Showing posts with label kapalterbang. Show all posts
Showing posts with label kapalterbang. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Lelaki Melepaskan Impiannya Menjadi Juruterbang Membina Simulator Hebat Di Rumahnya.

Simulator penerbangan memberikan pengalaman dan perasaan seperti betul-betul berada dalam pesawat terbang yang sebenar. Seorang lelaki John Davis, telah membina simulator penerbangan Boeing 747-400 yang realistik di bilik tidur kedua di rumah teres yang didiaminya. Pernahkah anda memandu kapalterbang menggunakan simulator?

Simulator Boieng 747-400 berada dalam rumah teres yang kelihatan biasa, sama seperti rumah-rumah lain yang terletak di Coventry, United Kingdom, berada 95 batu dari London.


Encik John Davis seorang bekas pereka grafik menghabiskan masa 15 tahun dan £20,000 untuk membina simulator yang hebat ini. Dia selalu memakai uniform pilot yang lengkap setiap kali memandu simulatornya termasuk membuat pengumuman untuk memakai seat belt ketika memulakan penerbangan.


Simulator atau replika kapalterbang ini mempunyai panel dek cahaya, kerusi penumpang dan sistem auto-pilotnya sendiri.

Encik Davis bersama isterinya, Puan Mabey di dalam kokpit yang memberikan mereka pendapatan sebanyak £3,000 sebulan. Kini kapalterbang ini (simulator) telah membuat penerbangan sejumlah 47,000 batu.


Juga terdapat skrin 6 kaki dengan dua monitor, mewujudkan pemandangan panorama yang realistik.



Simulator yang menakjubkan ini bukan sahaja untuk pamiran kerana ia disewakan untuk digunakan oleh peminat-peminat kapal terbang, orang yang takut menaiki kapalterbang dan juga juruterbang profesional untuk menggunakan simulator ini.

Encik Davis terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi juruterbang kerana masalahnya dalam subjek matematik. Dengan adanya simulator ini dia dapat menjadi pilot kapalterbangnya sendiri dan merealisasikan impiannya walaupun hanya simulator. Dia juga merasa gembira kerana dapat berjumpa muka dengan juruterbang komersial yang sebenar yang selalu datang untuk menyewa simulator dan mereka kagum dengan simulator ini.

Caj sewaan yang dikenakan ialah £75 untuk penerbangan sejam, atau £125 untuk 2 jam penerbangan dengan simulator penerbangan ini.

Monday, 21 April 2014

Mengapa Anda Perlu Dapatkan Tempat Duduk di Tepi Tingkap Dalam Kapalterbang?

Kapalterbang tempat duduk tengah dan di tepi tingkap adalah yang paling selesa selain kurang bergegar dan paling stabil ketika menaiki penerbangan. Tempat duduk tepi tingkap juga memberi pemandangan yang indah dan saujana mata memandang. Berikut adalah beberapa pemandangan yang indah dari tempat duduk tepi tingkap dalam kapalterbang.

1) Anda mungkin berpeluang melihat bayang-bayang kaki langit Chicago dari Tasik Michigan.

2) Melihat hujan lebat dari kejauhan melalui tingkap kapalterbang.

3) Gerhana matahari dari ketinggian 44,000 kaki.

4) Melihat poin tertinggi di Afrika boleh membuat anda terpegun.

5) Melihat keindahan matahari terbit.

6) Dan keunikan pemandangan ketika matahari terbenam.

7) Air terjun yang mengalir deras yang tak mungkin kelihatan jika anda duduk di aisle.

8) Melihat bagaimanakah kebakaran hutan yang marak dari kapalterbang.

9) Pemandangan indahnya negara Norway.

10) Anda akan merasa kagum dengan kepulan awan yang melimpah ruah dan memutih.

Source: Reddit

Jadi dapatkan tempat duduk tepi tingkap yang bukan saja selesa malah mempunyai pemandangan yang indah. Anda boleh memilih untuk duduk di tepi tingkap dan memberi cadangan kepada kawan-kawan anda juga untuk duduk di tepi tingkap bila menaiki kapalterbang. Jangan lupa duduk berdekatan sayap kapalterbang di bahagian tengah yang lebih selesa tambahan lagi jika di tepi tingkap dalam kapalterbang.