Showing posts with label Katering. Show all posts
Showing posts with label Katering. Show all posts

Sunday, 29 May 2011

Catering di SS17 Subang Jaya 29 Mei 2011

Penyediaan makanan oleh Shasha Catering.com untuk majlis perkahwinan anak perempuan Encik Mustafa di SS17, Subang Jaya Selangor. Majlis berlangsung pada hari ini 29 Mei 2011 dengan meriahnya.

Berikut adalah gambar-gambar makanan, kanopi dan lain-lain sekitar majlis perkahwinan yang ceria ini.



Gerbang masuk ke majlis perkahwinan, kelihatan tetamu sedang makan.




Masa makan untuk majlis ini sudah hampir selesai, kelihatan sebahagian tempat duduk telah dikosongkan.







Seorang tetamu sedang memilih makanan di meja buffet.






Deretan khemah dan meja makan mengikut tema majlis kali ini iaitu merah hitam. Kelihatan sungguh meriah.







Pengantin bergambar kenangan dengan ibu-bapa selepas makan beradab.



FACEBOOK
Become a Fan

Saturday, 12 February 2011

Katering Wardieburn Kem 12 Feb 2011

Majlis katering untuk menyambut menantu untuk anak lelaki Mejar Khalid dan Puan Azizah iaitu Izwan dan Najihah isterinya. Di adakan di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, Setapak, Kuala Lumpur.

Kira-kira jam 9.30pagi semua kelengkapan makanan & minuman dan perkakas telah dimuatkan ke atas lori.







Tiba di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, Setapak, Kuala Lumpur. Tempat majlis dilangsungkan.






Persiapan makanan dan minuman di mulakan di sebelah kiri dewan. Teh tarik dan acar jelatah disediakan di tapak majlis.







Sedia menerima tetamu dengan jamuan makanan yang segar dan lazat dari Shasha Catering.com.








Pengantin dah tiba dan sedia untuk makan. Majlis berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 4.00 petang.

Selamat Pengantin Baru Izwan dan Najihah, semoga bahagia selamanya.

Thursday, 18 November 2010

8 Tip Merancang Katering Sendiri


Perancangan setiap majlis keramaian memerlukan banyak kerja terutamanya jika anda sendiri merancang acara katering tersebut. Membeli-belah, memasak, menghias dan lain-lain menjadikan anda sentiasa sibuk.

Bergantung pada saiz majlis, anda mungkin perlu menyewa peralatan memasak, kerusi, meja, khemah dan kanopi. Jika ada persembahan hiburan anda mungkin perlu mendapatkan juruacara majlis, kumpulan muzik atau set karaoke.

Walaupun banyak kerja, melakukan sendiri katering, sangat bermanfaat dan boleh menjimatkan banyak wang.

Berikut adalah 8 tip yang boleh anda gunakan untuk memudahkan lagi kerja.

1. Perancangan. Anda perlukan sistem yang membolehkan anda mengakses semua yang anda perlukan untuk aktiviti tersebut seperti senarai dan nota yang diperlukan harus difailkan di satu tempat, boleh juga komputer.

2. Buat Senarai. Tuliskan maklumat untuk menghubungi semua kenalan yang bakal membantu dan senarai tetamu yang akan hadhir. Senaraikan semua peralatan yang perlu disewa, semua makanan yang harus dibeli dan peralatan seperti alas meja, napkin dan pinggan mangkuk. Buat senarai tugasan (to do list) yang boleh anda tanda bila selesai membereskan sesuatu tugasan.

3. Membuat menu. Bermula dari makanan pembuka selera hingga lah pencuci mulut termasuklah minuman. Untuk minuman jangan lupa adakan juga air kosong atau mineral kerana mungkin ada tetamu yang memerlukannya. Senaraikan semua bahan-bahan yang diperlukan. Ketika membuat menu, pertimbangkan alergi makanan atau makanan kegemaran tetamu anda.

4. Membeli-belah. Selepas anda membuat senarai apa yang perlu dibeli, bandingkan harga barang-barang di kedai. Jangan lupa pergi ketempat yang boleh tawar-menawar dan bandingkan harga. Juga lihat secara online di mana anda mungkin dapat menjimatkan wang khususnya untuk hal-hal seperti dekorasi, napkin atau tisu, imitasi dan pinggan mangkuk.

5. Buat jadual. Jadualkan supaya makanan siap pada masa yang ditetapkan. Setting dan dekorasi juga perlu ditentukan masanya. Banyak makanan yang boleh dimasak dahulu dan dibekukan bila sampai harinya. Beberapa hal lain juga boleh disiapkan satu atau dua hari sebelumnya. Anda patut memasukkan beberapa ruang masa dalam jadual anda untuk kes sesuatu yang tidak beres.

6. Bilangan tetamu. Pastikan anda mempunyai cukup makanan tetapi jangan sampai membazir. Pastikan anda tahu jumlah tetamu yang betul jadi anda tahu berapa banyak makanan perlu disediakan.

7. Pakai Buang. Ianya akan amat menyenangkan anda. Ini mungkin tidak kelihatan berapa bagus di acara anda, tetapi anda tidak perlu mencuci pinggan mangkuk dan ini akan menjadi penjimat masa yang sangat besar.

8. Nikmati! Hanya kerana anda sendiri menyediakan katering tidak bererti anda tidak boleh menikmatinya. Jika anda merancang dengan baik, anda boleh nikmati majlis anda di samping menjadi hos!