Showing posts with label tradisional. Show all posts
Showing posts with label tradisional. Show all posts

Monday, 28 April 2014

Wanita-wanita Ini Memakai Rambut Nenek Moyang Mereka

Wanita dari kaum minoriti Miao dari China menyimpan helaian rambut nenek moyang mereka untuk dipakai sebagai perhiasan rambut. Perhiasan yang paling menarik dan menakjubkan ini digunakan untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan dan hari-hari perayaan oleh kaum wanita.

Europics
Wanita pemilik perhiasan antaranya ada yang mendakwa ada rambut yang sudah berusia ratusan tahun. Tradisi ini masih kuat diamalkan oleh kaum Miao ini.

Europics
Tradisi ini dipercayai berasal dengan pemakaian tanduk lembu kerana ia merupakan haiwan suci di masa lalu untuk penduduk di kawasan luar bandar ini, kata seorang pakar dalam budaya Cina minoriti.


Europics
Untuk mengumpul rambut yang banyak ini kaum wanita tidak membuang rambut yang gugur ketika menyikat rambut sebaliknya mereka menyimpan rambut tersebut akan diwarnakan dan dijaga dengan berhati-hati untuk memastikan rambut berkilat dan sihat.

Europics
Setiap rambut palsu diturunkan dari ibu kepada anak perempuan dan ia bukan sahaja benang yang melilit tetapi juga rambut sebenar dari keturunan nenek moyang wanita pemilik perhiasan yang menarik beratus-ratus tahun dahulu.


Europics
Walaupun kini terdapat kurang daripada 5,000 orang dalam minoriti Miao itu, tradisi yang kuat berterusan, seperti yang dinyatakan oleh gambar-gambar yang diambil di Kampung Suojia, di bandar Liupanshui di wilayah Guizhou, Barat Daya China.

Europics

(H/T Daily Mail)
Hiasan kepala tradisional ini juga dahulunya dipakai oleh kaum lelaki, tetapi adat ini kini hanya dipakai oleh kaum wanita.

Friday, 6 January 2012

Pembuat Wau Lumpuh dari Pulai Chondong


Husmizi sedang membuat Wau Bulan. Gambar dari: nst

Husmizi Ibrahim, seorang pembuat wau dari Pulai Chondong, Machang, Kelantan tetap gigih dan terus bersemangat untuk memelihara warisan turun-temurun dengan membuat wau bulan (wau tradisional Melayu dari Kelantan) walaupun dia lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kemalangan 10 tahun yang lalu.

Dengan kebolehan penglihatan yang tajam untuk detail pada corak pada wau bulan, Husmizi mampu menggubah corak-corak unik pada wau. Beliau berkebolehan mereka motif yang rumit pada Wau Bulan dan wau tradisional yang lain.

Kepada peminat dan penggemar wau hubungi beliau di Pulai Chondong dan dapatkan rekaan wau beliau dengan motif yang tersendiri pada wau yang ditempah.