Saturday, 9 July 2011

Kelas Menunggang Kuda

Kesihatan perlu dijaga dengan beriadah. Antara latihan fizikal atau riadah yang paling baik dan mengikut sunnah nabi ialah sukan berkuda, memanah & berenang.

Biasanya ketiga-tiga jenis sukan ini adalah mahal, terutama sukan berkuda yang memang sangat bagus untuk kesihatan tulang belakang, mata & keseluruhan tubuh kita. Tahukah anda terdapat sebuah kelab rekreasi yang menawarkan sukan berkuda dan membuka kelas untuk menunggang kuda untuk kanak-kanak dan dewasa dengan harga yang murah.

Mampu dibayar oleh kebanyakan orang terletak di Shah Alam, Selangor. Bayarannya cuma untuk sebulan hanyalah RM180 sebulan untuk semua sukan yang ada di sini. Dan untuk sukan berkuda sahaja hanya RM120 sebulan. Bayaran yang amat berpatutan demi faedah kesihatan yang boleh kita dapat nanti.

Selain sukan berkuda Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam atau Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC) menawarkan kemudahan splash pool dan lain-lain. Kelab ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8 pagi - 12 tengah malam.

Ia berada di No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No telefon untuk dihubungi +603-21062606 & +6010 240 2606. Website www.darc.com.my .

Marilah kita sama-sama menunggang kuda untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan

5 comments:

  1. Bestnya kalau ada peluang menunggang kuda tu kan.. kalau cukup guide mesti seronok jer

    ReplyDelete
  2. Ya, mesti best. Bayarannya pun sangat berpatutan ;)

    ReplyDelete
  3. shasha
    kat area serdang kat mana boleh belajar kuda...selain elcampo? last week tgk tv ada riding horse lesson kat area equine serdang. u tahu?

    ReplyDelete
  4. kat mana ada kelas menunggang utk kanak?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya nick name erna@tg faridah dari lumut perak, cadangan kami akan mengadakan festival kuda n acara kuda berhias, bakat kuda, uniform berkuda, acara kuda padi dan kuda baka cantik mahal juga ada sukan polo, maka untuk keterangan lanjut hubunggi saya di talian 0106020111 whatapp only @ call 0186604800
    Segala maklum bals dari anda adalah sokongan bg menguatkan lagi proposal kami dan mendapat dana Bulan Mac 2017 - 29-30hb April 2017 tarikh event,

    ReplyDelete