Kesihatan perlu dijaga dengan beriadah. Antara latihan fizikal atau riadah yang paling baik dan mengikut sunnah nabi ialah sukan berkuda, memanah & berenang.Biasanya ketiga-tiga jenis sukan ini adalah mahal, terutama sukan berkuda yang memang sangat bagus untuk kesihatan tulang belakang, mata & keseluruhan tubuh kita. Tahukah anda terdapat sebuah kelab rekreasi yang menawarkan sukan berkuda dan membuka kelas untuk menunggang kuda untuk kanak-kanak dan dewasa dengan harga yang murah.
Mampu dibayar oleh kebanyakan orang terletak di Shah Alam, Selangor. Bayarannya cuma untuk sebulan hanyalah RM180 sebulan untuk semua sukan yang ada di sini. Dan untuk sukan berkuda sahaja hanya RM120 sebulan. Bayaran yang amat berpatutan demi faedah kesihatan yang boleh kita dapat nanti.
Selain sukan berkuda Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam atau Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC) menawarkan kemudahan splash pool dan lain-lain. Kelab ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8 pagi - 12 tengah malam.
Ia berada di No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No telefon untuk dihubungi +603-21062606 & +6010 240 2606. Website www.darc.com.my .
Marilah kita sama-sama menunggang kuda untuk kesihatan.