Tuesday, 26 April 2011
Sedikit Peringatan untuk Melancong ke Thailand
Melancong ke Thailand sudah tentu menyeronokkan dengan keindahan alam, cara hidup masyarakatnya yang berwarna-warni dan night life yang sangat terkenal itu.
Akan tetapi ada sedikit kekalutan dan keadaan tidak aman negara tersebut yang mungkin mengganggu keseronokkan melancong kita ke negara gajah putih ini.
Saya ada terdengar satu kisah benar yang terjadi di Hadyai, Thailand. Pasangan ini membeli sekarton rokok dan lain-lain barangan dari sebuah kedai di airport sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Selepas membuat pembayaran untuk barang-barang yang dibeli mereka pun mengambil barang-barang tersebut, akan tetapi ada sekarton rokok lagi di atas karton rokok yang mereka beli tu. Mereka ingat ini pemberian percuma jadi mereka pun ambil rokok tu bersama barang-barang yang lain.
Ketika berada di balai berlepas sekuriti datang dan membawa mereka ke balai polis atas dakwaan mencuri sekarton rokok. Mereka perlu membayar RM30,000 jika mahu dibebaskan. Disebabkan kekurangan wang, suami pasangan tersebut merengkok di lokap polis dan isteri menumpang di rumah saudara sementara menunggu bantuan.
Di dalam lokap ramai lagi pelancong yang ditangkap di atas berbagai tuduhan yang merupakan kesilapan semata-mata. Ada seorang pelancong India sudah sebulan merengkok di lokap tersebut kerana belum mampu membayar bayaran denda sebanyak USD70,000.
Dia dituduh mencuri pen, sedangkan pen itu dia ambil untuk dibeli. Di sebabkan dia terkeluar sedikit dari kawasan kedai kerana mencari kaunter pembayaran, dia telah dituduh mencuri dan ditangkap.
Keluarga di Kuala Lumpur telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk meminta bantuan, namun polis Thai langsung tidak memperdulikan rayuan yang dibuat oleh kedutaan dan menteri-menteri kita.
Sepupu pasangan tersebut tiba di lokap itu dari Malaysia untuk membayar denda yang diminta. Kali ini denda sudah diturunkan dari RM30,000 kepada RM20,000 akan tetapi wang yang ada tidak mencukupi, yang ada cuma RM11,000 sahaja. Setelah berbincang pihak polis menerima RM11,000 tersebut.
Belum sempat mereka semua keluar dari balai polis, mereka telah membahagi-bahagikan wang tersebut dan tidak segan-silu menunjukkan mata wang asing yang telah mereka terima sebelum ini. Nampaknya rasuah berleluasa di sini.
Suami pasangan itu dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah dan didenda 2000 baht sahaja. Wang RM11,000 tu hangus begitu saja.
Ketika ingin pulang ke tanah air mereka ingin membeli tiket kapalterbang Air Asia dengan kad kredit kerana kekurangan wang. Pihak airport memberitahu cuma tiket MAS saja yang ada, tapi bila mereka kata nak bayar tunai tak semena-mena tiket Air Asia ada pula.
Pasport pasangan itu dicop 'thief' dan digari untuk ke pesawat. Sampai di LCCT Sepang, pihak imegresen memberitahu perkara ini terjadi setiap hari dan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka.
Jadi jika anda ingin ke Thailand, berhati-hatilah samada untuk tujuan perniagaan atau pelancongan.
Labels:
Cerita Kawan-kawan,
melancong,
pelancongan,
perjalanan,
Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment