5 Cara Mudah Untuk Diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat & cantik ialah:-
- Amalkan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok & minum alkohol & melakukan senaman yang konsisten. Selain dari menjaga kesihatan kulit, faktor ini dapat menjaga kesihatan secara keseluruhan.
- Gunakan pencuci untuk muka & badan (cuci muka & mandi) 2 kali sehari. Ada orang yang tak suka mandi, jadi tukar tabiat anda, mandilah demi kesihatan & kecantikan.
- Gunakan produk anti penuaan dengan betul. Sapu krim anti penuaan dulu sebelum krim pelembab dan lain-lain krim supaya ia berkesan kepada kulit anda.
- Gunakan pelembab pada kulit anda untuk menjaga kelembapan & mengelakkan kulit dari menjadi kering. Kulit yang kering lebih cepat menunjukkan tanda penuaan iaitu kedutan pada kulit.
- Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF & PFA (untuk mengelakkan dari pancaran sinar UVB & UVA) setiap kali keluar rumah. Ini adalah amat penting untuk kesihatan kulit terutama kepada kita yang tinggal di kawasan tropika yang kaya dengan cahaya matahari.
Itu saja di antara tip-tip yang mudah untuk menjaga kesihatan kulit.
Tq info ni..slalu mmg tak tau nak mulakn krim yg mana dulu..ikut suke taram je..
ReplyDelete