Showing posts with label Motorsport. Show all posts
Showing posts with label Motorsport. Show all posts

Sunday, 24 April 2011

Cara-cara Menghilangkan Mabuk dalam Perjalanan


Mabuk dalam perjalanan boleh terjadi samada ketika melakukan perjalanan darat, laut atau udara. Ada yang memanggilnya mabuk laut kalau di laut dan lain-lain lagi.

Biasanya mabuk perjalanan terjadi bila badan kita merasai pergerakan atau kecepatan ke arah yang berlainan berbanding dengan penglihatan atau tiada penglihatan horizon telah hilang.

Mabuk perjalanan (motion sickness) ini bukan hanya berlaku dalam kenderaan sebenar tetapi ia juga boleh berlaku dalam penggunaan simulator untuk latihan penerbangan, aerobatik (pertunjukan udara) dan simulator lumba kereta seperti formula 1.

Terdapat dikalangan pemandu kereta F1 yang mengadu mengalami mabuk ini bila mereka menggunakan simulator untuk latihan pemanduan, selain dari para juruterbang pelatih yang biasa mengalaminya.

Mabuk perjalanan mengakibatkan rasa pening, keletihan, mual dan boleh membuat seseorang itu muntah-muntah.

Antara cara-cara untuk meringankan mabuk perjalanan ialah:

  • Jika anda tidak mempunyai ubat pada masa tu, cuba tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Pastikan anda memandang horizon untuk mengurangkan ketidakselesaan.
  • Amalkan acupressure dengan memakai wrist band. Ia juga dikenali sebagai relief band, terkenal di kalangan juruterbang terutamanya pelatih juruterbang tentera dan pasukan aerobatik.
  • Makan halia tak kira dalam apa bentuk samada gula-gula halia, air halia, teh halia, makan hirisan halia mentah, sapu minyak halia pada dahi atau tengkok, makan kapsul halia dan sebagainya. Boleh juga minum teh peppermint, jus karot, jus aprikot, jus pasli dan kekacang walaupun belum ada bukti saintifik mengenainya.
  • Pemakanan- makan vitamin B6 (pisang, kekacang), choline (telur, daging, oat), Coenzyme Q10 (kekacang, ikan, bayam). Ini juga tiada penemuan saintifik mengenainya tapi ia mungkin berguna bila kita amat memerlukan bantuan.
Selain daripada tu ada beberapa lagi cara yang boleh membantu mengurangkan mabuk perjalanan seperti:
  1. Jangan minum alkohol atau makan makanan berat sebelum memulakan perjalanan sebaliknya makan makanan ringan (snek) sahaja.
  2. Rehatkan mata anda, jangan membaca atau melihat skrin (contohnya laptop). Ini akan membuatkan anda pening.
  3. Cuba duduk di tempat yang kurang hoyong-hayang seperti di bahagian depan bas atau kapalterbang.
  4. Jangan duduk dengan membelakangkan arah pergerakan, duduk di tepi tingkap yang membolehkan anda memandang horizon (pandang keluar).
  5. Elakkan perkara yang boleh membuatkan anda mabuk seperti bau yang kurang menyenangkan dan bau orang lain yang dah mabuk.
  6. Kurangkan pergerakan kepala anda.
  7. Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan anda kekurangan air.
  8. Fikir positif sebelum dan semasa melakukan perjalanan.

Saturday, 16 April 2011

Formula 1 Sepang, Malaysia 8 - 10 April 2011

Pada tahun ini Formula 1 di Sepang Malaysia (Petronas Malaysia Grand Prix) seperti biasa berlangsung selama 3 hari dari 8 - 10 April 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Hari 1 (Jumaat 8 April 2011)


Sampai di Main Entrance untuk ke Grand stand. Hari ini penonton tak ramai jadi semua orang dibenarkan masuk menonton di Grand Stand termasuklah saya. Tahun lepas ada pertunjukan udara oleh TUDM tapi tahun ini tak ada pula.





Saya tiba ketika Praktis 1 sedang berlangsung kira-kira jam 11.00 pagi. Tak berapa ramai penonton hari ni. Kelihatan bangunan pit stop di hadapan kami. Kelihatan kereta no 7 Michael Schumacher dalam gambar.




Hari ke 2 (Sabtu 9 April 2011)



Pemandangan dari Grand Stand F, kelihatan kereta Nico Rosberg dalam gambar.






Michael Schumacher keluar dari keretanya setelah tidak dapat meneruskan ke Q3. Dia hanya berada di petak ke 11 di grid. Gambar diambil dari big screen di hadapan Grand Stand F.





Hari ke 3 -Race Day (Ahad 10 April 2011)

Sesi Autograf dari pukul 12.00 tengahari - 1 petang. Peminat mula beratur untuk menunggu giliran bertemu driver yang mereka minati bermula dari pukul 9.00 pagi lagi. Orang-orang yang berbaju oren itu sentiasa mengganggu penglihatan kami sepanjang 1 jam sesi autograf dijalankan. Harap perkara seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan.




Formula 1 Sepang 2011 akan bermula dalam beberapa minit lagi dengan formation lap. Semua sudah bersedia untuk Formula 1 Sepang, krew-krew, helikopter, penonton di trek dan berjuta-juta lagi di rumah. Pendek kata semuanya sudah tak sabar-sabar lagi untuk menonton Formula 1 Sepang 2011.





Formula 1 Sepang 2011 sedang berlangsung dengan rancaknyanya pada ketika ini. Semua sedang kusyuk menonton dan ada juga yang sibuk mengambil gambar Formula 1 Sepang 2011 ini. Selamat menonton dan jangan lupa datang lagi ke Formula 1 Sepang 2012.