Tuesday, 6 May 2014
12 Cara Kreatif Kitar Semula Palet Kayu
Tuesday, 8 May 2012
Tip Membeli-belah Secara Lestari
![]() |
| Membeli-belah secara lestari dapat mengelakkan pencemaran alam dan menjimatkan wang |
1. Beli barangan tempatan
Penggunaan bahan api fosil dan pencemaran dapat dikurangkan sekiranya masyarakat mengamalkan membeli barangan tempatan. Ini kerana proses penghantaran barangan ini melibatkan penggunaan bahan api fosil yang banyak dan seterusnya akan berlaku pencemaran. Selain itu barangan tempatan juga lebih murah daripada barangan luar negara.
2. Kurangkan membeli buah-buahan dalam tin
Membeli barangan dalam tin dan sejuk beku perlu dikurangkan kerana barangan ini dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menjaga keadaan barangan tersebut. Selain itu, ia juga mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan. Pada masa yang sama, barangan segar jauh lebih murah.
3. Beli produk yang segar dan di tanam secara organik
Amalan kaedah berkebun secara organik (ataupun pertanian lestari melalui Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) menngurangkan kesan yang baik kepada alam sekitar. Walaupun harganya lebih mahal sedikit tetapi lebih mesra alam.
4. Susu dan telur
Beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yangboleh dikitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula. Belilah susu dan telur yang dihasilkan secara organik kerana mereka tidak menggunakan hormon-hormon daripada haiwan yang di ternak secara genetik untuk memberikan hasil yang banyak.
5. Pembungkus / kotak Bijirin
Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula atau bahan yang telah dikitar semula. Elakkan daripada membeli barangan berpek kecil (lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.bagi mengelakkan pembaziran.
6. Minuman botol, jus kotak dan lain-lain
Ada di antara minuman ini boleh dibuat sendiri di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman.
7. Pasta, bijirin, serbuk kari
Beli produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna terhadap barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ia adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
8. Daging (Ayam, Lembu, Kambing, Khinzir)
P e n g u r a n g a n d a l a m m e m a k a n d a g i n g a k a n mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah. Juga kos bahan makanan daging semakin tinggi.
9. Barangan berasaskan kertas
Beli produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang telah dikitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum dikitar s e m u l a . K i t a r s e m u l a j u g a a k a n m e n j a n a s e d i k i t pendapatan.
10. “Styrofoam”
E l a k k a n p e n g g u n a a n S t y r o f o a m. B e n z i n y a n g merupakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan styrofoam merupakan bahan tambahan (ia merupakan bahan karsinogen – boleh menyebabkan kanser). Ia tidak boleh dibiodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangkamasa yang panjang.
11. Bahan pencuci
Kebanyakan bahan pencuci sangat bertoksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau isi-semula, belilah barangan ini. Ini bagi mengurankan kos pembelian pelbagai jenis pencuci.
12. Bawa beg sendiri
Penggunaan beg sendiri semasa membeli belah dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. Ia juga dapat menghadkan pembelian kita.
Sumber: http://kpdnkk.skali.my
Tuesday, 14 February 2012
Ex-cart Alat perangkap karbon
![]() |
| Ex-cart. foto: http://pistongear2-png2.blogspot.com |
Karbon yang berlebihan dihasilkan oleh kenderaan yang uzur, muatan berlebihan, servis dan maintenance yang tak teratur boleh mengganggu kesihatan. DBKL mempunyai banyak kenderaan diesel. Ex-cart dihasilkan setelah melihat pencemaran yang boleh mengganggu kesihatan yang dikeluarkan dari kenderaan diesel.
Ketika berada di kilang memproses padi, kumpulan Piston and Gear mendapat idea dari proses pemisahan sekam padi da beras untuk memisahkan karbon dari asap kenderaan.
Ex-cart dipasang selepas ekzos penyenyap (silencer), sebelum ini ia pernah dipasang sebelum silencer tapi tindakan ini menyebabkan tekanan yang tinggi dalam enjin.
Ex-cart dipasang pada kenderaan yang berusia melebihi 7 tahun. Kebiasaannya sebanyak 0.5kg karbon akan dikutip bagi setiap 5,000 km perjalanan.
Ada kemungkinan ex-cart akan dipasarkan untuk kegunaan awam kerana terdapat permintaan dari bas-bas sekolah dan lain-lain kenderaan yang telah agak lama digunakan untuk memerangkap karbon yang mencemarkan alam sekitar dan mengganggu kesihatan.
