Showing posts with label manfaat. Show all posts
Showing posts with label manfaat. Show all posts

Friday, 23 October 2015

Manfaat Magnet Untuk Kesihatan

"Medan magnet membantu badan untuk memulihkan diri sendiri dengan merangsang kimia bio dalam badan supaya penyembuhan semula jadi dapat dilakukan." Penyembuhan magnet oleh Buryl Payne.

Terapi magnet adalah teknik penyembuhan alternatif, Amalan terapi magnet bermula sejak zaman purba, bangsawan Mesir memakai anting-anting magnet, rantai dan perhiasan kepala magnet untuk mengekalkan kemudaan dan kecantikan mereka. Manakala suku awal Afrika dinyatakan telah menggunakan bijih magnet dalam penyediaan makanan untuk meningkatkan rasa makanan. kajian terkini mendapati bahawa medan magnet sebenarnya boleh mengubah rasa sesetengah makanan.

Hari ini rawatan magnet digunakan di seluruh dunia. Jepun telah melakukan kajian yang menyeluruh tentang kesan magnet, Dan kini telah memasarkan beberapa barangan termasuk rantai leher dan gelang. Eropah telah menggunakan denyutan magnet yang dijana dengan elektrik dalam beberapa spa kesihatan.

Terapi magnet juga kini digunakan sebagai rawatan alternatif atau tambahan untuk beberapa penyakit, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. kecederaan akut
  2. sakit leher
  3. sakit kronik
  4. kebimbangan
  5. arthritis,
  6. asma
  7. sindrom carpal tunnel
  8. diabetes
  9. sakit kepala
  10. tekanan darah tinggi
  11. sinus
  12. tekanan
  13. ulser
  14. pms

Sunday, 1 June 2014

5 Manfaat Kesihatan Utama Ubi Keledek

Manfaat kesihatan yang ada pada ubi keledek kadang-kadang diambil mudah kerana lebih ramai orang yang gemarkan makanan telah siap dimasak atau makanan segera. Manfaat kesihatan ubi keledek mengatasi ubi kentang yang ramai menyukainya itu terutama sebagai french fries atau chips. Manfaat kesihatan yang paling tinggi terdapat dalam ubi keledek berwarna merah, diikuti oren, kuning dan putih.


5 Manfaat Kesihatan Utama Ubi Keledek ialah:

1) Kandungan serat yang tinggi.
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Untuk setiap hidangan (200g) terdapat kira-kira 7 gram serat, ubi keledek merupakan tambahan karbohidrat untuk hidangan makanan anda. Serat yang tinggi memberikan kelebihan kepada ubi keledek iaitu "kualiti pembakaran perlahan" bermakna tenaga kalori mereka digunakan lebih perlahan-lahan dan cekap daripada karbohidrat rendah serat.

2) Untuk kesihatan jantung
Ubi keledek kaya dengan

  • Vitamin B6. Vitamin B6 penting untuk menguraikan bahan yang dipanggil homosistein yang boleh menyebabkan pengerasan arteri/saluran darah. Vitamin B6 membantu dalam menjaga dinding saluran darah fleksibel dan sihat yang membolehkan darah mengalir dengan bebas.
  • Potassium yang memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah dengan menghapuskan natrium yang berlebihan dan mengawal keseimbangan cecair dalam darah.  juga merupakan elektrolit penting yang membantu mengawal irama semula jadi jantung, dan mengekalkan fungsi normal otak dan sistem saraf pusat.


3) Kaya dengan beta-karotena
  • Beta-karotena atau vitamin A adalah antioksidan penting. Hanya dengan makan seketul ubi keledek bersaiz sederhana anda telah melengkapkan keperluan Vitamin A badan untuk sehari.
  • Vitamin A penting untuk pencegahan beberapa jenis kanser kerana ia adalah salah satu antioksidan yang paling kuat.
  • Beta-karotena melindungi kulit secara dalaman dari kerosakan sel oleh sinar UV akibat pancaran matahari dengan cara memesongkan pancaran matahari dan membaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh sinar UV yang berlebihan.
  • Vitamin A mempunyai khasiat untuk kesihatan mata dan pencegahan kehilangan penglihatan dan degenerasi makula kepada mata anda.
4) Sumber yang kaya dengan mangan (manganese)
Ubi keledek mengandungi mangan yang merupakan mineral surih yang jarang dibincangkan, yang mana mempunyai beberapa kelebihan kesihatan yang baik. 
  • Mangan adalah komponen penting dalam metabolisme karbohidrat. Ia membantu menyokong tahap gula yang sihat dalam darah. Ini membolehkan anda berasa kenyang selama berjam-jam berbanding dengan kepuasan sementara jika anda makan kebanyakan karbohidrat lain berbanding ubi keledek.
  • Mangan merupakan kofaktor enzim yang memainkan peranan penting dalam penjanaan tenaga serta penggunaan antioksidan yang cekap. 
  • Mangan digunakan untuk merawat anemia dan sebagai rawatan untuk beberapa gejala prahaid di kalangan wanita.


