Wednesday 9 May 2012

Tip Jimatkan Air

Amalkan tip penjimatan air untuk penggunaan air yang lebih berhemah
  1. Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
  2. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.
  3. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.
  4. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan. 
  5. Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
  6. Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan.
  7. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.
  8. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur. 
  9. Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.
  10. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh.
  11. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

2 comments:

  1. Satu lagi tambahan tip pada kunci utama air diluar rumah janganlah dibuka besar sangat. Kedudukkan bola pelampung tandas direndahkan supaya sejumlah air sahaja digunakan.

    ReplyDelete
  2. saya memang tadah air hujan untuk siram bunga
    hehe

    ReplyDelete