Showing posts with label Realiti. Show all posts
Showing posts with label Realiti. Show all posts

Sunday, 29 May 2011

Catering di SS17 Subang Jaya 29 Mei 2011

Penyediaan makanan oleh Shasha Catering.com untuk majlis perkahwinan anak perempuan Encik Mustafa di SS17, Subang Jaya Selangor. Majlis berlangsung pada hari ini 29 Mei 2011 dengan meriahnya.

Berikut adalah gambar-gambar makanan, kanopi dan lain-lain sekitar majlis perkahwinan yang ceria ini.



Gerbang masuk ke majlis perkahwinan, kelihatan tetamu sedang makan.




Masa makan untuk majlis ini sudah hampir selesai, kelihatan sebahagian tempat duduk telah dikosongkan.







Seorang tetamu sedang memilih makanan di meja buffet.






Deretan khemah dan meja makan mengikut tema majlis kali ini iaitu merah hitam. Kelihatan sungguh meriah.







Pengantin bergambar kenangan dengan ibu-bapa selepas makan beradab.



FACEBOOK
Become a Fan

Thursday, 26 May 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung dari 25 - 29 Mei 2011. Hari kedua 26 Mei 2011 saya telah berkesempatan melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia ini. Ekspo ini diadakan pada 2 tingkat, tingkat bawah(tingkat 3) dan tingkat atas (tingkat 4).

Kali ni kita kena masuk melalui tingkat atas, sebab pengunjung biasanya hanya bertumpu ditingkat bawah saja jika pintu masuk berada ditingkat bawah. Satu perubahan yang bijak.

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan pada lawatan ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 tersebut.


Madetill Event Management menjual dan menyewa peralatan untuk catering, keperluan makanan & minuman dan pelbagai majlis keramaian.





Sugar Flour sebuah sekolah untuk menghias kek dan confectionary, menjual macaron dengan harga RM10 sepeket yang mengandungi 4 biji macaron selain pelbagai jenis kek dan confectionary. Penggemar makanan yang berasal dari Perancis ini jangan lepaskan peluang untuk merasainya.





Ada juga booth yang memasang chocolate fountain dan menjual makanan seperti buah-buahan yang disalut dengan coklat cair ini. Harganya RM2.00 sahaja untuk setiap cucuk buah bersalut coklat dan ditabur kacang ini. Anda boleh pilih buah yang anda suka seperti strawberi, nenas, pisang dan sebagainya.





Di booth Dewan Bahasa & Pustaka selain buku berkenaan makanan, tumbuh-tumbuhan, jahitan dan lain-lain, buku ini sungguh menarik, Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Terjemahan dari Bahasa Inggeris mengajar kita bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan serta cara membaca dengan laju. Bagus ni kalau kita baca.





Arils Centre kedai barangan kulit yang menjual beg, topi, tali pinggang, capal dan lain-lain. Warna capal ditentukan oleh warna kulit lembu yang didapati. Warna hitam dan coklat adalah biasa, tapi warna coklat cair (seakan-akan kelabu, tapi saya dah lupa apa warna panggilannya) sangat susah didapati dan amat digemari ramai. Menurut jurujualnya, warna coklat cair ni datangnya dari lembu susu.



Choky Black sebuah kedai biskut yang seakan-akan Famous Amos tu, tapi ini buatan Malaysia tau. Tengok biskut-biskut dalam balang tu, ada juga yang dah siap dipeketkan. Sedap-sedap biskut dia, cubalah.





Asfa Leather Enterprise dari Selangor sebuah lagi booth yang menjual barang-barang kulit. Terdapat topi, tali pinggang, key chain pelbagai bentuk, wallet untuk lelaki, purse untuk wanita, gelang kulit pun ada (yang macam lilit kat pergelangan tangan tu), beg sandang, selipar kulit dan macam-macam lagi. Menarik...



