Thursday, 26 June 2014

Apakah Pemakanan Yang Tidak Baik?

Apakah pemakanan yang tidak baik? Anda mungkin rasa anda sudah makan dengan baik atau sudah mengambil makanan yang seimbang bila anda mengambil segala jenis zat makanan yang disyorkan oleh piramid makanan iaitu bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan produk tenusu, protin dan paling sedikit lemak dan minyak. Anda rasa pemakanan anda baik?


Pemakanan anda baik jika sudah mengambil makanan seimbang, mungkin juga tidak kerana pemakanan yang tidak baik dan perlu dielakkan adalah yang dipenuhi toksik dan menjana penyakit yang mungkin serius.

Berikut adalah sifat-sifat pemakanan yang tidak baik:

1) Sebahagian besar diet anda terdiri dari makanan mati (makanan yang telah dimasak, mikrowave dan lain-lain).

2) Sebahagian besar diet anda terdiri dari makanan berproses (diluntur, dikilang, ditin, dipek dan lain-lain).

3) Kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4) Kuranag minum air kosong untuk kekal terhidrat sebaliknya lebih suka minum minuman yang telah siap dari kilang. (minuman tin, kotak, botol dan lain-lain yang dikeluarkan dari kilang).


5) Mengambil gula dan karbohidrat yang berproses.

6) Mengambil makanan yang diubahsuai secara genetik seperti jagung, soya atau gula daripada gula bit GM (genetically modified sugar beets).

7) Mengambil sejumlah besar produk tenusu yang diproses atau di pasteur (seperti susu lembu yang diproses atau dipasteur).

8) Mengambil makanan yang mengandungi beratus-ratus jenis tambahan makanan kimia yang berbeza dari MSG dan aspartame kepada pelbagai bahan pengawet kimia.

9) Makanan yang diibungkus di dalam bekas makanan bertoksik, termasuk plastik dan resin epoksi yang mencemarkan makanan dengan BPA.


10) Makan makanan terutamanya terdiri daripada makanan konvensional yang telah tercemar oleh racun perosak.

11) Mengandungi kuantiti besar minyak yang tidak sihat seperti minyak jagung, minyak soya atau minyak separa-hidrogenasi.

12) Sebahagian besar makanan goreng atau makanan yang dimasak pada suhu yang sangat tinggi yang memusnahkan nutrien yang mewujudkan sebatian karsinogenik yang berbahaya pada kesihatan.

13) Dibuat dengan makanan yang telah diubah suai dan bahan-bahan tidak asli seperti minyak hidrogenasi (hydrogenated) seperti gula bertapis (yang menghilangkan mineral), lemak susu homogenized, dan sebagainya.

14) Sebahagian besar makanan terdiri dari produk haiwan.

Tanpa disedari sebahagian besar dari masyarakat moden mengambil makanan seperti di atas yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari pemakanan yang tidak baik.


No comments:

Post a Comment