Sunday 1 June 2014

5 Manfaat Kesihatan Utama Ubi Keledek

Manfaat kesihatan yang ada pada ubi keledek kadang-kadang diambil mudah kerana lebih ramai orang yang gemarkan makanan telah siap dimasak atau makanan segera. Manfaat kesihatan ubi keledek mengatasi ubi kentang yang ramai menyukainya itu terutama sebagai french fries atau chips. Manfaat kesihatan yang paling tinggi terdapat dalam ubi keledek berwarna merah, diikuti oren, kuning dan putih.


5 Manfaat Kesihatan Utama Ubi Keledek ialah:

1) Kandungan serat yang tinggi.
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Untuk setiap hidangan (200g) terdapat kira-kira 7 gram serat, ubi keledek merupakan tambahan karbohidrat untuk hidangan makanan anda. Serat yang tinggi memberikan kelebihan kepada ubi keledek iaitu "kualiti pembakaran perlahan" bermakna tenaga kalori mereka digunakan lebih perlahan-lahan dan cekap daripada karbohidrat rendah serat.

2) Untuk kesihatan jantung
Ubi keledek kaya dengan

  • Vitamin B6. Vitamin B6 penting untuk menguraikan bahan yang dipanggil homosistein yang boleh menyebabkan pengerasan arteri/saluran darah. Vitamin B6 membantu dalam menjaga dinding saluran darah fleksibel dan sihat yang membolehkan darah mengalir dengan bebas.
  • Potassium yang memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah dengan menghapuskan natrium yang berlebihan dan mengawal keseimbangan cecair dalam darah.  juga merupakan elektrolit penting yang membantu mengawal irama semula jadi jantung, dan mengekalkan fungsi normal otak dan sistem saraf pusat.


3) Kaya dengan beta-karotena
  • Beta-karotena atau vitamin A adalah antioksidan penting. Hanya dengan makan seketul ubi keledek bersaiz sederhana anda telah melengkapkan keperluan Vitamin A badan untuk sehari.
  • Vitamin A penting untuk pencegahan beberapa jenis kanser kerana ia adalah salah satu antioksidan yang paling kuat.
  • Beta-karotena melindungi kulit secara dalaman dari kerosakan sel oleh sinar UV akibat pancaran matahari dengan cara memesongkan pancaran matahari dan membaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh sinar UV yang berlebihan.
  • Vitamin A mempunyai khasiat untuk kesihatan mata dan pencegahan kehilangan penglihatan dan degenerasi makula kepada mata anda.
4) Sumber yang kaya dengan mangan (manganese)
Ubi keledek mengandungi mangan yang merupakan mineral surih yang jarang dibincangkan, yang mana mempunyai beberapa kelebihan kesihatan yang baik. 
  • Mangan adalah komponen penting dalam metabolisme karbohidrat. Ia membantu menyokong tahap gula yang sihat dalam darah. Ini membolehkan anda berasa kenyang selama berjam-jam berbanding dengan kepuasan sementara jika anda makan kebanyakan karbohidrat lain berbanding ubi keledek.
  • Mangan merupakan kofaktor enzim yang memainkan peranan penting dalam penjanaan tenaga serta penggunaan antioksidan yang cekap. 
  • Mangan digunakan untuk merawat anemia dan sebagai rawatan untuk beberapa gejala prahaid di kalangan wanita.


5) Kaya dengan vitamin C dan E
Ubi keledek juga kaya dengan vitamin C dan E. 
  • Ini adalah vitamin antioksidan yang kuat yang memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit dan usia yang panjang.
  • Vitamin C dan E memainkan peranan yang besar dalam kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut anda, menjadikannya makanan tambahan popular. 
  • Gabungan beta-karotena, vitamin E dan vitamin C dalam satu makanan membuat ubi keledek satu daripada "makanan kecantikan". Vitamin A. C & E semuanya menyumbang kepada, kulit berseri dan rambut yang bersinar.
Kongsikan 5 manfaat kesihatan utama ubi keledek ini dengan kenalan anda untuk mereka amalkan bersama anda. Klik like & share di bawah.


8 comments:

  1. Selama ini saya tak pernah tahu pun yang keledek mempunyai lebih banyak serat.
    peluang perniagaan

    ReplyDelete
  2. Wah bgus betul...tp khasiat die bkurang x klu sye buat mknana frozen??

    ReplyDelete
  3. Wah..baru lepas makan ubu keledek bakar..manisss...nyumnyum

    ReplyDelete
  4. Keledek sedap berkhasiat..

    ReplyDelete
  5. Tinggi serat keledek ni. Patut rasa kenyang lama...

    ReplyDelete
  6. Saya pengemar ubi keledek..

    ReplyDelete
  7. Saya pengemar ubi keledek..

    ReplyDelete
  8. Kami ada menyediakan mee rebus resepi orang tua tua dengan keledek merah di shah alam ... sila lah datang

    @ warung lejen
    no 22 jalan kota raja J/27
    hicom town centre
    seksyen 27 Shah alam

    ReplyDelete