Pengawal peribadi wanita lebih senang melakukan penyamaran sebagai pembantu peribadi, sekretari, penyambut tetamu dan sebagainya, mereka mendapat pemintaan yang tinggi dari eksekutif dalam biznes. Dengan bertambahnya jutawan-jutawan wanita sudah tentu mereka juga memerlukan pengawal peribadi wanita.
Pengawal peribadi wanita seramai 6 orang telah memulakan latihan pada 30 April 2014 di kem latihan pengawal peribadi di Beijing, China.
Bakal pengawal peribadi wanita menjalani latihan fizikal yang lasak dan bertarung dengan sengit.
Menurut laporan, di Eropah pengawal peribadi wanita telah menjadi perkara biasa. Di China permintaan untuk pengawal peribadi wanita semakin meningkat bermula sekitar tahun 2011 dengan meningkatnya ekonomi China dan wujudnya jutawan-jutawan wanita.
Calun-calun pengawal peribadi wanita datang dari pelbagai golongan masyarakat seperti veteren askar, polis, atlet dan 3% adalah pelajar yang baru graduate.
Kesemua latihan pengawal peribadi di kem pengawal peribadi ini dibuat menggunakan latihan yang dilalui oleh latihan pasukan khas (special force) dunia selama sebulan. Ia cuma lebih teruk sedikit dari latihan yang biasa dijalani oleh pasukan khas.
Pengawal peribadi sedang diuji kekuatan otot perut.
Pengawal peribadi wanita juga turut belajar Kursus Perlindungan VIP Israel, seni mempertahankan diri, Israel, membaca fikiran dari FBI, teknik peninjauan khas, memandu khas, kursus latihan anti-keganasan dan etika perniagaan antarabangsa, memandu kenderaan turun bebas, mendaki, berlawan, bergelut dan lain-lain untuk mendapatkan sijil.
Pengawal peribadi wanita berlatih bertarung tanpa senjata bila mendapat serangan menggunakan pisau.
Latihan survival juga dilakukan.
Pengawal peribadi wanita sedang dalam latihan lasak.
(H/T: Takungpao)
Pengawal peribadi wanita semakin mendapat tempat kini di China. Mereka sanggup bertarung bila berhadapan dengan bahaya. Anda ingin mengambil pengawal peribadi wanita? Klik "like & share" di bawah.
No comments:
Post a Comment