Wednesday, 24 November 2010

Pameran MAHA 2010

Pameran MAHA Antarabangsa 2010 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010) atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa bakal muncul lagi besok Jumaat 26 Nov 2010 nanti.

Maha Antarabangsa di iktiraf oleh Guiness World Book of Records sebagai pameran seumpamanya yang terbesar di dunia.

Hanya sehari saja lagi kita semua akan berpeluang berkunjung ke MAEPS : Malaysia Agro Exposition Park Serdang di mana tempat berlangsungnya expo antarabangsa ini. Biasa dikenali sebagai MAHA telah diubah menjadi MAHA Antarabangsa pada tahun ini. Pada tahun ini adalah kali ke 6 ianya diadakan.

Ini adalah tapak tetap bagi MAHA yang berlangsung setiap 2 tahun sekali iaitu pada tahun genap. Seperti LIMA Langkawi (
Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) ianya juga sebuah pertunjukan dwitahunan tetapi berlangsung pada tiap kali tahun ganjil. LIMA 2011 akan berlangsung dari 6 - 10 Disember 2011.

Berbalik kepada MAHA 2010, pada tahun ini temanya ialah
“Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terbesar di Malaysia dan mungkin di Asia.

MAHA merupakan gabungan pameran di antara pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.

MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Akan disertai oleh 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil dan sederhana dari 28 buah negara dengan 2500 buah gerai pameran pada tahun ini berbanding 1170 buah gerai pada tahun 2008.

Pameran MAHA 2010 akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dijangka akan menarik seramai 1.5 juta pengunjung sepanjang 10 hari MAHA diadakan.

MAEPS telah menjadi lokasi tetap untuk MAHA dan diharapkan dapat menandingi pameran pertanian terkemuka dunia seperti Pameran Pertanian Diraja di England yang telah dianjurkan sejak 100 tahun lalu.

Pemeran MAHA Antarabangsa akan berlangsung di:

Tempat : Malaysia Agro-Exposition Park, Serdang (MAEPS) - bersebelahan UPM Serdang, Selangor.
Tarikh : 26 Nov - 5 Dis 2010.
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam.
Masuk : Percuma...;)

Kalau tak ada kenderaan sendiri naik saja komuter dari mana-mana stesen terdekat dan turun di Stesen KTM Komuter Serdang. Dari situ boleh terus naik bas ke MAHA 2010.

Bagi anda yang ada kenderaan sendiri pula cuma cari Hospital Serdang, dah dekat sangat dengan MAHA bila tiba sana.
Senang kan...;-)

2 comments:

  1. salam, juz nak tanye banyak ke bas ke maha2010 dari komuter serdang?plan nk gi sane nnt tp xde transport...lgpun lom pernah sampai ke serdang lagi

    ReplyDelete
  2. Salam Rukiah. Ya, banyak shuttle bas dari komuter serdang ke MAHA.

    ReplyDelete