Simulator Boieng 747-400 berada dalam rumah teres yang kelihatan biasa, sama seperti rumah-rumah lain yang terletak di Coventry, United Kingdom, berada 95 batu dari London.
Encik John Davis seorang bekas pereka grafik menghabiskan masa 15 tahun dan £20,000 untuk membina simulator yang hebat ini. Dia selalu memakai uniform pilot yang lengkap setiap kali memandu simulatornya termasuk membuat pengumuman untuk memakai seat belt ketika memulakan penerbangan.
Simulator atau replika kapalterbang ini mempunyai panel dek cahaya, kerusi penumpang dan sistem auto-pilotnya sendiri.
Encik Davis bersama isterinya, Puan Mabey di dalam kokpit yang memberikan mereka pendapatan sebanyak £3,000 sebulan. Kini kapalterbang ini (simulator) telah membuat penerbangan sejumlah 47,000 batu.
Juga terdapat skrin 6 kaki dengan dua monitor, mewujudkan pemandangan panorama yang realistik.
Simulator yang menakjubkan ini bukan sahaja untuk pamiran kerana ia disewakan untuk digunakan oleh peminat-peminat kapal terbang, orang yang takut menaiki kapalterbang dan juga juruterbang profesional untuk menggunakan simulator ini.
Encik Davis terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi juruterbang kerana masalahnya dalam subjek matematik. Dengan adanya simulator ini dia dapat menjadi pilot kapalterbangnya sendiri dan merealisasikan impiannya walaupun hanya simulator. Dia juga merasa gembira kerana dapat berjumpa muka dengan juruterbang komersial yang sebenar yang selalu datang untuk menyewa simulator dan mereka kagum dengan simulator ini.
Caj sewaan yang dikenakan ialah £75 untuk penerbangan sejam, atau £125 untuk 2 jam penerbangan dengan simulator penerbangan ini.
Caj sewaan yang dikenakan ialah £75 untuk penerbangan sejam, atau £125 untuk 2 jam penerbangan dengan simulator penerbangan ini.
Seronok dapat membina sesuatu dengan sebab minat.
ReplyDeleteakubiomed: Ya, betul tu, tambah seronok lagi minat kita tu pulak menghasilkan wang ekstra.
Delete