Dengan sedikit usaha dan kemahuan, anda boleh mengelakkan junk food dan mengamalkan diet yang sihat anda semasa dalam perjalanan jauh. Anda akan merasa lebih sihat, lebih waspada dan gembira.
Cuba ubah kebiasaan kita kepada makanan yang lebih menyihatkan seperti berikut:
* Bawa sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam cooler kecil yang diisi dengan paket ais untuk mengekalkan kesegarannya.
* Bawa air yang mencukupi. Ini akan menghilangkan dahaga dan jika tertumpah ia tidak akan mengotorkan tempat duduk kereta anda.
* Keju yang dibungkus sekeping-sekeping juga bagus dibawa dan boleh disimpan dalam cooler bersama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini adalah sumber kalsium dan protein.
* Boleh juga dibawa biskut gandum (whole meal) dalam perjalanan anda. Ini bagus untuk menambah serat dan nutrisi.
* Jangan makan terlalu banyak keropok yang berminyak. Terdapat jenis keropok yang dipanggang yang tidak mengandungi banyak lemak yang tak sihat. Kawal pengambilannya, kerana ia tidak begitu menyihatkan.
* Anda juga boleh bawa sandwich yang dibuat dengan roti gandum (whole meal) berinti mentega kacang atau daging yang tak berlemak. Simpan di cooler juga.
* Bawa lah beberapa jenis kacang yang anda suka, ianya mengandungi lemak tak tepu yang bagus untuk kesihatan dan mudah untuk di bawa samada dalam pek yang kecil atau dalam bekas yang besar.
No comments:
Post a Comment