Ex-cart digunakan untuk mengutip karbon setelah ia dihasilkan, terdapat juga sejenis alat yang mengurangkan pembentukan karbon dan mengoptimakan penggunaan diesel dan petrol. Bukankah ianya lebih baik untuk alam sekitar dan kesihatan? Ingin tahu lebih lanjut? Sila tulis pada komen di bawah.
Tuesday, 27 December 2011
Berbasikal Mengelilingi Melaka 2 Januari 2012
![]() |
| Jom kayuh basikal mengelilingi Melaka 2 Januari 2012 |
Anda suka berbasikal? Saya suka.. Kalau pergi melancung ke mana-mana saya akan cari basikal untuk disewa jika ada.
Kepada peminat basikal, ada 1 peluang menarik untuk berbasikal sempena sambutan tahun baru 2012 ini iaitu berbasikal mengelilingi Melaka. Ni menarik ni, di samping menunggang basikal untuk kesihatan, kita dapat juga menikmati pemandangan indah di Melaka.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Jadi kepada yang berminat, mari kita luangkan masa untuk berbasikal mengelilingi Melaka, pasti menyeronokkan dan berbaloi untuk kesihatan.
Sumber: Scoreboard TV3 12.30am 27/12/11
Wednesday, 26 October 2011
Kurangkan Penggunaan Plastik & Jangan Buang Merata-rata
Wednesday, 6 July 2011
Jangan Buang Minyak Masak Terpakai
Masalah kesihatan boleh berpunca dari longkang yang tersumbat. Salah satu punca longkang tersumbat ialah disebabkan minyak dan gris yang datang dari rumah, restoran, bengkel membaiki kereta motor dan sebagainya.Jika anda menuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki, ia akan mengalir ke longkang dan akan menyebabkan longkang tersumbat dan mewujudkan masalah kesihatan dan alam sekitar. Begitu juga dengan minyak dari bengkel membaiki kereta motor.
Lipas dan tikus akan tertarik ke kawasan longkang tersumbat itu untuk makan minyak masak tersebut, bersarang, dan membiak. Nyamuk dan lain-lain haiwan perosak juga akan berkeliaran di sini dan mengganggu kesihatan penduduk sekitar.
Ketika musim kering tempat yang tersumbat dengan minyak dan gris ini akan menarik lebih banyak haiwan perosak termasuk nyamuk ke kawasan tersebut. Sementara di musim hujan pula masalah banjir kilat mungkin berlaku.
Air yang telah tercemar dengan minyak masak dan gris ini selain masalah kesihatan, ianya boleh menyebabkan pencemaran alam dan populasi ikan yang tak sesuai untuk kesihatan (mungkin beracun) kerana telah makan sisa buangan yang tercemar ini.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan kutipan minyak masak yang telah digunakan dengan harga RM1.20 setiap kg. Untuk keterangan lanjut hubungi MBPJ di Unit Pendidikan & Agenda Tempatan di talian 03-79552381 untuk kesihatan.
Wednesday, 22 June 2011
Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur
Pernah terbayang untuk melancong sambil sight seeing Kuala Lumpur melalui udara? Biasanya kalau kita sight seeing atau jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sudah tentu kita terbayang kenderaan seperti kereta, bas hop in hop off tu atau lain-lain bas pun boleh, komuter, lrt atau teksi ke... Semuanya kenderaan darat kan.Sekarang kita dah boleh jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dengan cara terbang di ruang udaranya. Cuba teka guna helikopter ke guna kapalterbang?
Taraaa... Melancong guna kapalterbang ringan jenis Cessna 172. Penumpang hendaklah tidak melebihi 230 lbs atau 3 orang. Kapalterbang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas sama-sama bersarapan pagi peserta akan dibawa ke Terminal 3 untuk memulakan penerbangan.
Beberapa ketika selepas berlepas anda akan berada di ruang udara Mid Valley. Seterusnya anda akan dibawa ke Menara Berkembar Petronas, lihatlah keindahan suasana di KLCC dari udara.
Seterusnya anda akan dibawa pula ke Menara Kuala Lumpur, kawasan hutan simpan Bukit Nanas dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Tempat terakhir yang akan dilawati ialah Batu Cave di utara Kuala Lumpur. Selepas berlegar-legar di ruang udaranya anda akan dibawa pulang semula ke Terminal 3 di Subang sekali lagi melalui ruang udara bandar Kuala Lumpur.
Berminat melawat Kuala Lumpur melalui udara? Lawati laman web ini www.klhunter.com. Selamat melancong.
