Salah satu makanan yang digemari di Malaysia ialah ikan keli dan ikan sembilang. Adakah ia ikan yang sama cuma panggilan sahaja yang berlainan? Jawapannya tidak. Ikan ni memang seakan-akan sama saja rupa kedua-duanya.
Antara resipi makanan yang biasa dimasak menggunakan ikan keli dan ikan sembilang ialah masak asam pedas, goreng cili atau sambal dan masak lemak cili padi. Semua makanan tu pedas-pedas belaka kan, ini adalah untuk menghilangkan baunya yang agak hanyir tapi masih menjadi makanan kegemaran orang-ramai.
Perbezaan di antara kedua-dua jenis makanan ini ialah:
- Ikan sembilang hidup di laut tapi ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah.
- Ikan sembilang saiznya lebih besar dari ikan keli.
- Warna ikan keli lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang.
- Ikan sembilang ada macam sirip atau duri kat belakang dia tapi ikan keli tak ada ni.
Ada apa-apa lagi yang anda tahu tentang perbezaan ikan keli dan ikan sembilang ni?
Betul ke ada orang kata ikan keli ni ada yang diternak dengan cara yang tak sesuai untuk dijadikan makanan? Ada 1 petua untuk mencari ikan keli yang bersih dan sesuai untuk dimakan iaitu belilah dari kampung-kampung atau pilihlah ikan keli yang kecil dan warnanya gelap. Ikan keli yang bersaiz besar ada banyak lemak kerana dibela dengan makanan yang kotor.
Jadi nikmatilah ikan sembilang dan ikan keli anda yang sesuai untuk dijadikan makanan.
dulu2 emak saya selalu masa asam pedas ikan sembilang, tengok memang meleleh air liur, tapi sebab saya tak makan ikan sembilan mahupun keli, tengok jelah ahli keluarga lain menghirup kuah asam pedas...perghhhh:D
ReplyDeleteIXORAROXI: Ya la tu, kalau tak makan apa nak buat kan... Tapi ixora boleh makan yang lain la kan...
ReplyDeleteEnjoy... ;)
ikut tempat...ada tempat still panggil sembilang wpun sawah/sungai.N9/Melaka utara panggil sembilang (wpun refer to keli)
ReplyDelete