Palet kayu sentiasa kelihatan terbuang di sana-sini. Kayunya nampak masih elok dan berguna. Saya selalu terfikir, elok kalau dapat dikitar semula dan palet-palet kayu ni digunakan untuk keperluan kita semua.
Palet kayu yang telah disusun atur menjadi satu tempat rehat yang menarik di halaman rumah. Menarik kan?
Pengandang dari palet kayu yang telah dicat hitam dan perabut dari palet kayu. Boleh dijadikan tempat bersantai. Terasa palet kayu yang selalu dibuang begitu sahaja masih boleh digunakan.
Palet kayu yang telah dicat merah dan dijadikan lounge di halaman disertakan pula pelbagai jenis pokok bunga untuk menambah keindahannya.
Palet kayu boleh disusun sebegitu rupa dan dijadikan tempat parking basikal. Sangat berguna dan memudahkan. Boleh diletakkan banyak-banyak jika tempat basikal awam, contohnya kat stesen lrt.
Palet kayu boleh dijadikan tempat menyimpan gambar-gambar, buku-buku, tempat menyusun perhiasan-perhiasan kecil dan tempat meletak botol-botol supaya nampak tersusun dan kemas.
Palet kayu yang dijadikan buaian.
Beginilah caranya. Cara ikatan palet kayu yang diikat dan ikatannya dimatikan pada buaian.
Palet kayu yang dijadikan katil dan diletakan tilam. Menarik dan boleh tahan kan.
Meja kopi (coffee table) yang dibuat dari palet kayu. Bahagian bawahnya boleh diletakkan buku, majalah dan surat khabar.
Wah! Nampak palet kayu yang dijadikan meja kopi dan diletakkan sekeping kaca di atasnya dan diberikan roda. Nampak elegan dan mewah.
Palet kayu yang dicat berwarna-warni dan diguna semula untuk tempat pokok bunga yang menawan.
Kotak kayu untuk pokok bunga dari palet kayu yang dikitar semula dengan kreatif.
Palet kayu yang ditambah kaki meja dan sebuah kerusi untuk dijadikan meja komputer.
Tempat menggantung periuk belanga dan peralatan dapur dari palet kayu yang digantung ke dinding. Menjimatkan kabinet tempat penyimpanan peralatan di dapur.
Cantik dan praktikal. Palet-palet kayu yang telah dijadikan kerusi dan stool atau meja kecil dari palet kayu.
Menarik dan berguna kan? Kongsikan dengan kawan-kawan anda, klik butang di bawah supaya mereka juga mendapat manfaat dari kitar semula palet kayu ini.
Salam..mana blh cari kayu pallet ni? Especially yg pict last tu?
ReplyDeletewsalam...ble try kat http://kerjakayu.my/beli-kayu/109-kayu-pallet-or-pine-untuk-dijual
ReplyDelete