Saturday 26 May 2012

Sup Labu Kuning "Spicy" Untuk Menghalang Kanser


Sup Labu Kuning spicy;
Foto: thesundaily.com

Labu kuning adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral, termasuk vitamin E, A, C dan Vitamin B seperti folates, vitamin B6, thiamine.potassium, copper, fosforus dan magnesium.

Bahan rahsia dalam sup ini adalah labu kuning yang penuh dengan antioksidan. Beta-karotena boleh  menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.

Sup ini juga boleh menjadi 'base' yang baik bagi mi ayam atau makanan laut. Hanya tambah makanan laut yang dimasak atau filet ayam (atau ketulan ayam) dan mi atau pasta, untuk snek yang lebih lazat dan mengenyangkan.

► Bahan-bahan:

2 cawan labu, potong kiub
1 biji bawang merah
1 sudu teh bawang putih cincang
1 sudu teh cili merah, dipotong halus (atau pes cili)
1 sudu teh serbuk kari (2 sudu kecil jika anda mahu ia lebih spicy)
1 cawan susu sejat (rendah lemak untuk mementingkan kesihatan, atau krim jika anda mahu menikmati dan membuat sup yang lebih pekat)
3 cawan air rebusan ayam
½ sudu teh garam, atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

► Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang, bawang putih, cili merah dan serbuk kari.
2. Tambah labu dan air rebusan ayam. Masak hingga mendidih dan reneh selama 15-20 minit.
3. Apabila labu lembut, kisar sup dalam pengisar letrik atau pengisar tangan, sehingga labu sekata dihaluskan.
4. Tambah garam dan susu, dan didihkan selama beberapa minit.
5. Sendukkan sup ke dalam mangkuk untuk dihidang.
6. Anda boleh hiaskan dengan sedikit ketumbar cincang, daun bawang atau croutons. Atau hidang dengan beberapa keping roti bakar bawang putih (garlic bread).

Diedit  dari: The sun

5 comments:

  1. aku tak suka makan labu kuning
    tapi kalau sup macm ni, mungkin aku boleh cuba kalau ada peluang nanti

    ReplyDelete
  2. Kurang suka menghirup sup labu kuning berbanding sup cendawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sekali-sekala mungkin lama-lama boleh suka. Betul ke? :)

      Delete