| Amalkan tip penjimatan air untuk penggunaan air yang lebih berhemah |
- Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
- Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.
- Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.
- Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.
- Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
- Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan.
- Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.
- Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur.
- Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.
- Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh.
- Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my