Friday, 20 June 2014

Memancing dari pintu bilik di Chalet Terapung Seri Idaman di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang

Chalet Terapung Seri Idaman yang diuruskan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan adalah antara tempat yang menjadi tarikan kepada pemancing dan bagi anda yang ingin lari dari hiruk pikuk dan kebisingan kota dan menikmati persekitaran kampung nelayan yang damai sambil melihat pemandangan yang mengadap ke jambatan ke2 Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim. Destinasi anda tentunya ke Chalet Terapung Seri Idaman.

Chalet Terapung Seri Idaman, Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang.
Gambar: harian metro

Chalet Terapung Seri Idaman terletak di Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang. Selain kegiatan memancing sambil bersantai terdapat juga kemudahan untuk kursus atau mesyuarat. Harga bilik di sini sangat berpatutan yang paling murah tak sampai RM100 - RM200 lebih sahaja bagi bilik yang paling mahal.

Jika anda ingin memancing di sini perlulah membawa umpan dan peralatan memancing sendiri. Selain dari itu anda juga kena bawa keperluan makanan ringan, minuman dan sebagainya kerana pekan terdekat adalah sejauh 3km dari Chalet Terapung Seri Idaman.

Chalet Terapung Seri Idaman di waktu malam.
Gambar: ahmadaki

Terdapat banyak ikan di kawasan ini kerana kebetulan Chalet Terapung Seri Idaman ini dibina berdekatan dengan sebuah kelong. Jenis-jenis ikan yang biasa dipancing oleh pemancing di sini ialah ketuka, gelama, kekacang, sembilang dan ketam. Umpan yang berkesan di sini ialah udang atau umpun-umpun, cubalah, tentu anda akan mendapat habuan yang ditunggu-tunggu.

Di sebelah Chalet Terapung Seri Idaman terdapat sebuah restoran makanan laut yang dibuka dari pagi kira-kira pada mulai pukul 11 pagi hingga 1 pagi. Selain dari restoran ini destinasi pelancungan yang menarik di sini ialah Akuarium Pulau Pinang dan Muzium Perang selain tempat popular lain di Pulau Pinang.

Gambar: maihomestay

Menurut pengurus besarnya, iaitu Pengurus Besar Persatuan Nelayan Negeri dan Kawasan Pulau Pinang Selatan bagi tahun 2014 Encik Omar bin Hassan, sambutan terhadap Chalet Terapung Seri Idaman sangat memuaskan sehingga pihak mereka terpaksa menolak sebahagian dari tempahan yang diterima. Untuk memenuhi permintaan yang meningkat ini, sekarang mereka dalam proses untuk membina lebih banyak lagi chalet untuk Chalet Terapung Seri Idaman.

6 comments:

  1. Kaki pancing wajib mai dekat sini. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Betul tu. Kepada mereka yang nak berubah pemandangan dan jauh dari kebisingan kota pun sangat sesuai. Kan?

      Delete
    2. Macam menarik.. Ikan bagai mane pulak ?

      Delete
  2. no fon untuk di hubungi ada x?

    ReplyDelete
  3. ada sesapa ada no pon chalet ni..best klu mancing ni...

    ReplyDelete
  4. Best jgk la klu buleh mancing..sy cdng nk gi nginap kt situ la mnggu depan..

    ReplyDelete