Thursday, 28 April 2011

Keretapi Wap Sabah Bermula Julai 2011

Melancong dengan menaiki keretapi adalah satu cara yang merelakskan minda. Anda boleh melihat pemandangan seperti sawah padi, gunung-ganang, suasana kampung, pekan-pekan yang berlainan di sepanjang perjalanan. Sungguh indah dan menenangkan.

Tambahan pula jika anda menaiki keretapi wap, dengan bunyinya yang tersendiri, pergerakannya yang tak sebegitu laju sudah tentu memberikan lebih peluang untuk menikmati alam sekitar yang indah itu.

Toot tooot! Satu kejutan istimewa! Ada keretapi wap di Sabah. Sudah tentu menyeronokkan. Perkhidmatan keretapi wap ini akan bermula pada bulan Julai 2011 nanti. Jika ada antara kita yang bercadang melancong ke Sabah, jangan lupa menaiki keretapi wap yang istimewa ini.

Keretapi British Vulcan Steam Engine number 6-016 yang ada di Sabah nanti adalah beberapa keretapi wap menggunakan kayu api yang masih wujud dan berfungsi sehingga sekarang sejak tahun 1880an lagi. Ia dibuat oleh Vulcan Foundry Ltd di Newton-le-Willows dari Lancashire, Britain, United Kingdom.

Keretapi ini telah diubah-suai mengikut kemewahan di era kolonial boleh memuatkan sehingga 180 orang penumpang ini akan bermula dari stesen Tanjung Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar. Koc dapur akan menyediakan makanan dengan gaya tiffin dengan kombinasi makanan eksotik kolonial dan kontinental.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 088-318-888 atau lawati www.suteraharbour.com. Semua ini akan memberikan lebih kegembiraan dan kepuasan kepada para pelancong ke Sabah.

No comments:

Post a Comment