Ini pula Gerai OA yang menjual pelbagai barangan dari orang asli (atau orang asal seperti yang mereka panggil) dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa mengambil untuk. Dikendalikan oleh sukarelawan yang bekerja tanpa diberi gaji. Mereka tiada kedai dan barang dipamirkan bila ada ekspo yang beri tapak percuma atau harga rendah. Sukarelawan dan kedai amat di alu-alukan.


Booth yang menjual penapis air beralkali jenama 5 Star. Air beralkali sangat bagus, di antara kebaikannya ialah menghilangkan sakit lutut, mencergaskan badan, menghilangkan lenguh dan sakit-sakit badan, mengeluarkan toksin dari badan, mengeluarkan lemak berlebihan dari badan selepas kita makan makanan berminyak, awet muda dan sebagainya.



FACEBOOK
Become a Fan

Sunday, 15 May 2011

Seminar Strategi Perniagaan IK2 14 Mei 2011

Pada 14 Mei 2011, telah berlangsung Seminar Strategi Perniagaan IK2 (IK kuasa 2) di Hotel Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Sifu Irfan Khairi yang telah memberi info dan tunjuk ajar yang amat berguna kepada kami semua.


Selepas membuat pendaftaran, sementara menunggu seminar bermula, kami dipersilakan minum di sini, tiada makanan tapi ada kopi dan teh untuk sesiapa yang ingin minum. Saya dah makan sarapan di rumah jadi tak perlulah saya minum lagi. Untuk minum pagi (makan tengahari) & minum petang ada makanan dan minuman. Pendek kata kenyang. Terima kasih sifu dan PBS. (Gambar ni saya ambil selepas semua orang dah minum, jadi semua makanan dan minuman dah clear).




Sifu Irfan Khairi memulakan seminar seperti biasa dengan santai tapi penuh dengan info. Cool...





Branding sangat penting kata sifu ;)






Encik Jefri mengendalikan presentation. Ada 3 kumpulan semuanya Student Fly, I Kola dan Cediz Bent. Kumpulan saya Cediz Bent.





Sesi Q & A dikendalikan oleh sifu IK dan En Alen. Ia diadakan selepas break untuk makan tengahari.





Bergambar kenangan selepas tamat seminar. Terima kasih Siti kerana sudi tangkap gambar kami semua. Kelihatan air mineral yang disediakan. Makanan ada, minuman masa dalam bilik seminar pun ada. Terima kasih semua.



FACEBOOK
Become a Fan

Sunday, 1 May 2011

Kamera Baru Nikon COOLPIX L21

Tadaa... Inilah kamera baru saya, Nikon COOLPIX L21, yang baru beli petang tadi (hari ni 1/5/2011, 2 hari selepas perkahwinan Kate Midleton dan Prince William ;) on the way balik rumah dari kedai kamera di KL Sentral. Kelihatan lebih moden berbanding Samsung lama saya. (Gambar kamera ni tangkap kat cermin sebab tu tulisan dia terbalik.) Alhamdulillah, sukanya... Lepas ni bolehlah tangkap gambar semula puas-puas. Warna purple. Ok ke? ;)





Ini sarung dia.









Ini kotak dia.









Warranty card untuk 1 tahun yang warna kuning tu dan extended warranty kad selama 2 tahun surat putih tu, menjadikan jaminan selama 3 tahun lamanya. Menarik kan!
Notice tarikh beli dia hari ni 1/5/11.







Gambar pertama kamera baru di KL Sentral.








Inilah kamera lama kesayangan saya dengan sarungnya yang telah banyak berjasa. Saya beli dia sebelum ke LIMA Langkawi pada Disember 2007. Dah 4 tahun guna ni, dah macam2 tempat dia pergi dari LIMA, Formula 1, Thailand, Singapura, seminar2 dll, baru lah dia kurang sihat. Jadi kenalah beli kamera baru tu.







Kamera baru (Nikon) tangkap guna kamera lama (Samsung).







