Berteduh untuk mengelakkan dari sinar matahari. Kekurangan Vitamin D berlaku kerana faktor gaya hidup yang tidak mahu kena cahaya matahari. |
Kekurangan Vitamin D terjadi kerana faktor gaya hidup yang selalu mengelakkan dari pancaran cahaya matahari terutama bagi golongan wanita yang menganggap kulit cerah lebih cantik berbanding kulit gelap. Ramai juga yang bekerja di dalam bangunan. Kekurangan Vitamin D juga berlaku di Thailand, Korea, Jepun dan lain-lain.
Fungsi Vitamin D (mengikut kajian terbaru)
- Metabolisma sel
- Kesihatan tulang.
- Kesihatan jantung
- Fungsi sistem imun
- Sebagai sokongan kepada sistem saraf
- Mengurangkan keradangan sistemik (yang membabitkan seluruh badan)
- Kesihatan badan secara keseluruhan.
Vitamin D penting untuk mengekalkan tahap serum kalsium dalam darah. Bila kalsium kurang badan akan mendapatkannya dari buah pinggang. Jika gagal, kalsium akan diserap dari tulang anda. Tanda-tanda kekurangan Vitamin D pada orang dewasa yang serius ialah lemah & sakit otot.
Selain mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D, biarkan diri anda (bahagian lengan dan kaki (leg) pun boleh) anda kena cahaya matahari selama 15 - 30 minit setiap hari untuk mendapatkan cukup bekalan Vitamin D.
aku memang tiap hari dapat vitamin D percuma ni
ReplyDeleteharap2 cukup untuk keperluan badan
Kenakan badan tehr pada matahari dalam 30 minit dah cukup dah. Jangan masa matahari terik masa tengahari tu tau, masa yang tak panas sangat macam waktu pagi atau petang kay ;)
ReplyDeleteAda yang mengatakan vitamin D banyak di waktu pagi.
ReplyDeleteakubiomed: Ya, ada betulnya sebab waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan keperluan vitamin D adalah di waktu pagi dan petang bukan waktu panas terik di tengahari tu.
Deleteyang mat saleh berjemur kat pantai tu sebab vitamin D ke?
ReplyDeleteAda betulnya jugak tapi biasanya mat saleh berjemur untuk dapatkan tan atau nak gelapkan sikit kulit mereka yang putih melepak tu ;)
DeleteWaktu paling sesuai utk dpt vitamin d adalah 11 am -2 am... Situlah sinaran uvb paling kuat.. Tp pastikan jgn ada awan menutup matahari... Bejemur waktu pagi dan petang buat rugi jer... Kerana tiada sinaran uvb.. Uvb ni cermin pun dia x tembus... Yg tembus tu sinaran uva yg menyebabkan cancer... Tp biasanya org putih kena cancer.. So kalau dalam kereta tu waktu tenghari kita tak dpt vitamin d kecuali kita buka tingkap
ReplyDelete