Thursday 19 June 2014

Pendapatan RM1000 Sehari Jual Umpun-umpun

Umpun-umpun, perumpun atau pumpun sarung adalah sejenis haiwan paya bakau atau pesisiran pantai yang berupa seperti cacing tanah dan panjang boleh mencapai sehingga 40cm. Pemancing yang ingin memancing udang galah dan ikan memang sukakan umpun-umpun.


Umpun-umpun ada 3 jenis iaitu:

1) Umpun-umpun Bakau (Ruat Lumpur @ Ruat Nipah): Banyak terdapat dalam lumpur di kawasan paya bakau. Panjangnya boleh mencapai 40cm.

2) Umpun-umpun Pasir atau Umpun-umpun Merah. Umpun-umpun ini terdapat dipesisiran pantai yang berpasir dan saiznya kecil dan pendek sedikit.

3) Umpun Sarung atau Umpun-umpun Sarang. Umpun-umpun ini mempunyai banyak kaki seperti kaki lipan. Yang ni paling disukai pemancing kerana ia berada dalam sarungnya sendiri dan lambat mati dan paling tahan lasak berbanding 2 jenis umpun-umpun yang lain.

Umpun-umpun biasanya hidup di dalam lumpur ini yang kadang-kadang agak dalam sehingga mencapai ke paras pinggang. Bukan senang untuk mencari umpun-umpun kerana pencarinya terpaksa berdepan dengan haiwan berbisa seperti ular air selain dari kepenatan yang ketara akibat dari terpaksa meredah lumpur paya bakau yang kadang-kala menjadi dalam.

Lebih mencabar lagi, umpun-umpun ini perlu dicari dan dikorek dari lumpur menggunakan tangan kerana umpun-umpun adalah sejenis cacing yang lembut dan mereka tak mahu ia terputus jika ditarik dengan kasar. Kadang-kadang bila ditarik, ular air yang bisa pula ditarik. Mereka harus berhati-hati dan tabahkan semangat untuk meraih pendapatan dari umpun-umpun.

Di Taiping, seorang warga emas Rubiah Samsudin, 64, bersama 2 orang rakannya Zaharah Abdul Majid, 64, dan Samaiah Osman, 53 meraih pendapatan RM1000 sehari hanya dengan menjual umpun-umpun kepada pemancing yang datang untuk memancing.

Umpun-umpun dijual menggunakan sukatan tin susu atau tin sukatan beras dengan harga RM10 setin. Setiap hari mereka bertiga menerima pesanan tidak kurang dari 100 tin umpun-umpun. Pesanan umpun-umpun diperolehi dari pemancing sekitar daerah Taiping, Larut, Matang, Lumut dan Kerian yang datang ke perairan ini untuk memancing.


Pernah mereka mendapat tempahan paling tinggi sebanyak 200 tin. Untuk ini mereka bertiga perlu bekerja mencari umpun-umpun dari pagi hingga ke senja meredah lumpur yang boleh mencapai paras pinggang dari pagi hingga ke senja untuk memenuhi permintaan umpun-umpun yang tinggi ini.

3 comments:

  1. Dimana ada usaha disitu ada kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Boleh saya order umpun-umpun

    sila sms /whatsapp : 0197169778 - idham
    email : idhamdasuki@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete