Wednesday, 7 May 2014

Melawan Selsema dengan Teh Hijau

Selsema biasanya berlaku dengan mudah akibat cuaca yang berubah-ubah dan tidak sekata seperti dari panas menjadi sejuk dan sejuk ke panas. Selain dari selalu mencuci tangan dan mengelakkan tangan dari menyentuh bahagian muka, teh hijau adalah satu cara untuk mengurangkan risiko selsema.



Selsema telah dikurangkan dengan mengambil teh hijau dalam satu kajian. Di dalam kajian ini 2 kumpulan telah dibuat, 1 kumpulan diberikan pil teh hijau selama 3 bulan dan 1 kumpulan lagi pil placebo. Kumpulan yang mengambil teh hijau mendapat 32% lebih rendah simptom selsema dan 58% lebih rendah yang mendapatkan rawatan selsema berbanding yang mengambil placebo.

Teh hijau memberikan kesan yang sebegitu hebat kerana ia mengandungi:
  1. Catechin iaitu sejenis antioksidan yang menguatkan sistem imun anda dan melawan virus dan selesema. 
  2. Teofilin iaitu sejenis alkaloid yang membantu membuka saluran pernafasan menyebabkan lebih senang untuk anda bernafas.
Sebagai tambahan untuk mengelakkan dari berlakunya selsema kepada anda, amalkan makan lada benggala merah, bawang putih, ikan salmon, pickle dan keledek merah.
Teh hijau melawan selsema, alahan dan meningkatkan sistem imun anda. Jika anda ingin mempunyai kurang peluang untuk jatuh sakit, mulakan minum beberapa cawan teh hijau yang lazat ini setiap hari untuk mengurangkan risiko anda mendapat selsema.


No comments:

Post a Comment