5) Kaya dengan vitamin C dan E
Ubi keledek juga kaya dengan vitamin C dan E. 
  • Ini adalah vitamin antioksidan yang kuat yang memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit dan usia yang panjang.
  • Vitamin C dan E memainkan peranan yang besar dalam kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut anda, menjadikannya makanan tambahan popular. 
  • Gabungan beta-karotena, vitamin E dan vitamin C dalam satu makanan membuat ubi keledek satu daripada "makanan kecantikan". Vitamin A. C & E semuanya menyumbang kepada, kulit berseri dan rambut yang bersinar.
Kongsikan 5 manfaat kesihatan utama ubi keledek ini dengan kenalan anda untuk mereka amalkan bersama anda. Klik like & share di bawah.


Friday, 16 May 2014

12 Manfaat Smoothie Hijau Untuk Kesihatan

Smoothie hijau akan mengubah kesihatan menjadi lebih bertenaga dan sihat. Mulakan ambil smoothie hijau walaupun 1 gelas sehari sebagai permulaan. Anda akan merasai perbezaan yang ketara setelah anda mulakan diet harian anda dengan smoothie hijau.

Smoothie hijau. 

Smoothie hijau dapat membantu menambah khasiat kerana kebanyakan dari kita tidak mendapat khasiat sayur-sayuran berdaun hijau yang cukup dalam diet.

Sebagai sebahagian dari diet yang menyihatkan, smoothie hijau dapat memberikan manfaat berikut:

1) Mengurangkan berat badan.
Dengan pengambilan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian anda akan mengurangkan berat badan dengan penyingkiran lemak dan air berlebihan yang terkumpul akibat lambakan toksin dalam badan.

2) Menambah berat badan.
Jika anda ingin menambah berat badan, smoothie hijau dapat memudahkan lagi anda menambah berat badan. Minum smoothie hijau anda dan seterusnya minum tambahan kalori yang diperlukan untuk menambah berat badan.

3) Menambah tenaga.
Selalu mulakan hari anda dengan smoothie hijau dan anda akan melihat peningkatan tenaga yang tinggi berbanding dengan sebelumnya.


4) Kejelasan mental 
Makanan ringan terutama yang diperbuat dari tepung putih yang diproses akan menyebabkan otak anda bercelaru. Minum smoothie hijau dan akan membuat pemikiran anda lebih jelas dan membebaskan kreativiti anda supaya anda boleh berfikir dengan lebih mudah.

5) Mengurangkan pengambilan makanan ringan (junk food)
Bila anda memulakan makan makanan berkhasiat seperti smoothie hijau, anda akan mula mengambil yang berkhasiat seperti buah dan kurang selera untuk makan makanan ringan (junk food).

6) Mengurangkan pengambilan snek
Smoothie hijau mengenyangkan dan biasanya mengandungi jumlah kalori bagi satu hidangan yang sihat. Oleh keranan biasanya smoothie hijau  mengandungi GI rendah, ia akan menjadikan kadar gula dalam darah yang rendah sehingga waktu makan tengah hari membantu anda untuk tidak mengambil snek sama sekali.

7) Mencantikkan kulit. 
Jerawat akan berkurangan apabila anda memperbaiki diet dengan minum smoothie hijau.


8) Mengurangkan kedutan.
Kulit anda akan terhidrat dengan peningkatan cecair dan kuasa makanan semula jadi dalam diet anda. Ini akan mengurangkan kedutan dan akan membuat anda kelihatan lebih muda.

9) Mengurangkan risiko penyakit yang serius.
Dengan menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran akan mencegah kanser dan penyakit jantung. Minum lebih smoothie hijau, lebih rendah risiko anda untuk mendapat penyakit serius.

10)Meningkatkan imuniti anda kepada selesema, 
Smoothie hijau menjauhkan anda dari mendapat selesema dan jangkitan kuman yang lain dan anda akan lebih sihat dan hebat.

11) Memperbaiki sistem penghadaman 
Smoothie hijau akan memperbaiki sistem penghadaman, detoks dan anda akan mendapati kesihatan anda akan mula bertambah baik. 1 smoothie hijau setiap pagi akan memperbaiki menjamin pergerakan usus yang baik pada waktu pagi.

12) Mengurangkan masalah kesihatan yang lain.
Walau apa pun masalah kesihatan anda, pemakanan boleh memberi kesan dramatik kepada gejala-gejala kesihatan tersebut. Minum 1 smoothie hijau sehari untuk minggu depan dan lihat perbezaan dalam kesihatan anda sendiri.

Klik like & share di bawah untuk kongsikan kebaikan smoothie hijau dengan kenalan anda.