Saturday, 16 April 2011

Formula 1 Sepang, Malaysia 8 - 10 April 2011

Pada tahun ini Formula 1 di Sepang Malaysia (Petronas Malaysia Grand Prix) seperti biasa berlangsung selama 3 hari dari 8 - 10 April 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Hari 1 (Jumaat 8 April 2011)


Sampai di Main Entrance untuk ke Grand stand. Hari ini penonton tak ramai jadi semua orang dibenarkan masuk menonton di Grand Stand termasuklah saya. Tahun lepas ada pertunjukan udara oleh TUDM tapi tahun ini tak ada pula.





Saya tiba ketika Praktis 1 sedang berlangsung kira-kira jam 11.00 pagi. Tak berapa ramai penonton hari ni. Kelihatan bangunan pit stop di hadapan kami. Kelihatan kereta no 7 Michael Schumacher dalam gambar.




Hari ke 2 (Sabtu 9 April 2011)



Pemandangan dari Grand Stand F, kelihatan kereta Nico Rosberg dalam gambar.






Michael Schumacher keluar dari keretanya setelah tidak dapat meneruskan ke Q3. Dia hanya berada di petak ke 11 di grid. Gambar diambil dari big screen di hadapan Grand Stand F.





Hari ke 3 -Race Day (Ahad 10 April 2011)

Sesi Autograf dari pukul 12.00 tengahari - 1 petang. Peminat mula beratur untuk menunggu giliran bertemu driver yang mereka minati bermula dari pukul 9.00 pagi lagi. Orang-orang yang berbaju oren itu sentiasa mengganggu penglihatan kami sepanjang 1 jam sesi autograf dijalankan. Harap perkara seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan.




Formula 1 Sepang 2011 akan bermula dalam beberapa minit lagi dengan formation lap. Semua sudah bersedia untuk Formula 1 Sepang, krew-krew, helikopter, penonton di trek dan berjuta-juta lagi di rumah. Pendek kata semuanya sudah tak sabar-sabar lagi untuk menonton Formula 1 Sepang 2011.





Formula 1 Sepang 2011 sedang berlangsung dengan rancaknyanya pada ketika ini. Semua sedang kusyuk menonton dan ada juga yang sibuk mengambil gambar Formula 1 Sepang 2011 ini. Selamat menonton dan jangan lupa datang lagi ke Formula 1 Sepang 2012.

Tuesday, 29 March 2011

For William and Kate, 2 cakes are better than 1


Royal wedding plans announced Sunday show an admirable spirit of compromise: The main cake will be a fruity, floral masterwork designed with input from Kate Middleton, but Prince William will get his childhood favorite chocolate biscuit cake too.

When it comes to the future king and queen, two cakes are better than one.

Palace officials said the royal couple have chosen a multi-tiered traditional fruit cake decorated with cream and white icing that will be created by designer Fiona Cairns, a cakemaker to the stars - such as former Beatle Paul McCartney - who has built a thriving business since starting to bake at her kitchen table 25 years ago.

The actual design remains a secret, but the cake will have a strong British floral theme, developed with extensive input from Middleton. The master baker will use the Lambeth Method, a popular English style that relies on intricate piping and scrollwork to create leaves, flowers and other decorative elements.

Middleton asked Cairns to represent about 16 different blooms and types of foliage on the cake, each with a different symbolic meaning, a practice that was popular in the Victorian era, palace officials said.

"She has guided us right from the beginning and has quite strong ideas," said Cairns, whose business is based in Leicestershire, about 110 miles (180 kilometers) north of London. "That makes it much easier than a bride who has absolutely no idea whatsoever, which has happened in the past. But she knew very much what she wanted and she brought us mood boards and told us what influences she would like us to use on the cake."

Cairns said a number of flowers have already been chosen for inclusion.

"There is the bridal rose which symbolizes happiness; the oak and acorn - which is an architectural detail around the room where the cake will be - and which symbolizes strength and endurance; and there is a lily of the valley, which symbolizes sweetness and humility; and ivy leaves which symbolize marriage," she said.

