Showing posts with label Muzium. Show all posts
Showing posts with label Muzium. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Muzium Wayang Kulit

Muzium wayang kulit? Kemungkinan anda tak pernah dengar kan? Ya, ini adalah galeri wayang kulit atau juga boleh dipanggil muzium wayang kulit.

Encik Mohd Dain Othman sedang membuat patung wayang kulit di woksyop galeri wayang kulitnya.
Muzium wayang kulit yang lebih dikenali sebagai galeri wayang kulit ini terletak di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan. Galeri ini menempatkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan wayang kulit seperti sejarah wayang kulit, persembahan wayang kulit, termasuk peralatan muziknya, patong wayang kulit dan buku.

Terdapat juga woksyop untuk membuat patung wayang kulit, pentas untuk persembahan wayang kulit dan kedai menjual buku, patung wayang kulit dan cenderamata berkaitan wayang kulit.

Ia telah ditubuhkan 4 tahun yang lepas oleh seorang bekas guru, Encik Mohd Dain Othman, telah berjaya menarik 2,000 orang pelawat,  setakat ini ke galeri wayang kulit ini, kebanyakannya pelancong asing. Encik Mohd Dain Othman emulakan galeri wayang kulit ini kerana beliau mendapati susah untuk mendapatkan bahan berkenaan wayang kulit walaupun dari perpustakaan tempatan ketika terlibat dengan wayang kulit semasa di universiti.

Beliau juga ingin mengekalkan wayang kulit sebagai budaya dari negeri Kelantan. Encik Mohd Dain Othman yang juga merupakan tok dalang, membuat persembahan wayang kulit bersama kumpulannya telah memulakan kelas tok dalang untuk melatih tok dalang dan pemuzik wayang kulit di galeri wayang kulit kepunyaannya ini.

Jemputlah ke galeri wayang kulit  Encik Mohd Dain Othman untuk mengetahui serba-serbi tentang wayang kulit.

Friday, 21 December 2012

Muzium Cokelat Pertama Di Malaysia

Cokelat terkenal di seluruh dunia dan menjadi kesukaan ramai juga. Pernah dengar muzium yang mempamirkan cokelat?

Cokelat menjadi bahan utama di muzium ini, ini adalah muzium cokelat yang pertama di Malaysia. Ia terletak di  2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Website dia www.drgroup.com.my. 

Muzium cokelat ini bukan saja mempamirkan cokelat, tapi anda boleh melihat pembuatan cokelat, makan cokelat dan beli cokelat. Ada pokok koko juga ditanam diperkarangan muzium ini.

Terdapat pelbagai jenis cokelat dari pelbagai jenama terkenal kerana syarikat muzium cokelat ini adalah pengimpot utama cokelat di Malaysia, ke kedai-kedai bebas cukai, ke airport dan juga ke Legoland. Anda berpeluang membeli cokelat yang berjenama terkenal ini dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan lain-lain kedai di Malaysia.

Jadi, kalau nak cokelat murah tu, tak payahlah, pergi Langkawi, pergi Damansara pun dah cukup untuk beli cokelat.

Thursday, 27 October 2011

Penunggang Unta dan Unta di Australia

Gaya hidup di kawasan gurun mungkin tidak maju seperti sekarang jika tidak kerana adanya unta di situ. Tentu anda tahu memang ada unta di Ausralia kan?

Tapi tahukah anda unta-unta tersebut bukan berasal dari Australia sendiri, malah ia dibawa masuk pada tahun 1860an dari Afghanistan, Pakistan & India. Kira-kira 2,000 - 3,000 orang penunggang unta dibawa masuk ke Australia untuk mengendalikan unta-unta ini.

Gaya hidup di gurun yang ekstrim, tandus dan kurang air memaksa pelombong British pada masa tersebut membawa masuk unta dan penunggang-penunggang unta berugama Islam yang mahir dan tahu selok-belok gurun dari negara-negara tersebut untuk urusan melombong emas dan batu-batu permata yang berharga dari gurun Australia.

Unta-unta yang dibawa masuk ini tidak berguna jika tiada penunggang yang mahir dan berkebolehan untuk mengendalikannya. Bandar-bandar seperti Kalgoolie dan Broken Hill adalah bandar perlombongan yang maju. Kegigihan dan keupayaaan penunggang-penunggang unta ini juga menyebabkan Ayers Rock ditemui dan wujud hingga sekarang.

Isteri penunggang-penunggang unta Islam ini tidak datang bersama (hanya beberapa orang perempuan saja yang ikut) kerana tindakan ini tidak boleh diterima oleh kebudayaan dan gaya hidup mereka pada masa tersebut.

Menjelang tahun 1920an gaya hidup telah berubah, unta tidak diperlukan lagi kerana telah diganti oleh motosikal, kereta dan trak. Unta dilepaskan di gurun Australia dan keturunan unta inilah yang menjadi kira-kira lebih sejuta unta liar dan mendiami gurun Australia sekarang.

Manakala bekas penunggang-penunggang unta yang tidak lagi bekerja sebagai penunggang unta pulang ke negara masing-masing.

Sebahagian lagi terus menetap di Australia dan membuka perniagaan trading, perniagaan pengangkutan unta, perniagaan ubat-ubatan tradisional dan sebagainya. Mereka berkahwin dengan kaum asli Australia dan wanita berkulit putih. Keturunan mereka masih lagi tinggal di Australia hingga sekarang.

Pada tahun 2006 pamiran pertama tentang penunggang unta Islam ini telah diadakan di Australia. Keturunan mereka telah menyumbangkan banyak artifek yang menarik pada pamiran yang berikutnya.

Kita di Malaysia bertuah kerana pamiran penunggang unta ini telah dibawa ke Kuala Lumpur. Kunjungi Muzium Kesenian Islam Malaysia, Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur dibuka dari 10.00pagi - 6.00petang setiap hari. Untuk keterangan lanjut lawati www.iamm.org.my

Sekarang ini keturunan penunggang-penunggang unta Islam ini masih lagi mengamalkan gaya hidup Islam.