Wednesday 23 April 2014

Resipi Kuih Puteri Salju Paling Mudah

Kuih Puteri Salju sangat terkenal di Indonesia terutamanya sebagai hidangan di Hari Raya Aidilfitri atau pada Hari Natal. Kuih yang lembut, lemak dan halus ini akan membuatkan anda menggemarinya. Mari kita kongsi keenakan kuih ini bersama dengan mengikuti Resipi Kuih Puteri Salju Paling Mudah ini.


Resipi Kuih Puteri Salju
Source: Everbum

Bahan-bahan:
350 gram gula serbuk/aising (untuk taburan)
175 gram tepung gandum, diayak
100 gram keju edam parut (keju belanda yg bulat)
30 gram tepung maizena/tepung jagung
1/4 sudu teh garam
175 gram marjerin
3 kuning telur

Cara-cara membuatnya:
  1. Mula-mula sapu loyang pipih dengan marjerin, kemudian ketepikan Sediakan marjerin lalu dipukul sampai kembang, kemudian tambah telur dan pukul semula hingga kembang. 
  2. Tambah tepung gandum, maizena/jagung, aduk rata. Tambah keju edam dan garam, adun rata hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. 
  3. Ambil adunan sebanyak satu sudu teh, kemudian bentuk seperti bulan sabit dan letak di atas loyang, jangan lupa beri jarak antara satu adunan dengan yang lain. 
  4. Setelah loyang terisi penuh oleh adunan kuih puteri salju, bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius sekitar 15 minit sampai masak. 
  5. Sejukkan Kuih Puteri Salju, lalu taburkan dengan gula serbuk/aising hingga seluruh bahagian Kuih Puteri Salju kek salju dilitupi oleh gula. 
  6. Jika sudah selesai Kuih Puteri Salju lembut siap untuk dihidang. Jika suka boleh disimpan dalam balang dengan disusun rapi.

Resipi Ke-2

Ini pula Kuih Puteri Salju atau lebih dikenali sebagai Biskut Puteri Salju dari Malaysia pula. Yang mana lebih sedap Kuih Puteri Salju dari Indonesia atau dari Malaysia? Senang saja kalau nak tahu cubalah kedua-dua resipi ini dan rasa.

Biskut Puteri Salju
Source: Citarasawan

Bahan-bahan:
250gm mentega
20gm shortening
80gm gula kaster
80gm serbuk gajus - disangai
250gm tepung gandum
50gm tepung sagu

Hiasan: Gula aising atau secukupnya untuk salutan. Jika tak suka manis boleh tukar dengan susu tepung untuk salutan.

Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan serbuk gajus dan tepung gandum dan sagu yang telah diayak.
  3. Gaul dan uli hingga menjadi doh. Seterusnya bolehlah dicanai dan terap menggunakan acuan bulan sabit.
  4. Bakar selama 20-25 minit hingga masak pada suhu 150C.
  5. Sejukkan dan salut dengan gula aising atau tepung susu. Hidangkan atau disimpan dalam balang kedap udara untuk ketahanan Kuih Puteri Salju ini.

Resipi Ke-3

Saya ingatkan itu saja rupanya ada pelbagai resepi Kuih Puteri Salju ini. Cukuplah dulu sekadar 3 resipi untuk kali ini. Mungkin lain kali pula kita kongsikan lebih banyak lagi resipi Kuih Puter Salju. Anda ada resipi  Kuih Puteri Salju sendiri? Apa kata kongsikan di sini untuk manfaat semua.

Kuih Puteri Salju Kacang Gajus

Bahan-bahan:
125gm Mentega tawar yang dibekukan 
50gm Gula kastor 
100gm Kacang gajus yang sudah dipanggang dan dikisar halus
125gm Tepung gandum

Untuk bahan taburan/salutan 
campurkan 75 gm gula aising dan 1/4 sudu teh essen Vanilla

Cara-cara membuatnya:
  1. Gula kaster dan mentega dipukul hingga berwarna pucat. 
  2. Gajus dan gandum dimasukan kedalam adunan dan dikacau sampai rata. Masukkan kedalam peti ais lebih kurang 1/2 (setengah) jam. 
  3. Siapkan acuan terap yang disukai. Canai dan terap kuih puteri salju anda dengan bentuk yang disukai, yang paling biasa bentuk bulan sabit. 
  4. Susun diatas loyang dan bakar pada suhu sekitar 160C kira-kira 20 minit. Setelah masak, angkat.
  5. Siapkan bahan untuk menabur yang sudah anda olah, taburkan dengan bahan taburan dengan cara digulingkan atau ditaburkan saja.
  6. Hidangkan Kuih Puteri Salju.

1 comment: