![]() |
Cat ini direka untuk mengcaj sendiri pada waktu siang, menyimpan tenaga dari cahaya matahari bagi mengeluarkan cahaya pada waktu malam atau minimum selama 10 jam.
Selain itu, Studio Roosegarde juga telah membangunkan cat yang sensitif kepada suhu. Bila suhu turun kepada darjah tertentu seperti tahap salji turun, ia akan mengeluarkan cahaya menyerupai kepingan salji (snow flake) yang besar di atas lebuhraya untuk memberi amaran jalan licin akibat salji di hadapan.
Amaran ini direka untuk memberikan pemandu masa untuk memperlahankan kenderaan untuk menghadapi jalan bersalji yang licin terutama bahaya seperti black ice (salji nipis yang menyebabkan jalan menjadi licin tapi salji ini tidak dapat dikesan oleh pemandu).
Kebaikan cat ini:
- Menjimatkan tenaga elektrik kerana tidak perlukan cahaya dari lampu bagi membuatkannya bercahaya.
- Sesuai untuk kawasan terpencil yang tiada lampu jalan.
- Mengurangkan kos pencahayaan untuk lebuhraya.
Cat ini masih memerlukan beberapa tahun lagi untuk dimajukan sepenuhnya di negara Belanda sebelum ia mula digunakan di seluruh dunia untuk lebuhraya.