A flower known as Sweet William is also on the list, she said.

The information about the cake clears up one of the questions about the royal couple's wedding day, but details about the rest of the menu and the wine and champagne that will be served still have not been released.

Cairns would not say how many tiers the cake will have, but said it would include dried raisins, walnuts, cherries, grated orange and lemon, and French brandy to soak many of the fruits overnight.

"This is exactly the same method you would use at home if you were making a fruit cake - we just use bigger batches," she said.

The cake is expected to be prominently displayed at the Buckingham Palace reception for about 600 guests that will follow the April 29 nuptials at Westminster Abbey. But guests will also be able to enjoy the chocolate biscuit cake, made from a royal family receipe and requested by William.

It will be made by McVitie's Cake Company, familiar to generations of British children for their tasty chocolate covered biscuits and other treats. The company has made made cakes for the royal family for decades, including the official cake for the 50th wedding anniversary of Queen Elizabeth II and Prince Philip.

Paul Courtney, the firm's cake designer, said the cake will have dark chocolate, broken up tea biscuits, and some secret ingredients.

"When Prince William was a young boy he would have it for tea and really enjoyed it," he said.

from: The Star online

Tuesday, 15 March 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun


Pada petang hari tanggal 11 Mac 2011 yang lalu telah berlaku suatu gempa bumi yang kuat setinggi 8.9 pada skala richter. Kejadian berlaku di Pulau Honshu, Daerah Tohoku di kawasan-kawasan sepanjang pantai Pasifik Jepun bahagian timur, terutama di Miyagi, Iwate dan Wilayah Fukushima.

Ia mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter yang menyebabkan kerosakan besar dan korban jiwa manusia.

Gempa itu sendiri menyebabkan kerosakan besar di daerah berhampiran pusat gempa, serta kebakaran tersebar dan kerosakan di Tohoku dan timur wilayah Kanto, walaupun tidak menyebabkan kerosakan meluas di bandar-bandar besar seperti yang terlihat di Kobe pada tahun 1995. Tsunami, bagaimanapun, menyebabkan kerosakan yang luas di luar imaginasi di daerah pesisir di sepanjang pantai Pasifik Honshu timur laut.

Letupan dan kebakaran telah berlaku di loji nuklear di Fukushima Daiichi, letupan di unit 2 dan kebakaran di unit 4, di mana unit 1 dan 3 juga telah meletup sejak gempa kuat dan tsunami menghentam Jepun pada hari Jumaat lalu.

foto credit: www.japaneselifestyle.com



Sunday, 13 February 2011

Sambutan Hari Ulangtahun 6 RRD Yang ke-41

Pada 12 Feb 2011, semasa kami mengendalikan majlis menyambut menantu Mejar Khalid dan Puan Azizah di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, di padang kawad sebelah dewan ini telah diadakan Sambutan Hari Ulangtahun 6 RRD Yang ke-41. Sangat menarik dan infomatif.

Antara acara menarik yang diadakan ialah seperti berikut:-


Wah! Papan kenyataan dia, best. Gagah Setia lagi, dari jauh nampak hebat sangat.








Kelihatan khemah-khemah yang didirikan untuk pelbagai gerai yang disediakan sempena hari istimewa ini.







Ini pelik sikit, sejenis makanan dinamakan ondeh-ondeh tapi rupa dia tak sama macam ondeh-ondeh yang kita biasa tengok. Lupa pulak saya nak tanya ia dibuat dari apa...






Di antara booth yang ada. Bermacam-macam jenis barang ada seperti makanan, majalah & buku, peralatan elektronik seperti tv (tv LCD 42" cuma RM40 saja, tapi saya tak sempat beli), permainan baling tin, teka duit syiling dalam tabung buluh, teka berat kura-kura dan sebagainya.





