Tuesday, 8 May 2012

Tip Membeli-belah Secara Lestari

Membeli-belah secara lestari dapat mengelakkan pencemaran alam dan menjimatkan wang
Dalam era peningkatan harga barangan harian, pengguna perlu mengawal tabiat penggunaan. Amalan pengunaan lestari memainkan peranan yang lebih baik di mana mereka dapat menyelamatkan alam sekitar dan mengawal  perbelanjaan mereka.

1. Beli barangan tempatan

Penggunaan bahan api fosil dan pencemaran dapat dikurangkan sekiranya masyarakat mengamalkan membeli barangan  tempatan. Ini  kerana proses penghantaran barangan ini melibatkan penggunaan bahan api fosil yang banyak dan seterusnya akan berlaku pencemaran. Selain itu barangan tempatan juga lebih murah daripada barangan luar negara.

2. Kurangkan membeli buah-buahan dalam tin

Membeli barangan dalam tin dan sejuk beku perlu dikurangkan kerana barangan ini dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menjaga keadaan barangan tersebut. Selain itu, ia juga mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan. Pada masa yang sama, barangan segar jauh lebih murah.

3. Beli produk yang segar dan di tanam secara organik

Amalan kaedah berkebun secara organik (ataupun pertanian lestari melalui Amalan Pertanian Baik  (Good Agriculture Practice) menngurangkan kesan yang baik kepada alam sekitar. Walaupun harganya lebih mahal sedikit tetapi lebih mesra alam.

4. Susu dan telur

Beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yangboleh dikitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula. Belilah susu dan telur yang dihasilkan secara organik kerana mereka tidak menggunakan hormon-hormon daripada haiwan yang di ternak secara genetik untuk memberikan hasil yang banyak.

5. Pembungkus / kotak Bijirin

Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula atau bahan yang telah dikitar semula. Elakkan daripada membeli barangan berpek kecil (lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.bagi mengelakkan pembaziran.

6. Minuman botol, jus kotak dan lain-lain


Ada di antara minuman ini boleh dibuat sendiri di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman.

7. Pasta, bijirin, serbuk kari


Beli produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna terhadap barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ia adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

8. Daging (Ayam, Lembu, Kambing, Khinzir)

P e n g u r a n g a n   d a l a m   m e m a k a n   d a g i n g   a k a n mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah. Juga kos bahan makanan daging semakin tinggi.

9. Barangan berasaskan kertas

Beli produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang telah dikitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum dikitar s e m u l a .   K i t a r   s e m u l a   j u g a   a k a n   m e n j a n a   s e d i k i t pendapatan.

10. “Styrofoam”

E l a k k a n   p e n g g u n a a n   S t y r o f o a m.   B e n z i n   y a n g merupakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan styrofoam merupakan bahan tambahan (ia merupakan bahan karsinogen – boleh menyebabkan kanser). Ia tidak boleh   dibiodegrasi   dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangkamasa yang panjang.

11. Bahan pencuci

Kebanyakan bahan pencuci sangat bertoksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau isi-semula, belilah barangan ini. Ini bagi mengurankan kos pembelian pelbagai jenis pencuci.

12. Bawa beg sendiri

Penggunaan beg sendiri semasa membeli belah dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. Ia juga dapat menghadkan pembelian kita.

Sumber: http://kpdnkk.skali.my

3 comments:

  1. Banyak senarai yang hendak dipatuhi. Makan mengikut keperluan kalori badan dan bukan ikut tekak. :-)

    ReplyDelete
  2. banyak cadangan yang baik ni
    terima kasih banyak

    ReplyDelete