Europics
Wanita pemilik perhiasan antaranya ada yang mendakwa ada rambut yang sudah berusia ratusan tahun. Tradisi ini masih kuat diamalkan oleh kaum Miao ini.
Europics
Tradisi ini dipercayai berasal dengan pemakaian tanduk lembu kerana ia merupakan haiwan suci di masa lalu untuk penduduk di kawasan luar bandar ini, kata seorang pakar dalam budaya Cina minoriti.
Europics
Untuk mengumpul rambut yang banyak ini kaum wanita tidak membuang rambut yang gugur ketika menyikat rambut sebaliknya mereka menyimpan rambut tersebut akan diwarnakan dan dijaga dengan berhati-hati untuk memastikan rambut berkilat dan sihat.
Europics
Setiap rambut palsu diturunkan dari ibu kepada anak perempuan dan ia bukan sahaja benang yang melilit tetapi juga rambut sebenar dari keturunan nenek moyang wanita pemilik perhiasan yang menarik beratus-ratus tahun dahulu.
Europics
Walaupun kini terdapat kurang daripada 5,000 orang dalam minoriti Miao itu, tradisi yang kuat berterusan, seperti yang dinyatakan oleh gambar-gambar yang diambil di Kampung Suojia, di bandar Liupanshui di wilayah Guizhou, Barat Daya China.
Europics
(H/T Daily Mail)
Hiasan kepala tradisional ini juga dahulunya dipakai oleh kaum lelaki, tetapi adat ini kini hanya dipakai oleh kaum wanita.
No comments:
Post a Comment