Wednesday, 6 July 2011

Jangan Buang Minyak Masak Terpakai

Masalah kesihatan boleh berpunca dari longkang yang tersumbat. Salah satu punca longkang tersumbat ialah disebabkan minyak dan gris yang datang dari rumah, restoran, bengkel membaiki kereta motor dan sebagainya.

Jika anda menuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki, ia akan mengalir ke longkang dan akan menyebabkan longkang tersumbat dan mewujudkan masalah kesihatan dan alam sekitar. Begitu juga dengan minyak dari bengkel membaiki kereta motor.

Lipas dan tikus akan tertarik ke kawasan longkang tersumbat itu untuk makan minyak masak tersebut, bersarang, dan membiak. Nyamuk dan lain-lain haiwan perosak juga akan berkeliaran di sini dan mengganggu kesihatan penduduk sekitar.

Ketika musim kering tempat yang tersumbat dengan minyak dan gris ini akan menarik lebih banyak haiwan perosak termasuk nyamuk ke kawasan tersebut. Sementara di musim hujan pula masalah banjir kilat mungkin berlaku.

Air yang telah tercemar dengan minyak masak dan gris ini selain masalah kesihatan, ianya boleh menyebabkan pencemaran alam dan populasi ikan yang tak sesuai untuk kesihatan (mungkin beracun) kerana telah makan sisa buangan yang tercemar ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan kutipan minyak masak yang telah digunakan dengan harga RM1.20 setiap kg. Untuk keterangan lanjut hubungi MBPJ di Unit Pendidikan & Agenda Tempatan di talian 03-79552381 untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan

No comments:

Post a Comment