Pancaragam yang mengadakan persembahan nyanyian dan muzik di pentas. Mereka kelihatan sihat dan ceria walaupun hari panas terik.







Biawak panggang, ekornya dah dipotong. Ini adalah antara makanan yang di pamirkan di sebuah khemah untuk survival, bila dah kehabisan makanan ketika berada di hutan, apa sahaja makanan yang boleh dimakan akan digunakan.





Satu lagi makanan untuk survival, umbang ikan keli dan umbang ayam. Boleh rasa... saya dah cuba, sedaap, rasa macam sup. Umbang ikan keli lebih sedap dari ayam. Ia dibakar dalam buluh macam buat lemang. Kelihatan juga pucuk kayu yang boleh dimakan dari hutan yang telah dipanggang sebelum dimakan.

Thursday, 3 February 2011

Gong Xi Fa Cai & Xi Nian Kuai Le!


Selamat dan sejahtera & Selamat tahun baru, itulah maksud Gong Xi Fa Cai & Xi Nian Kuai Le.

Selamat Tahun Baru Cina pada kawan-kawan yang berbangsa Cina. Tahun ni tahun Arnab kan.

Saya baru saja balik kerja ni, kebanyakan staff berbangsa Cina tak kerja.

Hari ni tak busy, pukul 2.45 petang saya dah keluar dari restoran. Masa tu bertembung dengan GM yang baru nak masuk bersama isteri dan 2 anak perempuan dia.

Dengar khabar sekarang dia tak tinggal hotel lagi tapi dah menetap di Bangsar pula. Betul ke?

Saturday, 8 January 2011

Back To School di Majlis Makan Malam Tahunan LMKL


Di antara makanan yang disediakan Butter Prawn dan di sebelahnya Roti bersama kari ayam. Hmm... Sedap;)






Roti berintikan hot dog. Di antara kondimennya ialah mayonnaise, mustard, salsa dan lain-lain. Eh! salsa tak pernah rasa la. Mesti try nih!








Salsa!! Dari dekat. Memang nak makan ni, tapi lupa pulak bila dah mula tangkap gambar kat dalam Sultan Ballroom tu.




Roti bun lembut dan french loaf makan dengan ais krim. Teringat ais krim roti yang selalu dijaja dengan motosikal, sekarang ni dah jadi salah satu menu buffet pulak. Satu inovasi yang unik...;)




Ingat ais krim ni tak? Selalu ada jual kat kedai runcit dengan harga 10 sen setiap satu. Sekarang ada kat buffet line pulak. Menarik!





Antara kawan-kawan yang bekerja untuk menjayakan majlis makan malam ini. Terima kasih di atas pengorbanan anda.





Lagi kawan-kawan yang bekerja untuk run outlet, sedangkan kami having a good time kat sini. Syabas kepada mereka semua...!





Eii....! Hantuu!! Hantu tinggi pun ada tu yang rambut putih dan baju warna putih kat belakang sekali tu.





Hantu-hantu dan peminat mereka. Hantu pun ada peminat ke?...;-)





Persembahan ala lagu Thriller oleh Michael Jackson. Tapi kan lagu tu dah diubah ke Bahasa Malaysia. Tu hantu Michael Jackson sedang buat persembahan dengan kawan-kawan hantu dia.





Persembahan 'Uji Bakat oleh Baby' dari Kitchen department yang menjadi juara pada malam ini. Tahniah!





Para hakim di antaranya Mr Harvey Thompson (LMKL GM) dan Mr Toru Kurokawa (DAITO Representative)





Mr Frank & Lily antara yang hadhir. Tahun ini tema majlis ialah 'Back To School'. Hampir semua orang pakai baju sekolah...:-)





Jun, Alexia dan lain-lain sedang khusyuk menonton persembahan yang di adakan di pentas.
Berbaju sekolah sempena tema tahun ini. Harap jumpa lagi di tahun depan semoga lebih meriah lagi dengan tema lain pula....;-)