Wednesday, 14 May 2014

7 Cara Untuk Mengelakkan Bahan Kimia Penyebab Kanser Payudara

Kanser payudara boleh terjadi melalui pendedahan kepada bahan kimia tertentu yang biasa dalam kehidupan seharian. Maklumat ini akan membantu usaha untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia dikaitkan dengan kanser payudara, dan membantu penyelidik mengkaji bagaimana wanita terjejas akibat bahan kimia yang menyebabkan kanser payudara.


Kanser payudara boleh dielakkan daripada terjadi kepada setiap wanita atau lelaki dengan mengelakkan pendedahan kepada bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko wanita atau lelaki dari mendapat kanser payudara. Sayangnya hubungan antara bahan kimia toksik dan kanser payudara sebahagian besarnya telah diabaikan.

Bahan kimia berbahaya penyebab kanser payudara terdapat dalam:

  • petrol, diesel  
  • asap kenderaan, 
  • bahan anti kebakaran (flame retardants), 
  • anti kekotoran pada tekstil, penghilang cat (paint removers), 
  • kimia pembasmi kuman dalam air minuman, 
  • pelarut bahan pembersihan (cleaning solvents) seperti methylene chloride 
  • kegunaan pharmaceuticals dalam terapi penggantian hormon.



Sumber terbesar penyebab kanser payudara ialah benzena dan butadiena, yang biasa terdapat dalam: 
  • asap ekzos kenderaan, 
  • peralatan mesin rumput, 
  • asap rokok 
  • makanan yang hangus.

7 Cara Untuk Mengelakkan Bahan Kimia Penyebab Kanser Payudara:
  1. Hadkan pendedahan kepada asap kenderaan atau generator, jangan biarkan kereta anda terpasang enjin jika tidak bergerak, dan menggunakan mesin rumput elektrik dan bukannya yang menggunakan petrol. 
  2. Gunakan kipas pengudaraan semasa memasak dan kurangkan makan makanan yang telah hangus atau hangit. 
  3. Jangan membeli perabot dengan span poliuretana (polyurethane foam) dan perabut yang telah dirawat dengan anti kebakaran (flame retardants). 
  4. Elakkan permaidani, perabot dan fabrik dengan bahan anti kotor. 
  5. Jika anda menggunakan cucian kering, cari kedai yang tidak menggunakan PERC (perchlorethylene) atau pelarut lain. Jika boleh buat pembersihan basah yang biasa. 
  6. Gunakan penapis air minuman dari blok karbon. 
  7. Pastikan bahan kimia berada di luar rumah dengan meninggalkan kasut anda di luar pintu, gunakan pembersih vakum dengan penapis HEPA (kecekapan tinggi zarahan udara) dan selalu bersihkan rumah dengan kain basah dan mop.


Selain dari pemakanan yang betul dan latihan fizikal, bahan kimia merbahaya penyebab kanser payudara ini juga perlu diambil berat untuk mengelakkan dari terjadinya kanser payudara yang terjadi kepada wanita malah lelaki juga. 

Jika anda dapati artikel ini bahan kimia penyebab kanser payudara ini berguna klik like & share di bawah.


2 comments:

  1. Tidak sangka ada bahan-bahan ini berada dirumah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tu. Produk yang ada di sekeliling kita sekarang ni banyak yang mengandungi bahan kimia yang bermacam-macam.

      Delete