Sejenis makanan yang mudah disediakan, cepat dimasak dan boleh dipelbagaikan dalam banyak jenis masakan. Ada juga yang makannya secara mentah. Itulah telor.
Akan tetapi ada juga orang yang mengelakkan telor kerana mereka menyangka telor adalah makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Penemuan terbaru di US, menunjukkan sebenarnya telor mengandungi 13% lebih rendah kolestrol dan lebih tinggi kandungan Vitamin D daripada yang kita fikirkan.
Vitamin D perlu untuk menjaga tulang, mengelakkan osteoporosis & ricket. Selain dari itu ia juga mengenyangkan. Makan 1 atau 2 biji telor sebagai makanan untuk sarapan pagi dapat menguruskan badan kerana kandungan protinnya yang tinggi mampu mengenyangkan dalam masa yang lama.
Telor adalah salah satu makanan yang bagus untuk otak selain dari kismis, badam, susu dan lain-lain lagi.
Malah telor juga bagus dimakan sebelum tidur kerana ia dapat mengelakkan kemerosotan otot akibat dari penguraian otot oleh badan kita semasa tidur.
Antara jenis-jenis telor yang biasa sebagai makanan ialah:
Telor puyuh: Telor ni kecil saja dan mengandungi lebih banyak putih telor berbanding kuningnya. Kulitnya lebih rapuh berbanding telor ayam dan bila direbus lebih lembut untuk dikupas.
Telor itik: Ramai orang tak berapa sukakan makanan telor itik kerana baunya. Jika dibuat telor dadar ia lebih kental dan sedap jika diletak lebih lada hitam dan bawang. Ia juga menjadikan kek span lebih baik berbanding telor lain.
Telor ayam: Ini adalah telor yang paling banyak digunakan sebagai makanan dan paling terkenal berbanding jenis telor yang lain. Untuk memilih telor ayam yang paling segar pilihlah yang mempunyai putih telor yang kental, lebih cair putih telornya maka kuranglah kesegarannya.
Telor angsa: Telor ni lebih besar dari telor ayam dan sedap juga jika dibuat telor dadar dan masak lemak cili api. Makan sebiji dah kenyang.
Telor burung unta: Telor ini paling besar berbanding dengan telor-telor yang lain tu. Sebiji telor burung unta sama dengan 24 biji telor ayam sesuai sebagai makanan untuk 6 orang. Besar kan? Kulitnya lebih keras dan sangat istimewa kerana boleh dibuat berbagai jenis kraf yang menarik.
Jadi gunakanlah telor setiap hari sebagai makanan.
Salam Shasha.Moga sihat walafiat ya.memang ramai orang takut sangat makan telur.apapun yang kita makan secara bersederhana insyaallah tidak memudaratkan.saya selalu juga makan telur separuh masak pagi2 ni
ReplyDeleteSalam IXORAROXI. Terima kasih kerana sudi datang lagi. Saya amat menghargainya.
ReplyDeleteSaya juga selalu makan telor, tapi malam untuk mengelakkan penguraian otot semasa tidor tu. Kalau otot kita dah terurai semula, penat je la exercise, otot jadi kecik semula la. Betul ke? ;)