Monday, 2 May 2011
Tip Melancong ke Bandung, Indonesia

Pelancongan ke Bandung, Indonesia boleh menjadi kesukaan ramai kerana terdapatnya tarikan seperti:-
Tasik kawah gunung berapi. Ada 3 buah tasik yang menjadi tarikan pelancong, iaitu Tangkuban Perahu, Kawah Ratu dan Kawah Domas yang terletak di puncak gunung. Hanya Kawah Domas yang gunung berapinya masih hidup, jadi air di tasiknya panas sehingga boleh merebus telur, boleh juga merendam kaki.
Sementara Tangkuban Perahu dan Kawah Ratu gunung berapinya sudah mati dan air tasiknya sejuk saja. Pemandangan dari puncak gunung di sini sungguh indah dan pemanduan ke tasik ini melegakan dengan jalan bukit yang di banjari hutan yang nyaman. Bayaran masuknya adalah kira-kira USD27.
- Cuaca di puncak gunung ini sejuk, jadi jangan lupa membawa baju tebal supaya tidak kesejukan pula.
- Ramai penjaja jalanan akan datang untuk menjual barangan mereka seperti kraftangan. Katakan saja tidak dan mereka tidak akan mengganggu anda dengan begitu rapat lagi.
- Cuba elakkan pergi pada hujung minggu kerana orang terlalu ramai, sebaliknya pergi pada hari biasa kerana pelawatnya agak berkurangan walaupun tempat ini sentiasa dikunjungi orang.
Rumah Mode adalah gedung factory outlet yang paling besar di sini. Gedung ini patut dilawati walaupun hanya untuk window shopping kerana ia sebuah gedung yang indah dan mewah dengan suasana yang sungguh nyaman.
Donatello Shoe House pula mempunyai kasut yang pelbagai jenis yang sungguh popular di kalangan peminat kasut. Ia mempunyai koleksi terbaik untuk kasut pump dan kasut bertumit rendah.
Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.
Toko Tas yang terletak di Jalan Riau adalah tempat yang bagus untuk para penggemar beg dan kasut. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik di sini.
Makanan yang menjadi pilihan pelancong pula ialah;
- Warung Pasta- di sini terdapat lebih dari 50 jenis hidangan pasta seperti lasagna, pizza dan me. Ada banyak keju pada pastanya malahan harganya pun murah.
- Kartika Sari Bakeri- terkenal dengan kek lapis, brownies dan kek keju. Mereka juga ada membuat penghantaran ke hotel-hotel.
- Nasi Padang Simpang Raya- menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan bersih dalam persekitaran yang lapang. Makanan ringan yang terkenal di sini adalah pisang molen dan jus avokado. Sekali makan bayarannya adalah dalam lingkungan RM15.
- Berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan Pasar Baru.
- Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali.
- Jangan lupa tawar-menawar. Harga untuk pelancong biasanya lebih mahal berbanding harga untuk penduduk tempatan, jadi tawar harga sebelum membuat bayaran.
- Jangan pakai baju yang terlalu mendedahkan badan kerana penduduk tempatan akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa.
- Jika menggunakan teksi pastikan guna meter, jika tidak menggunakan meter jangan naik kerana teksi akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk pelancong.
Thursday, 28 April 2011
Keretapi Wap Sabah Bermula Julai 2011
Melancong dengan menaiki keretapi adalah satu cara yang merelakskan minda. Anda boleh melihat pemandangan seperti sawah padi, gunung-ganang, suasana kampung, pekan-pekan yang berlainan di sepanjang perjalanan. Sungguh indah dan menenangkan.Tuesday, 15 March 2011
Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

Thursday, 10 March 2011
Menjaga Kehijauan Alam

Pemilik haiwan peliharaan kini boleh menjaga kehijauan alam sekitar dengan menggunakan Kitty's Crumble and Kritter's Crumble keluaran Galuku Malaysia Sdn Bhd dan Progenesis Sdn Bhd melancarkan produk di Hotel Summit di sini baru-baru ini.
Produk pet litter (tempat buang air haiwan kesayangan) ini adalah 100 peratus organik, boleh dikitar semula dan mudah lupus kerana ia dibuat dari sabut kelapa.
Tidak perlu bimbang tentang bau yang tidak menyenangkan sebab produk ini mempunyai daya serap yang tinggi dan kawalan bau.
Produk yang telah digunakan boleh diguna semula di taman sebagai kondisioner tanah atau baja untuk rumput dan sebagainya, ini akan meningkatkan kapasiti tanah untuk menahan air.
Selepas digunakan ia juga boleh dicampurkan dalam proses membuat baja kompos dari sampah. Ini akan mengurangkan bau, mempercepat pembuatan kompos dan memperkaya kompos.

















