show all posts

Saturday, 24 October 2015

Kenapa Anda Perlu Makanan Fermentasi/Ditapai/Kultur

Makanan yang ditapai atau fermentasi membantu menambahkan bakteria baik dalam perut anda. Kini terlalu banyak bakteria yang tak baik dialam perut mengakitbatkan anda mengalami masalah kulit, ADHD, perubahan emosi dan kebimbangan, masalah berat badan, alahan makanan, gangguan autoimun dan gangguan penghadaman makanan.


Pemakanan yang tidak sihat, antibiotik (antibiotik oleh doktor dan dalam daging dan makanan tenusu), pembersih anti-bakteria dan pil perancang keluarga semuanya menyebabkan berkurangnya bakteria baik (berfaedah).

Makanan yang boleh diambil untuk meningkatkan kandungan bakteria baik ialah:

1) Sauerkraut
Adalah kobis yang diperam. Sauerkraut mengandungi vitamin, mineral, bakteria baik dan enzim yang sangat berkuasa.

2) Kefir
Penapaian terdiri dari bijirin yang dicampur susu atau air.

3) Kombucha
Dibuat dari teh dan yis.

4) Kimchi
Ini makanan Korea, diperbuat daripada kobis dan sedikit rempah.

5) Roti Sourdough Starter
Sourdough Bread Starter digunakan untuk menggantikan yis sangat tinggi kandungan bakteria baik. Roti pun sedap.

Sedikit nota berkenaan makanan fermentasi/penapaian/diperam

  • Perkenalkan makanan ditapai perlahan-lahan - memberi masa badan anda untuk menyesuaikan diri dengan dan kesan bakteria yang tidak baik hilang..
  • Jika makanan penapaian anda berkulat, bau busuk atau berlendir, yang terbaik dilakukan adalah membuangnya dan buat yang barui (USDA menyatakan tidak pernah terjadi kes yang keracunan makanan dari makanan diperam).
  • Penapaian anda adalah sebaik bahan-bahan yang anda gunakan, jadi selalu pilih makanan organik dan produk tempatan.
  • Jangan ragu untuk mencuba dengan penapaian buah-buahan dan sayur-sayuran dan rempah yang berbeza dengan pelbagai herba dan rempah, sehingga anda menjumpai ramuan kegemaran anda.
  • Jika anda tertekan dengan masa, atau tidak mempercayai kebolehan pengkulturan anda, anda boleh mengambil beberapa produk yang diperam dari bahagian dalam peti sejuk kedai-kedai makanan semula jadi - pastikan produk itu unpasteurized. Makanan jeruk tidak sama seperti yang ditapai.
  • Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penapaian makanan? Dapatkan salinan Penapaian Untuk yang baru bermula: Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Penapaian & Probiotik Makanan.
Akhir sekali, jika anda ingin tahu lebih banyak cara untuk meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan, Lihat senarai ini 12 Probiotik Makanan Terbaik untuk kesihatan Perut yang lebih baik.


Saturday, 16 June 2012

Cara-cara Mengurangkan Lemak di Perut

Elakkan makanan berminyak/berlemak dan bergula untuk mengurangkan lemak di perut anda.
Untuk mengurangkan lemak di perut ialah dengan menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat dan seterusnya mengekalkannya.

Ada 2 cara utama untuk mengurangkan lemak di perut:

  1. Teknik Senaman. Anda melakukan sit up dan crunch tapi tak berjaya mengurangkan lemak yang ada di perut? Senaman seperti ini tidak patut dilakukan pada permulaan.Mulakan dengan squat, deadlift, sit-up, lunges dan senaman belakang dan dada untuk menyasarkan otot-otot besar di kaki (leg), dada dan bahagian belakang. Senaman begini boleh meningkatkan tahap metabolisma dalamasa 24 - 48 jam berikutnya.
  2. Pemakanan seimbang. Amalkan pemakanan seimbang. Jangan amalkan plan diet seperti diet kurang lemak yang melampau atau rendah karbohidrat kerana diet yang melampau seperti ini akan menghilangkan jisim otot dan merendahkan kadar metabolisma.
5 jenis makanan yang mampu mengurangkan lemak di perut ialah:
  1. Buah beri (blueberi, rasberi, strawberi dan lain-lain). Elakkan buah beri dalam tin kerana ia telah ditambah gula dan lain-lain bahan.
  2. Kekacang (almond, walnut, biji gajus, kacang tanah dan lain-lain). Elakkan yang dry roasted, bergaram, bergula dan sebagainya.
  3. Oat. Elakkan yang segera, berperisa dan bercampur gula. Oat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, mengeluarkan lemak yang tak baik dari badan. Untuk rasa yang lebih enak tambahkan beri dan kacang dalam oat anda. 
  4. Daging merah. Pilih yang diberi makan rumput, bison dan haiwan liar (game). Jila boleh elakkan yang diberi makan bijirin, penternakan secara besar-besaran (mass produce) dan battery reared.
  5. Telor. Elakkan yang diberi makan 100% bijirin dan battery farm egg. Kalau boleh beli yang organik dan dari ayam yang di bela bebas bukan yang dikurung sahaja.
Bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan lemak di perut anda.