Showing posts with label Cahaya Matahari. Show all posts
Showing posts with label Cahaya Matahari. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Kekurangan Vitamin D?

Berteduh untuk mengelakkan dari sinar matahari.
Kekurangan Vitamin D berlaku kerana faktor gaya hidup yang tidak mahu kena cahaya matahari.
Vitamin D tidak sepatutnya menjadi masalah bagi negara Malaysia yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa yang kaya dengan limpahan cahaya matahari. Mengikut kajian, ramai penduduk Malaysia lelaki, wanita dan kanak-kanak menghadapi kekurangan vitamin D yang boleh didapati secara percuma dari sinaran matahari itu.

Kekurangan Vitamin D terjadi kerana faktor gaya hidup yang selalu mengelakkan dari pancaran cahaya matahari terutama bagi golongan wanita yang menganggap kulit cerah lebih cantik berbanding kulit gelap. Ramai juga yang bekerja di dalam bangunan. Kekurangan Vitamin D juga berlaku di Thailand, Korea, Jepun dan lain-lain.

Fungsi Vitamin D (mengikut kajian terbaru)
  1. Metabolisma sel
  2. Kesihatan tulang.
  3. Kesihatan jantung
  4. Fungsi sistem imun
  5. Sebagai sokongan kepada sistem saraf
  6. Mengurangkan keradangan sistemik (yang membabitkan seluruh badan)
  7. Kesihatan badan secara keseluruhan.
Vitamin D penting untuk mengekalkan tahap serum kalsium dalam darah. Bila kalsium kurang badan akan mendapatkannya dari buah pinggang. Jika gagal, kalsium akan diserap dari tulang anda. Tanda-tanda kekurangan Vitamin D pada orang dewasa yang serius ialah lemah & sakit otot.

Selain mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D, biarkan diri anda (bahagian lengan dan kaki (leg) pun boleh) anda kena cahaya matahari selama 15 - 30 minit setiap hari untuk mendapatkan cukup bekalan Vitamin D.

Friday, 10 June 2011

3 Cara Untuk Mendapat Vitamin D

Semasa makan tengahari beberapa hari lepas, Abby bertanya dari mana kita boleh dapat Vitamin D? Selain dari kenakan kulit kita kepada cahaya matahari, apa lagi ya?

Vitamin D ialah sejenis vitamin steroid. Ia adalah kumpulan prohormon yang larut lemak. Kegunaannya ialah untuk membantu penyerapan & metabolisma kalsium dan posforus.

Berikut adalah 3 cara untuk memastikan anda mendapat bekalan Vitamin D yang mencukupi untuk kesihatan.

1. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti ikan salmon liar (yang tak diternak), ikan mackerel atlantik, sardin, udang, susu rendah lemak, telor, cendawan shitake, yoghurt & cereal yang telah diperkaya dengan Vitamin D.

2. Di sebabkan kekurangan jenis makanan yang membekalkan vitamin ini, makan supplemen Vitamin D setiap hari. Boleh juga ambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 i.u. Vitamin D untuk keperluan seharian anda. Untuk kesihatan anda seperti biasa sebelum mula makan vitamin ini lebih baik anda berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan nasihat.

3. Cara yang paling mudah ialah cahaya matahari. Nikmati "sedikit" pancaran matahari. Cukup dengan hanya mendedahkan tangan anda selama 15 minit beberapa kali dalam seminggu sudah cukup untuk mendapat bekalan Vitamin D bagi tubuh. Badan kita menghasilkan Vitamin D sendiri setelah kulit kita terdedah kepada cahaya matahari.

Akan tetapi terkena cahaya matahari yang terlalu banyak akan menyebabkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan kulit (penuaan yang lebih cepat) dan lebih teruk lagi kanser kulit.

Ingatlah, sentiasa gunakan sunsreen sepanjang masa untuk menjaga kesihatan kulit anda.

FACEBOOK
Become a Fan