Thursday, 18 November 2010

8 Tip Merancang Katering Sendiri


Perancangan setiap majlis keramaian memerlukan banyak kerja terutamanya jika anda sendiri merancang acara katering tersebut. Membeli-belah, memasak, menghias dan lain-lain menjadikan anda sentiasa sibuk.

Bergantung pada saiz majlis, anda mungkin perlu menyewa peralatan memasak, kerusi, meja, khemah dan kanopi. Jika ada persembahan hiburan anda mungkin perlu mendapatkan juruacara majlis, kumpulan muzik atau set karaoke.

Walaupun banyak kerja, melakukan sendiri katering, sangat bermanfaat dan boleh menjimatkan banyak wang.

Berikut adalah 8 tip yang boleh anda gunakan untuk memudahkan lagi kerja.

1. Perancangan. Anda perlukan sistem yang membolehkan anda mengakses semua yang anda perlukan untuk aktiviti tersebut seperti senarai dan nota yang diperlukan harus difailkan di satu tempat, boleh juga komputer.

2. Buat Senarai. Tuliskan maklumat untuk menghubungi semua kenalan yang bakal membantu dan senarai tetamu yang akan hadhir. Senaraikan semua peralatan yang perlu disewa, semua makanan yang harus dibeli dan peralatan seperti alas meja, napkin dan pinggan mangkuk. Buat senarai tugasan (to do list) yang boleh anda tanda bila selesai membereskan sesuatu tugasan.

3. Membuat menu. Bermula dari makanan pembuka selera hingga lah pencuci mulut termasuklah minuman. Untuk minuman jangan lupa adakan juga air kosong atau mineral kerana mungkin ada tetamu yang memerlukannya. Senaraikan semua bahan-bahan yang diperlukan. Ketika membuat menu, pertimbangkan alergi makanan atau makanan kegemaran tetamu anda.

4. Membeli-belah. Selepas anda membuat senarai apa yang perlu dibeli, bandingkan harga barang-barang di kedai. Jangan lupa pergi ketempat yang boleh tawar-menawar dan bandingkan harga. Juga lihat secara online di mana anda mungkin dapat menjimatkan wang khususnya untuk hal-hal seperti dekorasi, napkin atau tisu, imitasi dan pinggan mangkuk.

5. Buat jadual. Jadualkan supaya makanan siap pada masa yang ditetapkan. Setting dan dekorasi juga perlu ditentukan masanya. Banyak makanan yang boleh dimasak dahulu dan dibekukan bila sampai harinya. Beberapa hal lain juga boleh disiapkan satu atau dua hari sebelumnya. Anda patut memasukkan beberapa ruang masa dalam jadual anda untuk kes sesuatu yang tidak beres.

6. Bilangan tetamu. Pastikan anda mempunyai cukup makanan tetapi jangan sampai membazir. Pastikan anda tahu jumlah tetamu yang betul jadi anda tahu berapa banyak makanan perlu disediakan.

7. Pakai Buang. Ianya akan amat menyenangkan anda. Ini mungkin tidak kelihatan berapa bagus di acara anda, tetapi anda tidak perlu mencuci pinggan mangkuk dan ini akan menjadi penjimat masa yang sangat besar.

8. Nikmati! Hanya kerana anda sendiri menyediakan katering tidak bererti anda tidak boleh menikmatinya. Jika anda merancang dengan baik, anda boleh nikmati majlis anda di samping menjadi hos!

No comments:

Post a Comment