Monday, 12 May 2014

7 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Tekanan

Makanan yang dimakan setiap hari yang banyak diproses, diubah suai secara genetik, tinggi gula putih, tepung putih (bertapis), minyak sayuran ditapis, bahan pengawet, aditif makanan, hormon, dan bahan-bahan kimia akan menyebabkan badan anda gagal menangani tekanan (stress), mengekalkan kesihatan dan bertenaga dengan pengambilan makanan.


Makanan penyembuh dipenuhi dengan nutrien utama yang menyegarkan, membaiki dan membantu menyembuhkan badan supaya ia boleh kekal kuat dan sihat. Makanan penyembuh rasanya sedap dan mengenyangkan. Jika anda sudah biasa dengan makanan penyembuh tinggi khasiat dan organik pula, anda tidak akan peduli lagi dengan makanan yang mengandungi kalori kosong yang tiada atau mengandungi sedikit khasiat makanan.

7 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Tekanan ialah:

1) Sayur-sayuran Berdaun Hijau dan Herba Organik
Makanan dari sayur-sayuran organik berdaun hijau dan herba mengandungi khasiat yang penting untuk melawan kesan-kesan tekanan dan mengukuhkan sistem imun seperti fitokimia, antioksidan, vitamin C, K, dan E, vitamin B, klorofil, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, asid amino, air, enzim, dan serat.

Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: kale, bayam, daun Collard, kubis, Swiss Chard, arugula, sawi, daun turnip, daun dandelion, selada air, lettuce Romaine, lettuce hijau dan oak merah, chicory, bok choy, escarole, daun selasih, daun pasli, daun ketumbar, thyme, tarragon, oregano, pudina, sage dan rosemary.

Inilah parsnip, salah satu makanan untuk mengurangkan tekanan dari jenis sayur-sayuran akar dan ubi organik.

2) Sayur-sayuran Akar dan Ubi Organik
Sayur-sayuran akar juga merupakan sumber yang sangat baik karbohidrat kompleks yang membantu meningkatkan tahap serotonin. Nutriennya penting untuk melawan tekanan seperti beta-karotena, alfa-karotena, vitamin C, vitamin B, vitamin E, zat besi, kalium, magnesium, kalsium, dan serat.

Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: ubi bit, radishes, ubi keledek atau keladi, kunyit, lobak merah, parsnips, turnips, akar celeriac, akar pasli, halia, dan kentang ungu.

3)Sayur-sayuran Allium Organik
Sayur-sayuran allium organik sangan bagus untuk mengurangkan tekanan (stress).

  • Sayur-sayuran Allium mengandungi tahap antioksidan & fitokimia yang tinggi, ia menguatkan sistem imun anda dan melindunginya daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh tekanan. 
  • Sayur-sayuran Allium tinggi kandungan vitamin A dan C, zat besi, kalium, sulfur, kalsium, dan quercetin yang melindungi daripada radikal bebas, membersihkan darah, melawan keradangan, dan melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh tekanan dan toksin.
Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: bawang putih, bawang besar, bawang merah, leek, dan daun bawang.

4) Buah Beri Organik
Buah-buahan beri organik mengandungi antioksidan penting, vitamin C, karotenoid, fitokimia, air, enzim, dan serat yang tinggi dan amat berkesan untuk mengurangkan tekaran kronik. Lagipun antioksidan dalam buah beri berkesan mengurangkan pengeluaran kartisol yang berlebihan.

Pilihan utama untuk makan setiap hari: blueberi, strawberi, rasberi, beri Acai, beri goji, beri hitam, mulberries, golden beri, dan Maqui beri.

5) Ikan Liar
Asid lemak Omega-3 dalam ikan liar perlu untuk pengeluaran kortisol yang rendah. Kartisol ialah hormon tekanan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika ia kekal tinggi untuk jangka masa yang panjang.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa menambah dengan minyak ikan selama 3 minggu dalam pemakanan dapat mengurang tahap kortisol. Ikan liar mengandungi protin yang sangat baik untuk melindungi badan anda daripada kesan-kesan tekanan. 

Ikan liar mengandungi Vitamin D dan B-12, selenium, dan asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan bertenaga juga untuk melawan tekanan.

Pilihan utama untuk makan beberapa kali seminggu ialah: salmon liar, sablefish liar, ikan kod Alaska liar, halibut Alaska liar dan ikan sardin liar.


6. Kekacang dan Biji-bijian Organik Mentah Atau Yang Dicambahkan
Kekacang dan biji-bijian mentah organik mengandungi protin, antioksidan, asid lemak, serat, zink, vitamin B, magnesium, kalsium, dan enzim yang semuanya bekerja bersama-sama untuk melawan tekanan. 
Dengan merendam dan mencambahkan kekacang dan biji-bijian ia akan membuang anti-nutrien, meningkatkan vitamin dan mineral, mengaktifkan enzim, dan membuat kacang dan biji-bijian lebih mudah untuk dihadam bagi melawan tekanan.

Pilihan utama untuk makan setiap hari ialah: badam, walnut, pecans, kacang Brazil, bijan, biji labu, biji hem, biji flaks, dan biji chia.

7) Kelapa

Kelapa dalam semua bentuk adalah salah sejenis makanan penyembuhan yang baik. Semuanya termasuk minyak kelapa, isi kelapa, air kelapa dan santan kaya dengan kalium, magnesium, mangan, kuprum, selenium, vitamin B, asid amino, dan serat yang semuanya bekerja bersama-sama untuk membantu mengurangkan dan melindungi badan anda dari kesan tekanan. 

Kelapa yang begitu mudah didapati dan kadang-kadang dipandang remeh sangat bermanfaat untuk mengurangkan tekanan dan bermacam kegunaan lagi. Tak hairanlah kalau sakit disuruh minum air kelapa. Kelapa mengandungi asid laurik yang merupakan rantaian sederhana asid lemak yang digunakan oleh hati untuk pengeluaran tenaga dan bukannya menyimpannya sebagai lemak.

Isi kelapa, minyak kelapa, dan santan kelapa juga mempunyai anti bakteria, anti-kulat dan anti-virus. 
Kelapa mengurangkan tahap kortisol dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang yang kuat. 

Pilihan utama untuk makan setiap hari: minyak kelapa dara mentah, air kelapa tanpa gula, isi kelapa muda,santan kelapa organik, dan kepingan kelapa yang dikeringkan tanpa gula.

Sebaik saja anda memulakan makan makanan yang megurangkan tekanan (stres) ini anda akan dapat mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang panjang dan dapat hidup dengan ceria, sihat dan bertenaga hanya dengan menukar corak pengambilan makanan yang mengurangkan tekanan dalam hidup anda.

Jika anda dapati 7 jenis makanan untuk mengurangkan tekanan ini berguna juga berguna untuk kenalan anda klik like & share di bawah ini.


No comments:

Post a Comment