Elakkan makanan berminyak/berlemak dan bergula untuk mengurangkan lemak di perut anda. |
Ada 2 cara utama untuk mengurangkan lemak di perut:
- Teknik Senaman. Anda melakukan sit up dan crunch tapi tak berjaya mengurangkan lemak yang ada di perut? Senaman seperti ini tidak patut dilakukan pada permulaan.Mulakan dengan squat, deadlift, sit-up, lunges dan senaman belakang dan dada untuk menyasarkan otot-otot besar di kaki (leg), dada dan bahagian belakang. Senaman begini boleh meningkatkan tahap metabolisma dalamasa 24 - 48 jam berikutnya.
- Pemakanan seimbang. Amalkan pemakanan seimbang. Jangan amalkan plan diet seperti diet kurang lemak yang melampau atau rendah karbohidrat kerana diet yang melampau seperti ini akan menghilangkan jisim otot dan merendahkan kadar metabolisma.
5 jenis makanan yang mampu mengurangkan lemak di perut ialah:
- Buah beri (blueberi, rasberi, strawberi dan lain-lain). Elakkan buah beri dalam tin kerana ia telah ditambah gula dan lain-lain bahan.
- Kekacang (almond, walnut, biji gajus, kacang tanah dan lain-lain). Elakkan yang dry roasted, bergaram, bergula dan sebagainya.
- Oat. Elakkan yang segera, berperisa dan bercampur gula. Oat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, mengeluarkan lemak yang tak baik dari badan. Untuk rasa yang lebih enak tambahkan beri dan kacang dalam oat anda.
- Daging merah. Pilih yang diberi makan rumput, bison dan haiwan liar (game). Jila boleh elakkan yang diberi makan bijirin, penternakan secara besar-besaran (mass produce) dan battery reared.
- Telor. Elakkan yang diberi makan 100% bijirin dan battery farm egg. Kalau boleh beli yang organik dan dari ayam yang di bela bebas bukan yang dikurung sahaja.
Bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan lemak di perut anda.
Pengambilan oat tu mmg mak amalkan skrg..sbb kolestrol dah terlalu tinggi sgt. Huhuhu
ReplyDeletetapi lemak lah yg sedap...feveret saya...huhu...
DeleteMak Lagenda: Bagus sangat tu mak, oat boleh membuang lemak2 jahat dalam badan dan boleh kurangkan lemak di sekeliling pinggang kita ;)
Deletewahida: lemak tu memang sedap, tapi jangan amalkan selalu tau ;)
DeleteSenaman tu memang semangat nak buat.... tapi selalunya 'semangat yang hilang'
ReplyDeletehahaha!
Mungkin boleh cari partner untuk buat sama2. Kalau kita dah kurang semangat dia boleh naikkan balik semangat kita dan vice versa ;)
Deleteperut aku pon dah semakin membuncit ni...
ReplyDeleteTakper, boleh di slimkan perut tu.
DeleteCuba buat sikit exercise dan makan oat tu.
Selamat berjaya ;)
perut buncit sering kali jadi momok semua orang, tidak perempuan ataupun laki2 sama aj
ReplyDeletenice share mas bro dan teruslah berbagi info buat kita2
Ramzi: Sama2lah kita share info. Terima kasih Ramzi sudi baca dan komen pula ;)
Delete